Erti Persahabatan.........................

Bukan mudah untuk memiliki seorang sahabat yang benar-benar setia dan memahami. Maklumlah, dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. Jadi, kalau tersilap pilih sahabat alamatnya meranalah diri kerana turut memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan individu

1. Boleh berkongsi apa saja
Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula kamu mengambil kesempatan atas kebaikan dirinya pula.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
• Dia sering bertanyakan khabar tentang diri mu.
• Karier impiannya ialah sebagai seorang ahli psikologi.

2. Memahami
Kamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat meyakinkan kamu! Individu ini wajar kamu dampingi sebagai sahabat sejati!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini
• Dia sedia dihubungi bila-bila masa... 24 jam sehari, 7 hari seminggu!
• Dia seorang teman yang komited. Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.
• Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diri mu sahaja!

3. Profesional
Sedang kamu mengalami krisis dalam percintaan, si sahabat datang menghampiri mu dan cuba memahami situasi mu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan diri mu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak! Jelaslah bahawa dia sahabat yang profesional yang wajar kamu dampingi!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini;
• Dia bijak mengawal emosi mu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang
• Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat. Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
• Dia tidak pernah memberi sebarang alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu!

4. Jujur
Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan ‘cantik’ sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu boleh menerima dengan hati yang terbuka.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini:
• Dia adalah individu yang lurus. Walau bagaimanapun, kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu!
• Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu...
• Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!

Hindari diri darinya!

1. Teman yang menjatuhkan kamu
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Gemar mencari kesalahan orang lain.
• Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja.
• Dia tidak memiliki ramai kawan!

2. Teman yang memiliki pengaruh negatif

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan
sebagainya.
• Dia mengajak kamu melakukan sesatu perkara yang kamu sendiri pasti bahawa ia adalah SALAH!
• Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!

3. Teman yang mempergunakan kamu
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan dengan mu.
• Sekiranya dia bersedih, dia harapkan kamu memberikan sepenuh perhatian padanya.
• Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindakbalas.

4. Teman yang tikam dari belakang
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Apa yang kamu miliki, akan turut dimilikinya sama.
• Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan mu.
• Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada diri mu.

5. Teman yang suka meniru kamu!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lain juga sama dengan mu.
• Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu.
• Apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya! Kamu bagaikan KEMBAR! Tak syoklah kan. Walau pun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan identiti tersendiri.

*Jangan tersalah pilih teman,kelak kita yang merana...........

 

0 comments: