Selamat bercuti....

Waaa rasanya sekarang musim cuti sekolah dah bermula,maka secara rasminya musim balik kampong pon bermula juga.Seperti ramai rakyat malaysia yang lain aku pun tak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan kampung halaman,berjumpa sanak saudara dan juga menghabiskan buah-buahan yang tak terdapat di bandar.Namun apapun sebabnya itulah yang menjadikan kemeriahan kerana apa yang penting adalah kita dapat mengeratkan silaturrahim.Dan biasanya pada waktu inilah musim kenduri kahwin bermula .Disini aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat sepupu yang baru melangsungkan perkahwinannya semalam,so tanpa bayak cerita kita bagi gambar je lah...



Pengantin sedang di arak di selangi dengan paluan kompang


Waa suka nampak !!!!!! sabar ye heheheh



Selamat pengantin baru KHAIRUL dan ISTERI

Buat pengantin baru,semoga berbahagia melayari bahtera perkahwinan yang baru dibina,sentiasa la bertolak - ansur (dalam maknanya ni)maklumla sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.Kepada nakhoda baru,diharap dapatlah membawa penumpang ke jalan yang benar,manakala penumpang pulak pastikanlah nakhoda tu membawa anda ke jalan yang di redhai(apa aku tulis ni???)

*Buat KHAIRUL DAN ISTERI,moga berbahagia hingga ke akhir hayat,jangan lupa pastikan kitorang dapat anak buah cepat ye heheheh....jangan maree

0 comments  

Dosa yang lebih besar dari berzina.....

Pada suatu senja yang lenggang,terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musaa.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam.Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya.Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut."Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya?Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "! Ada !" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina". Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba- Nya.Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh- sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

*Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui. Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubuilaiik.Wassalam Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umatyang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105) Orang-Orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka.Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram.(Ar- Rad:28)

1 comments  

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam,namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma
mengatakan yang maksudnya :

"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka
padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari
Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu
dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari
kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.

Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit,
tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa
menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu.Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan
Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Tafsirnya : "Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". (Surah Al-Anbiya¡|: 83)

Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut "aku disentuh" dan tidak menyebut perkataan "aku ditimpa". Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya.Nabi Ayyub tidak menyebut juga "atas kehendakMu", kerana kesopanannya
yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu,rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu:"Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani". Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata
kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit,harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda
yang melimpah ruah.

Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:
"Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya".

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat)besi".

(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat,hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.

Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.


*Setiap kejadian allah itu ada hikmahnya,terpulang kepada kita untuk mentafsirkannya...

0 comments  

Cerita buat tambah mood....

Buat sesiapa yang tengah takde mood ke, tengah bersedih ke, lepas kena marah dgn boss ke atau ape-ape lah yang buat korang bad mood. Nak bagi korang punya mood ok balik laa nie!

Kisahnya di sebuah desa yang permai nan indah ada seekor ayam jantan yang berkawan baik dengan seekor lembu betina. Suatu pagi lembu betina melihat ayam jantan bermuram durja diatas pokok mangga dalam halaman tuan mereka. Lalu lembu betina pun bertanya ' hai! cik yam kenapa sedih sangat nampaknye? 'Apa yang kurang, aku tengok kau senang tuan sayangkan kau tuan bagi kau ayam betina 4-5 ekor, makan pun on time je?ayam jantan pun menjawab ' Memang nie tengah bengang giler dgn tuan kita tu, kita punya laa berjasa dengan dier. Berkokok tiap-tiap subuh bangun kan dier,

' Aku bagi benih aku dah bepuluh ekor kat dier, tapi bab aku cuit sikit beras yang dier jemur terus dihambat aku dengan penyapu. Aku pun ade perasaan gak hari2 makan dedak boring laa' bebel si ayam jantan.

Tiba-tiba lembu betina terus menangis teresak-esak, membuatkan ayam jantan terkejut dan terus bertanya ' Eh! kenapa lak kau yang menangis beriya-iya nie'. Lembu betina terus menjawab ' Tu kira ok laa lagi cik yam, aku nie tiap-tiap hari tetekku di raba-raba,diramas-ramas,dipicit-picit siap tarik-tarik lagi tapi kahwinnya tidak', terus lembu betina meraung macam mati laki.

Ayam jantan tercengang-cengang sambil berkata didalam hati ' kesitu lak pegi nye! Adi hati nak kahwin dgn tuan kita! Lagi jauh vision dier dari aku rupenya! Huh! busuk punya lembu'.

*Buatlah kerja dengan ikhlas,jangan mengharapkan balasan semata-mata kerana allah lebih itu maha mengetahui.....

0 comments  

Mari bersedekah...

Assalamualaikum,

Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir!

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3. Berkongsi bahan bacaan yang berfaedah dengan seseorang.
4. Bantu mendidik seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
6. Berkongsi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan masjid (fizikal/mengimarahkan) .
8. Tempatkan water cooler di tempat umum.
9. Tanam pohon pokok . Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10. Sampaikan pesanan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

0 comments  

Ha ha ha

Pehb 2-3 hari ni memang sibuk,sampai nak tengok blog sendiri pun miss,maklumla adakala kita sibuk,adakala relaks ,itulah lumrah kehidupan.Didalam dunia yang kian mencabar ni kalau kita tidak rajin berusaha dan bijak mengambil peluang yang ada maka kita akan ketinggalan.
Tapi yang tak seronoknya semalam ofis aku blackout,maka dengan otomatiknya semua kerja aku terbengkalai,maklumla semua keje nak pakai elektrik.Nak buat report pakai komputer pun tak bole.dah tu yang paling boring nak layan blog pun jammed la jugak...so duduklah kat luar ofis sambil berangan....
Hari ni pulak...bila semua problem kat ofis aku dah ok,datang pulak satu lagi problem...iaitu chat box aku kena blok ,tak tau la kenapa,mungkin antivirus aku terlampau power sampai jadi cam tu,jadi tak dapatla aku nak join kawan-kawan kat chat room tu....so buat kengkawan harap bersabar,bila aku dah boleh halau semua virus jahat tu ,aku akan join semula ok(jika ada masaalah sila hantar pada ruangan komen haa).ok jumpe lagi nanti...
*Sapa boleh tolong camane nak solve problem ni bole la bagitau pada aku ok....i tak reti la nak wat camane.

4 comments  

Cenderahati daripada Along



Waa bukan senang orang nak bagi aku award ni ,so disebabkab Along79 bagi aku award ni,maka dengan bangganya aku pun nak cube berpantun(kalau x sedap jangan marah haa)

Bunga mawar indah berduri,
Ku petik sekuntum untuk si buah hati,
Hati terharu award di beri,
Tak sangka masih ada yang mengingati.

Tanah bersejarah kota Melaka,
Tersohor hingga serata dunia,
Sungguh pandai Along berseloka,
Tanda melayu tak hilang di dunia.

Untuk semua pengunjung sekalian,,
Kuberi award tanda ingatan,
di alam cyber kita berkenalan,
moga berjumpa bila berkesempatan.

*Rasa macam nak meminang anak dara orang pulak bila berpantun ni,yang penting "BAHASA JIWA BANGSA"

0 comments  

Hobi ....

Korang semua ada hobi tak.Tentu ada kan so hari ni aku nak kongsi hobi aku ni kat korang semua.Selain dari hobi utama aku menjahanamkan motor aku tu aku ada satu lagi hobi yang dapat menenangkan fikiran di waktu boring dan juga ia juga dapat mengurangkan belaja dapur aku tu(chewahh).Apa hobi aku cube korang tengok


Haa yang ni nama kacang panjang


Ni pulak lada besar


Ooo ni kalau nak tau ,ni la pokok yang paling aku sayang..Cili warna ungu lagi.


Ni eksperimen aku yang paling dahsyat,hehehe aku tanam padi dalam bekas..tak tau la ada buah ke tidak...


Yang ni pulak terung,kaler kuning lagi



Ini pulak cili api


Ni kalau tak kenal memang tak patut la ,ni buah payapa...eh papaya la

So korang dah tau kan hobi aku tu ape,daripada kita tanam pokok bunga tu bukan boleh makan,baik kita tanam pokok sayur-sayuran.Kan kerajaan kita suruh kita berjimat jadi inilah langkah yang kita boleh ambil untuk menyahut seruan kerajaan.Tak semestinya kene ada tanah berekar-ekar,dalam pasu pun boleh(bak kata pepatah nak seribu daya taknak seribu dalih)

*Pertanian itu perniagaan.Lagipun ALLAH telah berjanji barangsiapa menanam sepohon pokok,selagi ada makhluk yang bernaung atau mendapat manfaat/rezeki daripadanya,maka selagi itulah pahala kita akan berterusan.

1 comments  

Salasilah Nabi




klik pada gambar untuk gambar lebih jelas


*Kalau kita boleh hafal senarai nama artis,ada baiknya jika hafal yang ni pulak.Lagi berkat hidup kita..

0 comments  

Kepada sahabat-sahabatku.......

MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR. KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA. DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA. DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN. KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA. DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU. TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI. BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK. KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA. DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA. KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA.
JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH DGN KEBENCIAN. KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:

Buat Sahabat…
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK MENDENGARNYA.SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.

SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU.
SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA. SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG. SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT. SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.

Salam Persahabatan,

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA. TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU. IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA. DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN ANAKNYA. KAMU SUDAH TERLAMBAT. KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL.

PENGAJARANNYA:

SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU APE AKAN TERJADI ESOK HARI.
KALAU KAMU BENAR2 SYGKAN KAWANMU DAN SANGGUP BERKAWAN HINGGA NAFAS TERAKHIR,TOLONG SAMPAIKAN MESEJ INI DAN TUNJUKKAN PDNYA YG KAMU BENAR2 MEMPUNYAI HATI DAN PERASAAN.

Jika Kamu Masih Seorang Sahabat sampaikan mesej Ni pada Kawan-kawan kamu. Tapi jika anda tidak ingin sampaikan mesej ini pada rakan-rakan terpulang pada anda, tapi kawan yang baik pasti akan ingat pada kawannya dan akan sampaikan mesej pada kawan-kawannya utk mengetahui berapa ramai kawan-kawannya yang masih ingat pada dirinya…..
DENGAN ITU SAYA MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA SEPANJANG PERKENALAN KITA ADA PERLAKUAN DAN TUTUR KATA YANG TIDAK DISENANGI DI HATI KALIAN SEMUA. Semoga Kita setiap hari bertambah sahabat dan bukannya berkurang sahabat

Thanks To all my friends


*Kawan ketawa mudah di cari,tetapi kawan menangis ...............

0 comments  

Ciri -ciri wanita beriman,....

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan laki-laki dan
bidadari-bidadari saja yang menjadi penduduk Surga? Bagaimana dengan
istri-istri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?

Istri-istri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut
akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Surga dan akan memperoleh
kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya
sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Surga. Pada hakikatnya
wanita ahli Surga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Diantara
ciri-ciri wanita ahli Surga adalah:



1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya,
Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun
yang buruk.
3. Bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi
bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan
zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia
tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah,
mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat
Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah
serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berdzikir mengingat
Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah
semata.
7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan
masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan
seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi
kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang
mendhaliminya.
10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah
dan memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan
kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua orang tua.
15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan
terjauh.


Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Surga yang kami sadur dari kitab
Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423.
Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita
Ahli Surga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Allah Ta’ala berfirman:



“Dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah
memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang
mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An-Nisa’: 13).

0 comments  

Fadhilat sujud.....

Sujud legakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.


Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

*Sesungguhnya dalam solat itu banyak kelebihannya........

0 comments  

Aurat seorang wanita.....

1 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur
( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)
" Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2 . Kaki ( tumit kaki )
" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki
( atau mengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
" An-Nur : 31
a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3 . Wangian " Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian
melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya ,
maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina
" Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " An-Nur : 31

5 . Gigi " Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani " Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik , yang merubah ciptaan Allah
" Riwayat Bukhari dan Muslim

6 . Muka dan leher " Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7 . Muka dan Tangan " Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma !
Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali : pergelangan tangan dan wajah saja "
Riwayat Muslim dan Bukhari

8 . Tangan " Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya
" Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9 . Mata " Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya " An Nur : 31
" Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya .
Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama ,
ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan "
Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

10 . Mulut ( suara ) " Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya ,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " Al Ahzab : 32
" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi ..Riwayat Ibn Majah

11 . Kemaluan " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin ,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina ) " An Nur : 31 " Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina)
dan menta'hati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya " Riwayat Al Bazzar " Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah " Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

12 . Pakaian " Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan ,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti
" Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah
" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka iailah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya
" Riwayat Bukhari dan Muslim

a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu
" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu ,
anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab( baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang
" Al Ahzab : 59

13 . Rambut " Wahai anakku Fatimah !
Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya
hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya
" Riwayat Bukhari dan Muslim

14 . " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'hati suaminya,
segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut ,
malaikat dilangit matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "


*Sampaikanlah olehmu walaupun hanya sepotong ayat.......

0 comments  

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

*Begitu banyak kelebihan yang ada di dalan kitab suci AL-QURAN hanya kita yang tak tahu kelebihannya....

0 comments  

Mukjizatnya Azan



Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

*Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.Fikir-fikirkanlah saudaraku..

0 comments  

INGIN BUAT PINJAMAN?

KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN ATAU SESIAPA SAHAJA YANG INGIN MEMBUAT PINJAMAN KEWANGAN DENGAN alrajhibank BOLEH MENGHUBUNGI PUAN JAMIDAH BTE TUKIRAN DI TALIAN 017-7277403 ATAU SILA LAYARI alrajhibank
SEKIAN TERIMA KASIH.

0 comments  

Cuba jawab teka teki ini...........................

Teka teki yang mudah tapi sukar nak jawab..

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali =" Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "


*Kebenaran itu memang sukar,kerana sukarlah ramai yang melencong dari jalan yang benar.Sama-sama kita renungkan.

0 comments  

Family Day

Kali ni aku nak cerita pasal ofis aku buat Family Day kat A FAMOSA RESORT,MELAKA,so nak taip malas jadi aku tunjuk gambar sikit la.....



Ni cameraman mana tah sesat ni....


Haa ni acara baling belon



Ni pulak acara kanak-kanak(kepit bola bawak lari)




Dah penat sukan acara makan-makan la pulak(adik nak aiskrim bole...)



Last sekali apalagi..tojun kolam laa.....(gambar orang dewasa tak leh tunjuk la censor)

*Tak menang sukan tak apa,janji dapat mandi kolam,betul tak? betulllll....

0 comments  

Landing Time

Hahaha ni aku nak cerita sikit,tempat kerja aku ni memang glamer...
bukan setakat pelawat dari kg sebelah,malah dari seantero negara pakat mai singgah kat sini.Kalau setakat datang naik kereta ke,bas ke kitorang tak heran,kali ni aku tunjukkan pelawat yang mai singgah naik burung besi.....tau kan apa burung besi kalau tak tau mehh tengok gambar di bawah.....



Burung besi sedang ambik side nak landing



Bye jumpa lagi.....

*Kesimpulannya jangan la beli burung besi..susah nak cari parking beb.....

0 comments  

Selamat Hari Guru



Kalau tak salah,hari ini adalah Hari Guru,hari yang memberi pengiktirafan tentang besarnya jasa - jasa yang telah dicurahkan oleh semua Guru-Guru di dunia,tak kira la samaada Guru sekolah rendah ke,pensyarah ke mahupun cikgu yang mengajar kita mengaji sewaktu kita kecil-kecil dulu,itu tetap Guru kita .Bahkan jikalau didalam islam,seseorang yang mengajar kita walaupun hanya sepotong ayat,tetap di kira sebagai Guru,dan ia adalah antara pekerjaan yang paling mulia .Cuba anda semua bayangkan betapa besarnya jasa yang telah mereka taburkan kepada kita.Bayangkanlah dari seorang manusia yang tidak mengenal apa-apa kita diajar membaca ,mengira dan menulis.Kita didedahkan bukan sahaja dengan ilmu duniawi malahan ukhrawi.Jadi di kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang ada di dunia ,terutamanya kepada guru guru yang pernah mengajar aku sehingga berjaya menjadi seperti mereka pada hari ini....tanpa mereka siapalah aku.

Disini ada beberapa rangkap pantun yang aku tujukan khas kepada semua guru-guru di dunia ini..

Guru umpama lilin yang terbakar,
Menerangi semua membakar diri,
Mendidik murid-murid dengan sabar,
Supaya boleh berjaya dikemudian hari.

Terima kasih kepada mu guru,
Kerana mendidik kami hingga berjaya,
Mengajar kami tanpa rasa jemu,
Semoga Tuhan sahaja dapat membalasnya.

(Untuk pantun penuh sila layari seloka melayu)


Ucapan ini khas untuk guru-guru dari

1.Sekolah Kebangsaan Seri Idaman.
2.Sekolah Menengah Dato Seth.
3.Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat.
4.Institut Teknologi Tun Abdul Razak,Perai.


TERIMA KASIH CIKGU.......

*jasamu akan ku kenang selamanya..............

0 comments  

Kasihan Mat Rempit

Kadangkala aku kasihan melihat mat-mat motor ni,asalkan ada motor,bawak laju sikit je orang akan cop mereka sebagai Mat Rempit.Begitu negatifnya pandangan masyarakat terhadap golongan ini.Bila kita melihat anak muda yang sedang merempit cuba berfikir jauh. Jangan hanya hendak mengutuk. Cuba selidiki dan tanya dari mana mereka ini. Apakah ada keselesaan dalam rumah mereka. Apakah ada kesempurnaan dalam persekitaran hidup mereka.Terkadang orang yang tidak mengalami nasib seperti mereka hanya tahu bercakap,mengutuk tetapi bila di minta menyelesaikan masalah ....seperti tin kosong ,berbunyi bising tetapi bila di buka isinya tiada.Cuba anda selami perasaan mereka jika mereka datang dari golongan yang berada rasanya tak teringin mereka menunggang di tengah panas mentari,meredah hujan dan menahan sejuknya embun demi mencari sesuap nasi.Tetapi mengapa mereka sahaja yang sering di jadikan sasaran kritikan dan tohmahan?.dan yang lebih menyakitkan hati,jika yang menunggang itu bukan motorsikal kapchai,munggang motosikal berkuasa tinggi tak pula mereka itu di panggil sebagai Mat Rempit!Jadi sebagai penunggang motosikal aku berpendapat seharusnya jika benar - benar ingin mengubah persepsi negatif orang ramai terhadap mat rempit ini ,seharusnya kita mencari apa punca sebenar berlakunya gejala Mat Rempit ini,mungkin keadaan rumah yang sempit tidak memungkin mereka duduk diam di rumah.Jadi untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan,pihak kerajaan hendaklah memperbanyakkan kawasan - kawasan yang sesuai untuk mereka beriadah.jangan lupa – di kawasan perumahan mewah ada berselirat padang golf. Di kawasan-kawasan mewah ada pula taman-taman bunga. Ada padang tempat rehat. tetapi di kawasan setinggan dan perumahan murah jangan kata padang golf,padang bola pun belum tentu. Apakah mereka yang duduk di kawasan tersebut tidak tahu berehat. Tidak memerlukan ketenangan.Selain itu untuk mengelakkan mereka merempit di jalanan pihak berkuasa hendaklah menyediakan satu kawasan yang khas(contohnya menyediakan litar lumba di setiap daerah)supaya mereka tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.Mungkin dengan cara ini kita dapat membanteras gejala ini dari terus merebak dan menjadi barah dalam masyarakat kita.

*Jangan menilai seseorang itu dari motornya,tapi nilailah dari hati yang ikhlas,nescaya hilang segala keraguan timbullah kesedaran.
HIDUP BIKERS.....

0 comments  

Khasiat makanan tradisional malaysia.

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trengganu dan Kelantan ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika , Australia , New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi . Budu
memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang
diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi
golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.Pemakanan budu turut bertindak membantutkan
pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air(vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1
thiamin), vitamin B2(riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama
vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneum! oniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia
perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap
satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam
badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikrodalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram
budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan didalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon! (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon)
yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara . Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan
lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke
tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat(dietary fiber) yang baik.
Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan. so minumlah budu mcm minum air mineral ........

*he he he hr nak tau kena ler cuba sendiri.... hehehehe... no komen,MALAYSIA BOLEH...

0 comments  

KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP IKBN PAGOH

Dari 11-12/05/2009 telah berlangsung kejohanan futsal tertutup anjuran IKBN Pagoh,telah disertai oleh pasukan –pasukan handalan seperti pateri team,sutera kasih dan banyak lagi.pertandingan yang berlangsung di kompleks sukan pagoh itu telah menyaksikan pasukan MI menjuarai pertandingan tersebut.pasukan pateri team yang sebelum ini merupakan juara bertahan dengan senang hatinya telah memberikan kemenangan kepada pasukan lain kerana kasihan melihat pasukan lain tidak tidor malam berangankan piala pusingan tersebut




Ahli pasukan Pateri Team sedang berbincang strategi

Beberapa insiden kemalangan juga berlaku ketika pertandingan berlangsung,yang menunjukkan betapa pasukan - pasukan lain benar-benar ingin merampas trofi kemenangan tersebut dari pasukan Pateri Team,menunjukkan betapa berprestijnya kejohanan tersebut.


Para pemain yang tercedera sedang di beri rawatan kecemasan akibat kecederaan.

Namun apa yang lebih menarik perhatian pada malam kejohanan tersebut ialah kemunculan pemain handalan pasukan Pateri Team yang selama ini hanya bertindak sebagai pengurus iaitu saudara MANTZ ,yang mana kemunculannya walaupun hanya sekadar 5 minit tetapi telah berjaya membuat pasukan lawan kucar kacir hasil gerakan - gerakan yang pantas dan lincah(foto tidak dapat disiarkan kerana beliau lebih suka low profile)namun untuk tidak menghampakan permintaan,beliau mengizinkan gambar kasut but beliau untuk di paparkan kepada umum.



Kasut 4 line yang menjadi kegilaan pemain-pemain futsal

Akhir kata walaupun pasukan Pateri Team tewas dalam kejohanan tersebut,namun pasukan Pateri Team yang yang dianggotai oleh pakar-pakar kimpal telah menunjukkan mutu permainan yang setanding dengan pasukan-pasukan gergasi handalan dunia seperti Manchester United,Barcelona dan banyak lagi,tapi bak kata pengurus pasukan walaupun kita kalah tetapi kita kalah dengan bergaya,kacak dan anggun.........


* SUKAN MENGERATKAN SILATURRAHIM,BUKAN UNTUK MENUNJUK BELANG,TAPI UNTUK TUNJUK MALAYSIA BOLEH.MANTZ PUN BOLEH HEHEHEHEEH

0 comments  

Dosa umpat kekal jika tak diampun mangsa

MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, "mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.


Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah, "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).


Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya" .

Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

0 comments  

Oh Ibu...

Assalamualaikum...
Semalam hari ibu,hari yang meraikan ibu-ibu di seluruh dunia.Hari yang yang mana sepatutnya kita mengiktiraf betapa besarnya jasa-jasa ibu terhadap kita dan seluruh ahli keluarga kita.Kalau nak dikira nilai pengorbanan ibu terhadap kita semua ,rasanya tak terkira entah berapa juta ringgit sepatutnya harus kita bayar.Dari diri kita sebesar tapak tangan sehingga lah kita dewasa ibulah yang sentiasa menjaga kita ,memberi makan dan minum hatta memberi wang untuk perbelanjaan kita.Namun persoalannya berapa ramaikah diantara kita yang ingat pengorbanan yang telah ibu lakukan ,berapa ramaikah yang benar-benar menghargai jasa-jasa ibu dengan cara yang sewajarnya.Adakah kita sebagai anak dengan menghulurkan 50-100 ringgit setiap bulan itu kita dapat membalas jasa ibu?Adakah itu yang sebenarnya yang ibu-ibu mahukan?berapa ramai yang benar-benar melayan ibu-ibu tua di rumah dengan penuh kasih sayang?berapa ramai pula yang meninggalkan ibu bapa berseorangan dikampung....sedangkan kita berseronok di kota raya yang penuh dengan tipu daya dunia!!.
Rakan -rakan pembaca sekalian ingatlah tiada apa yang dinginkan oleh ibu bapa kita,bukan wang ringgit berjuta ,bukan juga harta yang bertimbun,tapi hanya kasih sayang amat mereka perlukan..peluklah mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka memeluk kita sewaktu kita kecil dulu.jikalau kita boleh bergayut di telefon selama berjam -jam dengan buah hati,mengapa kita tak boleh telefon ibu bapa kita walaupun 2-3 minit cuma.ingatlah jangan lah jika ibu bapa kita sudah tiada di dunia ini barulah kita menyesal x sudah....




Jasa ibu besar sekali,
Sanggup berkorban apa sahaja,
Tiada dapat dijual beli,
Kasih ibu membawa ke syurga.

Semoga kita dapat menghargai segala pengorbanan dan jasa ibu dan bapa,Jangan menyesal di kemudian hari.Buat arwah ibu dan ayah MAAFKAN LAH dosa -dosa anakmu,hanya doa dapat ku kirim,moga bahagia di alam syurga.AL FATIHAH....

0 comments  

Asal usul

Assalamualaikum
Ramai orang bertanya kenapa aku namakan blog aku ni dengan nama warungastro,ada yang suka,ada yang x suka .dan ada pulak yang kata aku tumpang nama lain supaya glamer la...
banyak sangat yang minta sebab kenapa aku bagi nama tu so harini aku akan ceritakan serba sedikit apa makna nama tu pada aku.
Sebenarnya semasa aku habis sekolah dulu,aku pernah belajar berniaga dengan membuka kedai menjual makanan( berkongsi dengan abang),dalam bahasa kampungnya kitorang panggil warung.Di situ kami menjual nasi lemak,aneka mee dan sebagainya dan alhamdulillah perniagaan warung tu maju hingga menjadi tempat berkumpulnya masyarakat setempat,tak kira la muda ke tua lelaki /perempuan.Boleh dikatakan di warung kami itulah tempat perkumpulan dan penyebaran maklumat tak kiralah pasal pilihanraya ke,ada kematian ke,pasal gossip ke dan sebagainya.(Kalau yang tua sebok ngan politiknya ,yang muda dengan lumba haramnya(termasuklah aku sekali))Dan disebabkan kami beroperasi dari awal pagi hingga lewat malam lama kelamaan kalau orang tanya apa nama warung kami tu..diorang kata tu "Warung Astro "....(kan ke stesen Astro tu banyak channel dan beroperasi siang dan malam).Nama tu di beri oleh pelanggan -pelanggan setia kami.


pemandangan di Warungastro suatu ketika dulu

Di situlah aku banyak belajar mengenai kehidupan,bagaimana susahnya mencari rezeki untuk menyara hidup .pendek kata kalau takde warung ni,mungkin aku dah jadi mat kilang ke, salesman ke tak pun buruh kontrak.kira hidup muda aku memang banyak di habiskan disitu lah.Tapi sayangnya warungastro ni telah musnah dalam satu kebakaran pada pertengahan tahun 2008 yang lalu,yang dipercayai akibat perbuatan khianat.
Jadi untuk mengingatkan kembali memori dulu-dulu tu maka aku abadikan nama tu pada blog aku ni.
*Begitulah hidup di dunia,bila kita senang sebenarnya ramai pula orang yang tak senang dengan kejayaan kita,apapun hidup mesti terus.

2 comments  

Misi towing motor kengkawan....

Kadangkala sebagai penunggang motosikal,kita memang tak dapat lari dari masaalah seperti tayar bocor ataupun motor rosak di tengah jalan.Namun pada masa inilah kita dapat melihat keprihatinan rakan -rakan dalam membantu kita.sahabat aku ni mengalami kerosakan motosikal sewaktu dalam perjalanan dari Merlimau ke Pagoh.So kitorang mengambil inisiatif untuk towing motor sahabat kita ke bengkel motor yang berhampiran.


Ipin sedang towing motor Fairuz........ni bukan callman tau



Misi towing ni tamat jam 3.30 petang dan kami meraikan kejayaan ini dengan minum petang di salah sebuah warung di pekan pagoh....tq Fairus sebab belanja kitorang minum.

1 comments  

Khasiat Tempe

Di senaraikan 10 Khasiat Tempe buat panduan kawan2 sekalian;

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi,
mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.- nak elak keracunan makanan
2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan
tekanan darah.- elok untuk yg darah tinggi
3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas,
baik bagi penderita jantung. - yang sakit jantung pun bagus
4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana
kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin
B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe
.- untuk wanita atau model2 yang takut gemuk
5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe
mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe
(R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang mengurangkan risiko infeksi.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe
bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.- alternatif kalau tak larat
makan oat.
7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. - harus di amalkan selalu.
8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi)
beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif.
- menyeimbangkan pengambilan gizi seharian.
9. Mencegah timbulnya hipertension. - elok untuk yang cepat marah
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.
- haaa, x yah beli susu anlene yang mahal tu, makan tempe
dah memadai.
Jadi, timbang2 kan pada mereka yang mementingkan pemakanan seimbang. Apepun
apa sahaj yang kita ambil untuk pemakanan seharian seharusnya seimbang dan tidak
pula berlebihan. Nanti lain yang dikurang, lain pula yang bertambah.......

untuk keterangan lebih lanjut boleh layari blog ini Khasiat Tempe

kalau untuk mendapatkan Tempe yang segar dan berkuality,boleh hubungi 019-7527123(Hj Zainudin)terutama untuk daerah Yong Peng dan Batu Pahat.Johor.

1 comments  

Jaga makanan kita

Assalamualaikum semua,

bab cite fasal makan daging babi ni aku pun
nak cite sikit la. kawan aku sendiri yg cite
pengalaman dia ni.tiap2 mlm lepas habis keje
dia selalu lepas kat kawasan gerai makan.

Dia ngan bf dia la suka sangat makan mee kari.
tokey nya orang bukan islam pekerja nya indon.
dia pun tak kesah le. satu mlm dia blk keje lambat,
nak makan punya fasal pegi la jgk kat kedai tu.
nasib baik le tokey tu reserved utk dia ngan bf nya tu.
sambil makan tokey tu pun mencuci periuk belanga nya.

nak jadi kan cite dia lak nak cari air basuh tangan.
Nampak le tulang yg keluar dr periuk nya dia
pun tanya."Eh pakai tulang ke masak kari,
u kan tak makan daging.
" ooo
ini bukan lembu ini pork maa baru sedap sikit
masak kari, tak taruk tak sedap maa."

uweeek dia pun muntah keluar semua isi perut.
Kata kawan aku rasanya nak minum air tanah jek nak
samak peruk dia. Nak wat mcm mn selama ni dah
bergelen dia makan kari tu dah masuk dlm perut
dia dah jd darah daging. pendek cite nya lepas
tu dia sebar kan hal yg jd kat dia kat semua
org yg dia kenal.lepas tu tokey tu bungkus tak
tau
pindah mn gerainya.

Moralnya: Jgn makan kat kedai bukan islam walaupun staff nya
indon atau pun ada logo halal.



MINTAK TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS

Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap orang bukan islam
tu! daging ayam dan
lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape.
Jika sebarang proses
tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah.

Berdasarkan pengalaman orang dalam industri memproses makanan,
boleh dikatakan semua product dari
oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala
pork product yg lain seperti lard (minyak babi),
pork fat(lemak babi), ham(ini asal nama hamburger)
dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during
breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa
bagi Muslim.
di DiKL, di salah satu BUTCHER Dept.....
1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork
casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai kulit sausage.

Semua ingredients untuk sausage diblend bersama
pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah
break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still
contain pork.

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey
roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami.
Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan
digunakan secara meluas
sebagai toping PIZZA.

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg
disusun lawa-lawa pada buffet table seperti
Terrine dan Pate pun ada lemak babi.


Menyentuh sedikit aktiviti kaum bukan islam , saya ada satu kisah yang
menarik untuk diceritakan.

Salah seorang kawan telah menceritakan kepada saya ini,
Bapanya adalah seorang pekerja TNB bahagian
pembaik
pulih bekalan elektrik.

Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektrik di
kawasan Jenjarum Banting.
Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja
pembaikan pulih bekalan, beliau telah merayau-rayau di
kawasan sekitar.

Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai
kebenaran memasuki kawasan yang
melibatkan penggunaan elektrik,
jadi secara tidak sengaja beliau telah memasuki sebuah
kilang memproses makanan,dilihatnya daging-daging
ayam berlongok-longok.
Kemudian daging-daging babi berlongok-longok disebelahan..
Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dan daging- daging
ayam dan babi tersebut dicampur dan digaul bersama
kemudian dijadikan burger..

Beliau
telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa
dicampurkan daging babi dengan daging ayam!
Tokeh tersebut berkata kalau tak campur burger
yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk.
Dengan mencampurkan daging ayam dan babi burger mudah
dibentuk. Katanya lagi, burger ini tidak dijual terus
kepada orang Melayu. Tapi jika mana-mana supplier yang
tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut.

Lu ingat itu supplier cukup ka u ntuk supply satu
Malaysia (Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia).
Tokeh tersebut siap kata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI",
menyirap darah bapanya

Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat
serbuan tak ada apa-apa yang jumpa,kilang tersebut pun takde.
Mungkin dah pindah bila menyedari
ada orang melayu dah tahu aktiviti beliau.

P/S: Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah
mungkin ada yang bercampur dengan daging babi.


Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi
ada kat Malaysia .
Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan
beratus ribu.
Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh
orang buksn islam saja.
Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang
lain, lepas tu bagi orang Melayu makan.
Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu
orang Melayu.



MESEJ!!!!!
BELILAH PRODUK BUATAN ORANG ISLAM.
SEPERTI KATA PENGARAH PPIM'''''''TENGOK DULU TOKEH SAPAAAAAA"

0 comments  



Em this my jobs.....
Cuba teka apa kerja saya???

0 comments  



Cuba teka?apa pekerjaan saya sekarang....

0 comments  

Ahli syurga

Sahabat Dijanjikan Syurga
>
> 1) Abu Bakar As Siddiq
> 2) Umar bin Al
> Khattab
> 3) Uthman bin Affan
> 4) Ali bin Abi Thalib
> 5) Talhah bin
> Ubaidullah
> 6) Zubair bin Al Awwam
> 7) Abdul Rahman bin ‘Auf
> 8) Saad bin
> Abi Waqqas
> 9) Said bin Zaid
> 10) Abu Ubaidah bin Al Jarrah
>
> Inilah 10 sahabat
> Rasulullah S.A.W. yang mana sejak
> hidup di dunia lagi mereka telah dijanjikan Syurga oleh
> Allah. Kita (termasuk
> aku) sering kali mencari biodata tentang orang terkaya di
> dunia, orang yang
> paling berpengaruh di dunia dan macam-macam lagi tapi
> jarang mengambil tahu
> tentang biodata para sahabat yang sememangnya mempunyai
> akhlak yang terpuji.
> Sedarlah kita bahawa orang-orang barat yang kita kagumi
> sebelum ini hanya kita
> boleh contohi untuk kehidupan dunia sahaja tetapi para
> sahabat ini bukan sahaja
> berjaya di dunia malah di akhirat juga.

0 comments  

Apa kata kita kongsi cerita ?

Assalamualaikum,

Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir!


1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda
dapat hasanah.
3. Berkongsi bahan bacaan yang berfaedah dengan seseorang.
4. Bantu mendidik seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
6. Berkongsi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan masjid (fizikal/mengimarahkan) .
8. Tempatkan water cooler di tempat umum.
9. Tanam pohon pokok . Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda
dapat hasanah.
10. Sampaikan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu
dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Insyallah

0 comments  

Kenangan semalam



Konvoi bersama kengkawan.......

0 comments  

Apa salahku?

Terkadang dalam hidup kita,tak semestinya kita akan dapat apa yang kita mahu.terkadang juga dalam hidup kita,benda yang kita tak mahu pulak,itu yang kita dapat.Sering kali aku terfikir apa sebenarnya yang di ingini oleh orang yang berada di sekeliling kita.Memang sukar untuk kita memuaskan hati semua pihak,namun yang penting aku sudah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan apa yang sepatutnya aku perbuat.seringkali juga segala apa yang aku lakukan disalahtafsir,sedangkan aku hanya ingin cuba melakukan yang terbaik,walaupun bukan untuk semua orang,namun yang penting aku puas,kerana dalam hidup ini tiada yang lebih penting dari menggembirakan diri sendiri............................kerana hanya kita yang tahu apa yang kita mahukan .

0 comments  

Lupa

PENYAKIT LUPA...
Antara penyebabnya adalah:-

- Makan kepala ikan
- Organ dlman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut & yg seumpamanya melainkan atas nasihat doktor utk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yg tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yg menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jgn makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jgn minum air antara suapan makan. Maksudnya, jgn minum sebelum anda selesai makan.
- Elakkan sukan yg boleh menyebabkan gegaran yg kuat kpd kepala seperti tinju, gusti & sebagainya.
- Pergaduhan/berkelah i sesama sendiri dgn memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yg kuat & terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yg dipanggil 'dopamin'akan berkurangan di dlm sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yg lemah & otot-otot yg kurang bermaya.
Yang penting kita semua jangan sampai lupe kepada mengingatkan ALLAH ...

0 comments  

Petua menguatkan ingatan

Utk menguatkan daya ingatan, dgn rahmat & sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yg baik & dpt menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:-

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian drpd makanan yg boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain drpd itu, oksigen juga amat penting utk merangsangotak supaya sentiasa cergas & cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yg amat baik diamalkan adalah dgn menarik nafas sebyk 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebyk 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yg paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kpd-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut:-

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh & mudah menerima ilmu & mengingatinya.

0 comments  

Petua

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajaroleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimahsebagai penawarnya.Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali binAbu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggilinggandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah diadan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untukmendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anakkesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya sertamenantu itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apayang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kalidan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamuberdua daripada seorang khadam."Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak danmenantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak iadiajarkan kepadaku."Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahajayang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supayamengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkanmata.Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup sehariankita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengansenyuman."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)

0 comments