Kali ni aku nak tunjuk tentang bahagian dalam enjin motor TZM aku ni,haritu ianya dah mengalami kerosakan yang agak parah yang memaksa aku menukar blok dan piston serta ring kepada yang baru.Oleh kerana alat ganti motorsikal ni agak mahal maka hanya bahagian yang penting sahaja yang dapat aku tukarkan,maklumlah ni pun dah nak cecah Rm600.Kepada siapa yang tak pernah tengok macamane rupanya sila lihat gambar di bawah.....


Bahagian blok yang bersambung dengan lubang ekzoz


Bahagian bawah piston


Lubang Injap power valve


Blok dan piston yang baru

*Moral-kalau tak nak keluar duit banyak nak repair motor,janganlah perah minyak motor tu ikut suka,time bawa memang best tapi time nak rosak .....pehhhh bercinta juga la nak keluar duit.....................

0 comments Links to this post  

Kerusi lagi..................

Pernah tak korang bila g jalan-jalan ke,atau g tengok ceramah atau konsert ke dimana - mana la tak kisah la,tempat tu tidak disediakan tempat duduk.Nak berdiri lama-lama rasa macam nak patah kaki,kalau lelaki tak pe la juga ni kalau pempuan kan serba salah,nak cangkung malu pulak la rasanya(rasa cam hilang kesopanan tul tak?).So disini aku nak tunjukkan satu ciptaan aku yang dapat menyelesaikan masaalah ini iaitu kerusi lipat mudah alih.ianya kecil,boleh dilipat dan ringan serta tahan karat(aku guna stainless steel ni).Kerusi mudah alih ni pun aku buat dari benda terbuang( besi stainless steel ni aku jumpa kat tong sampah)dan kain tu aku gunakan seluar jeans yang dah tak pakai lagi(levis kot!!)so amacam berminat tak.........






*Harga Rm 500 sebab kain levis tu yang mahal heheheheheh.............

0 comments Links to this post  

Sahabat...............

" Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharum,

Sahabat sejati menjadi pendorong impian,

Sahabat berhati mulia, membawa kita ke jalan ALLAH!"


*Jadilah sahabat yang sebenarnya sahabat...

0 comments Links to this post  

Award buat pembaca setia Warungastro.................

Setelah bertungkus lumus memerah idea untuk mencipta logo rasmi Warungastro selama beberapa hari,akhirnya aku berjaya juga mencipta satu logo yang agak sesuai dengan tema Warungastro, terima kasih di ucap atas bantuan Along 79 yang banyak memberi idea dan galakan untuk menghasilkan logo ini.Seperti yang rakan pembaca sekalian lihat logo rasmi ini telah pun mula di pamerkan pada sisi kanan blog ini yang menandakan inilah logo rasmi Warungastro.Dan sebagai tanda terima kasih kepada para pembaca yang sudi mengunjungi Warungastro apalah kiranya jika anda semua sudi menerima award yang tidak seberapa ini untuk dipaparkan di blog masing-masing.Hidup WARUNGASTRO!!!!!!




*Alhamdulillah....

0 comments Links to this post  

Kerusi baru ku......................

Sedarkah anda bahawa seringkali bahan buangan yang ada di sekeliling kita boleh di kitar semula menjadi barangan kegunaan harian.Demi menyahut seruan kerajaan dalam kempen kitar semula maka aku pun mencuba untuk mengkreatifkan diri aku dengan membuat kerusi panjang dari papan terpakai yang aku jumpa di tempat buangan sampah.Maklumlah sekarang kalau nak beli perabot bukan main mahal harganya kan.So kalau korang nampak kerusi buatan aku ni cantik silalah puji tapi kalau korang rasa kerusi ni tak cantik diam - diam je lah heheheh



Ni nama dia tukul besi,kalau takde ni mau kene pakai gam gajah kot......


Ni lak paku,bukan untuk paku pontianak
harum siang malam tau.....



Haaa ni nama dia gergaji ,kalau takde ni mau aku kene beli
chainsaw untuk potong kayu ni.......



Ni la kayu yang diorang buang-buang ni,kalau kumpul
banyak - banyak ni bole buat rumah ni



Dalam proses penyambungan.Sudut mesti 90 degree kalau
tak nanti senget tau(dalam nada tukang kayu professional)



Haaa amacam ok tak,cume belum varnish je ni......


haaa untuk menambahkan lagi keempukan kerusi kayu ni,aku tambahkan dengan sofa satria edisi terhad.....tu pun dah terpakai tu.....

Inilah dia kerusi lepak limited edition buatan tangan,rasa kalau jual ni mau cecah Rm 1000 ni,maklumlah special kan.........jadi kalau mau order sila hantarkan pesanan anda dengan secepat mungkin heheheheh

*Usaha tangga kejayaan.asalkan kita rajin tiada yang mustahil.Manalah tahu mungkin ia akan jadi sumber pendapatan kita .....

0 comments Links to this post  

Kita selalu kasar.................

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta gen-2 yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta gen-2 tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengenai pintu disebelah
kanan kereta gen-2 tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

Kita selalu kasar... siapa kita ?
" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut.Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, gen-2 kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

*Pengajaran-Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

0 comments Links to this post  

Kata-kata hikmat....................

" Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya (Ibnu Abbas)"

*Terang gelapnya dunia kita bergantung pada amalan kita............

0 comments Links to this post  

Kata-kata hikmat....................

"Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan - itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan
kebaikan - itulah tanda ketinggian budi. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan - itu adalah kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan - itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji."

*Kategori yang manakah kita?

0 comments Links to this post  

Selamat hari lahir........




Anak siapa naik kereta,

Berbaju kurung bersamping pula,

Dari jauh ku lihat dia,

Sungguh manis memikat di jiwa.


Si kecil molek cantik bergaya,

Sungguh sopan pandangan mata,

Ingin kutanya siapa namanya ,

Agar hilang gelora dijiwa.


Jinak – jinak burung kenari,

Di pandang boleh di pegang jangan,

Indah sungguh nama puteri,

Umpama bunga didalam taman.


Banyak sungguh kumbang merebut,

Sedang bunga mekar berkembang,

Tidak kuduga cinta bersahut,

Hati ku girang bagaikan terbang.


Ingin ku sunting bunga melati,

Baunya harum wangi sekali,

Hanya Cik Lily bertahta di hati,

Menjadi permaisuri di istana hati.


Tidak ku mampu harta berlori,

Hanya kasih dan sayang seluruh raga.

Ucapan hari lahir ikhlas di beri,

Agar kita kekal selamanya.


Selamat hari lahir Mantz ucapkan,

Tanda usia setingkat kehadapan,

Banyakkan amal tingkatkan amalan,

Supaya kita di berkati tuhan.


Seloka hari lahir nama di beri,

kepada Cik Lily Mantz tujukan,

izinkan hamba undurkan diri,

salah dan silap harap maafkan.







*Sila tuntut hadiah di kaunter mana-mana kedai yang anda suke.....tapi bayar sendiri tau.......hahahahah

0 comments Links to this post  

Erti Persahabatan.........................

Bukan mudah untuk memiliki seorang sahabat yang benar-benar setia dan memahami. Maklumlah, dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. Jadi, kalau tersilap pilih sahabat alamatnya meranalah diri kerana turut memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan individu

1. Boleh berkongsi apa saja
Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula kamu mengambil kesempatan atas kebaikan dirinya pula.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
• Dia sering bertanyakan khabar tentang diri mu.
• Karier impiannya ialah sebagai seorang ahli psikologi.

2. Memahami
Kamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat meyakinkan kamu! Individu ini wajar kamu dampingi sebagai sahabat sejati!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini
• Dia sedia dihubungi bila-bila masa... 24 jam sehari, 7 hari seminggu!
• Dia seorang teman yang komited. Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.
• Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diri mu sahaja!

3. Profesional
Sedang kamu mengalami krisis dalam percintaan, si sahabat datang menghampiri mu dan cuba memahami situasi mu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan diri mu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak! Jelaslah bahawa dia sahabat yang profesional yang wajar kamu dampingi!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini;
• Dia bijak mengawal emosi mu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang
• Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat. Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
• Dia tidak pernah memberi sebarang alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu!

4. Jujur
Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan ‘cantik’ sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu boleh menerima dengan hati yang terbuka.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini:
• Dia adalah individu yang lurus. Walau bagaimanapun, kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu!
• Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu...
• Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!

Hindari diri darinya!

1. Teman yang menjatuhkan kamu
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Gemar mencari kesalahan orang lain.
• Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja.
• Dia tidak memiliki ramai kawan!

2. Teman yang memiliki pengaruh negatif

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan
sebagainya.
• Dia mengajak kamu melakukan sesatu perkara yang kamu sendiri pasti bahawa ia adalah SALAH!
• Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!

3. Teman yang mempergunakan kamu
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan dengan mu.
• Sekiranya dia bersedih, dia harapkan kamu memberikan sepenuh perhatian padanya.
• Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindakbalas.

4. Teman yang tikam dari belakang
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Apa yang kamu miliki, akan turut dimilikinya sama.
• Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan mu.
• Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada diri mu.

5. Teman yang suka meniru kamu!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lain juga sama dengan mu.
• Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu.
• Apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya! Kamu bagaikan KEMBAR! Tak syoklah kan. Walau pun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan identiti tersendiri.

*Jangan tersalah pilih teman,kelak kita yang merana...........

0 comments Links to this post  

5 cara pilih sahabat ..............

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan(menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

*Berbahagialah jika anda seorang sahabat yang baik,kerana jasa baikmu akan senantisa dikenang.Tetapi berdukacitalah jika anda bukan seorang sahabat yang baik ,kerana keburukanmu akan di sebut-sebut walaupun setelah kematianmu........

0 comments Links to this post  

Jantung.......................

Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.

Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.

Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.

Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.

Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.

Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.

Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.

*HARGAILAH JANTUNG ANDA.....

0 comments Links to this post  

Sebab2 penjara pudu ditutup.......

sebab sebab penjara pudu ditutup..... .

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada di antara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula..

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran di waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati di tali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau di dalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

?

?


?

?

?

?


?

?




"Heyyyyyy manusiaaa.

Jangan awak sentuh harta itu.

Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "

"Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa "

Ha Ha Ha Ha Ha "

Yaaaaaaa,

Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... "

?


udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja........ ......... .....

?


Tahniah kerana minat membaca.

?

?

p/s:-kita pun terkena...

so apa salahnya kenakan kat org lain lak kan

....hahahaha

1 comments Links to this post  

Kisah penjual tempe .......

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua
tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.
Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan
pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan mas ak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.

Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.

Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat (",)

0 comments Links to this post  

Ada petua tak?

Waa esok nak periksa,apa pun tak baca lagi ni....nak baca buku pon dah tak bole masuk dalam otak,macam dah tepu je rasanyerrr.Ingat nak minta petua la ngan korang sapa yang ada petua ke?doa ke?manala tau esok jawab soalan boleh lancar je menulis.Kalau nak di hafal semua nota yang tebalnya mengalahkan tayar keta ni rasanya tak mampu ni,so doakan la esok aku bole tenang semasa menjawab soalan exam dan berjaya mendapat keputusan yang baik ........pepehal thank u

*Rasanya dah banyak kali g periksa tapi masih nerveous lagi...kenape ekkk??

0 comments Links to this post  

PENDAPATANAN DARIPADA KELAS PENGAJIAN TAFSIR AL-QURAN

1.AL-FATIHAH

Baca14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

2.AL-FATIHAH

Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:
Melepaskan rasa sakit dalaman

3.AL-FATIHAH

Baca 7 kalidan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.
Kepada orang berpenyakit mental

4.AL-FATIHAH

Baca 3kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.
Sakit yang keterlaluan.

5.AL-FATIHAH

Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.
Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6.AL-FATIHAH

Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu,


1.YA-RAHMAN,YA-RAHIM, YA ALLAH


Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:
Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkanpenyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).

2.AWET MUDA
(dalaman dan luaran)

Zikir Baca
Ya Badiyah -1 kali
Ya Nur - 1 kali
Ya Hadi - 1 kali
Ya Allah – 3 kali
Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.


Ayat Al-Waqiah(ayat 35,36,37,38)
Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman

3.KAYA DENGAN KETENANGAN JIWA

Baca ayat Al-Waqiah setiap hari sebelum tidur.

4.MENGELAKKAN SAKIT KEPALA

Bawa ayat Al-WaqiahAyat 19 moga-moga boleh menghilangkan/ meredakan.

*SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR,
INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

0 comments Links to this post  

Setiap yang bermula pasti akan berakhir,pada 25/06/09 yang lalu maka tamatlah pengajian bagi beberapa kumpulan pelatih yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka disini,so mereka diraikan dengan sedikit jamuan sebagai tanda ucapan tahniah bagi yang berjaya dan bagi yang gagal sebagai pengubat duka......so



Gotong royong membasuh ayam untuk di korbankan malam nanti


Ayam-ayam yang sedia berkorban untuk mengenyangkan perut kitorang



Ni kira DEEJAY la ni



Orang-orang kuat di sebalik majlis


*tahniah bagi semua,gagal bukan bermakna gagal selamanya,berjaya hari ini pun bukan bermakna berjaya selamanya....ini adalah permulaan bagi anda semua,terpulang bagi anda untuk mengakhiri.......

0 comments Links to this post  

Ahhhh lega.................

Assalamualaikum.
Hari-hari yang sukar,dengan kursus ,dengan pamerannya dan juga kerja harian yang berlambak,akhirnya berjaya juga aku menghabiskan semuanya.rasanya dah hampir seminggu aku tak update ,maklumla busy so sorry la kepada kengkawan semua.Esok aku nak bercuti,balik kampong nak release tension,nanti aku akan update aktiviti minggu sudah yang aku tak sempat apdate ok......so cuti - cuti Malaysia.

*Penat ooooo tapi takpe kerja punya pasal..........

0 comments Links to this post