Penjelasan halal dan haram..........................







*Mencari yang halal itu fardu bagi umat islam....

0 comments Links to this post  

Alhamdulillah,setelah sekian lama aku memiliki dan menggunakan M aku ini,jarang sekali ia memberikan khidmat yang tidak memuaskan,walaupun sekarang ia sudah tidak kerap di gunakan ,namun prestasinya sentiasa memuaskan hatiku.Baru-baru ini untuk julung kalinya M aku ini telah mencecah jarak perjalanan sebanyak 888888 km,suatu jarak yang boleh dikatakan amat jauh.jadi sempena itu aku paparkan bukti keupayaan dan ketahanan M ku ini dengan harapan semoga ia akan terus berkhidmat dengan baik untukku.Hidup TZM






2 comments Links to this post  

Kasih Bapa....................

Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nan
Anakku Sazali dengarlah

Lagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti

Anakku Sazali juwita

Laguku jadikan pelita

Penyuluh di gelap gelita

Pemandu ke puncak bahagia...



BEGITU puitis lirik lagu Anakku Sazali ciptaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Baitnya syahdu dan menyentuh jiwa, membayangkan keakraban hubungan dan kasih tidak berbelah bahagi antara seorang bapa dan anak.

Kasih bapa kepada anak melebihi segalanya. Jasanya tidak terhitung, cuma semua itu sukar dimengertikan si anak, sehinggalah suatu hari kelak giliran anak pula bergelar bapa.

Islam meletakkan bapa pada kedudukan yang tinggi dan menjadi kewajipan setiap anak memuliakan bapa, mentaati dan menghormatinya, berbuat baik dan berkata dengan sopan.

“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra': 23-24)

Teks al-Quran itu mengajar manusia melayani orang tua. Tetapi sejauh mana ketaatan itu? Apakah pula yang dikatakan kebajikan terhadap orang tua?

Menurut Imam al-Ghazali, kebanyakan ulama berpendapat, ketaatan kepada orang tua wajib dalam hal meragukan dan tidak wajib dalam hal yang jelas haram kerana meninggalkan sesuatu meragukan adalah warak (berhati-hati), sedangkan keredaan orang tua adalah wajib.

Berbakti kepada orang tua tidak hanya kepada bapa atau ibu yang Muslim.

Walaupun kedua-duanya kafir, anak harus berbuat baik kepada mereka dan termasuk berbuat baik dan tidak berjihad kecuali dengan izin mereka.

Dalam hadis sahih diriwayatkan daripada Abdullah ibn Amru, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w meminta izin kepadanya untuk berjihad.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apakah ayahmu masih hidup?” Orang itu menjawab: “Ya.” Nabi bersabda: “Berjihadlah bagi kedua orang tua.” (Hadis riwayat Muslim)

Melalui hadis lain disebutkan orang itu menjawab: “Ya, kutinggalkan mereka menangis.” Nabi berkata: “Pergilah, buatlah mereka tertawa, sebagaimana engkau membuat mereka menangis.”

Jangan sesekali membuatkan bapa menitiskan air mata. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, dia berkata, bersabda Rasulullah bermaksud: “Tangis kedua orang tua termasuk penderhakaan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Menurut al-Qurtubi, termasuk kesempurnaan dalam berbakti kepada kedua orang tua ialah menjalin hubungan baik dengan orang yang mereka cintai.

Diriwayatkan dari Muaz ibn Jabal r.a, Rasulullah bersabda, ertinya: “Sesiapa berbakti kepada kedua orang tuanya, beruntunglah dia dan Allah menambah umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya'la, Tabrani dan al-Hakim)

Bagi anak yang sudah ketiadaan bapa, masih boleh berbakti kepadanya.

Diriwayatkan Abu Usaid, seorang Badwi, dia berkata: “Aku sedang duduk bersama Nabi s.a.w, kemudian datang kepadanya seorang lelaki Ansar.

Dia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah aku masih boleh berbakti kepada ayahku sesudah dia meninggal?”

Baginda menjawab yang bermaksud: “Ya, mendoakan rahmat bagi keduanya, memohonkan ampun bagi keduanya, melaksanakan wasiat mereka, menghormati teman mereka, menjalin hubungan dengan kerabat daripada pihak mereka berdua. Inilah yang masih boleh engkau lakukan.”

Sebagai anak, tutur kata dengan bapa sewajarnya sopan dan beradab, tidak mengguriskan hati, malah melayaninya dengan penuh keikhlasan, hormat dan rendah diri.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a, dia berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi bersama seorang tua.

Nabi bertanya: “Siapakah yang bersamamu?” Orang itu menjawab: “Ayahku.” Baginda bersabda: “Jangan berjalan di depannya dan jangan duduk sebelum dia, jangan memanggilnya dengan namanya dan jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain memakinya.” (Hadis riwayat Tabrani)

Menurut Atha’, perkataan lemah-lembut seperti “wahai ayah, wahai ibu” tanpa menyebut namanya.

Ibnul Baddaah at-Tujaibi berkata: “Aku berkata kepada Said Ibnu Masayyab, semua yang ada dalam al-Quran mengenai berbakti kepada kedua ibu bapa sudahku ketahui, kecuali firman-Nya bermaksud: “Dan berkatalah kepada keduanya dengan perkataan yang mulia.” Apakah perkataan yang mulia itu?”

Ibnu Masayyab berkata: “Ia adalah perkataan hamba yang berdosa kepada tuan yang bengis dan keras.”

Begitulah kiasan dalam hubungan interaksi antara anak dan bapa. Tetapi kini ada anak sewenang-wenangnya menengking bapa, memaki hamun, malah sampai menghumbankan bapa ke penjara dan mencederakannya.

Bongkaknya, seperti sudah lupa asal usul.

Ibnu Abbas berkata, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membuat reda kedua orang tuanya di waktu pagi dan petang, dia pun mendapat dua pintu syurga yang terbuka dan jika seorang, satu pintu. Sesiapa di waktu petang dan pagi membuat marah kedua orang tuanya, dia mendapat dua pintu neraka yang terbuka, jika seorang, satu pintu.”

Tetapi bagi si anak pantang melihat bapa melakukan perkara bertentangan.

Bapa, walaupun kerap kali berdepan dengan anak bermasalah, tetap bersabar dan menutup aib sehinggalah dia dapat melihat anaknya menjadi orang berguna.

Malah, anak selalu berkira soal makan minum dengan bapanya. Sudahlah wang jarang dikirim, bertanya khabar jauh sekali. Beberapa kali diberi, sudah mula mengungkit itu dan ini.

Satu kisah terjadi pada zaman nabi. Diriwayatkan dengan Isnad bersambung dari Jabir ibn Abdillah r.a, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayahku mengambil hartaku.”

Kemudian Jibril turun kepada Nabi dan berkata: “Allah Azza wajalla menyampaikan salam kepadamu dan berkata kepadamu: “Apabila orang tua itu datang kepadamu, tanyailah dia mengenai sesuatu yang dikatakannya dalam dirinya dan hanya didengar kedua-dua telinganya.”

Ketika orang itu datang, Nabi berkata: “Mengapa puteramu mengeluhkan kamu? Apakah engkau ingin mengambil hartanya?”

Orang tua itu berkata: “Tanyailah dia, ya Rasulullah, apakah aku membelanjakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku?”

Rasulullah berkata: “Janganlah ceritakan hal ini kepada kami. Beritahulah aku mengenai sesuatu yang engkau ucapkan di dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu.”

Orang tua itu berkata: “Demi Allah, wahai Rasulullah, Allah Azza wajalla selalu menambah keyakinan kami kepadamu. Aku sudah mengucapkan sesuatu di dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku.”

Rasulullah berkata: “Katakanlah supaya saya mendengarnya.”

Orang itu berkata: “Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan kubiayai engkau di kala dewasa. Engkau minum daripada rezeki yang aku berikan padamu.

“Bila engkau sakit pada waktu malam aku tidak tidur dan gelisah semalaman suntuk kerana penyakitmu, seakan akulah yang terkena bukannya engkau dengan penyakit yang menimpa orang lain sehingga aku menangis.

“Diriku takut engkau binasa, supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.

“Apabila engkau jadi besar dan mencapai akhir umur, aku pun tidak mengharapkanmu, engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.

“Kiranya bila engkau tidak memelihara hak aku sebagai bapa, engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan. Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku, dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu.”

Ketika itu, Nabi memegang leher baju putera orang itu dan berkata: “Engkau dan hartamu milik ayahmu.”

2 comments Links to this post  

bencana.......................

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.


Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat

0 comments Links to this post  

5 kejayaan menentang syaitan.................

Terdapat beberapa tanda yg jelas pada org yg berjaya melepasi pelbagai perangkap iblis dan mempunyai hubungan rapat dengan Allah. Orang seperti ini memiliki ciri-ciri berikut:

1. Dia segera jatuh cinta kepada solat. Dia berasa senang melaksanakan solat fardhu dan solat sunat. Dia tidak lagi melaksanakan solat itu sebagai satu kewajipan. Sebaliknya, dia menganggap solat sebagai keperluan hidup yang utama sama seperti makan dan minum. Hatinya mampu mengendalikan kehidupan dgn baik dan dia suka pada kebenaran. Telinga dan matanya tidak lagi tertarik kpd perkara2 yg tidak penting, gossip, fitnah, dan perkara2 yg tercela. Malah hal2 seumpama itu drasakan mengotorkan hatinya.

2. Pada suatu ketika dalam kehidupannya, Allah membiarkannya hidup sendirian. Allah mengunci tangan, mulut, kaki, akal dan perasaan insan-insan yg mengenalinya termasuk insan-insan yg dekat dengannya seperti keluarga dan saudaranya. Mereka semua tidak mahu menolong dan membahagiakan dirinya, walaupun hanya sekadar mengucapkan terima kasih atas kebaikan yg dia berikan kpd mereka. Namun dalam keadaan seperti itu, dia tidak kecewa dan sedih kerana dia tahu Allah menginginkannya bergantung hanya pada Tuhannya.

3. Dia berasa sedih dan kesian terhadap orang sekelilingnya yang leka dengan perhiasan dunia, bergelumang dgn dosa, terpengaruh dgn keasyikan dunia tanpa sempadan, lalai dgn gossip dan fitnah. Dia tidak berdendam atau menyimpan rasa marah kpd org yg menganiaya dirinya, malah wujud rasa kesian dan sayang kpd si penganiaya itu dan berdoa agar mereka sama2 mdapat rahmat dan hidyah Allah. Kasih sayangnya mbuatkan dia terus berusaha mngajak mereka semua mengikuti jalan yg lurus sepertinya. Mengajak mereka ‘u-turn’ semula drp laluan yg sesat ke laluan yg benar. Tetapi tidak semua dapat celik dan menerima ajakannya kecuali mrk yg dberi hidayah Allah. Dia tidak putus asa. Pada masa yg sama, ada juga orang yg ingin mdekatinya dan ingin bsahabat dengannya sedangkan dia tidak pernah mengenali orang itu.

4. Apabila dia melihat hamba Allah yg mengalami kecacatan fizikal atau mental, dia dapat merasakan penderitaan mereka, lalu berdoa kepada Allah, “Ya Allah, dia adalah makhluk ciptaannu. Curahkanlah rahmat dan kasih sayangMu kepadanya. Limpahkanlah kasih sayangMu padanya. Berilah kemudahan kpdnya. Aku tidak mampu mlihat penderitaannya.” Apabila seorang pengemis mendekatinya, dia bsyukur kpd Allah krn Allah mgerakkan hambanya itu untuk dating kepadanya. Dengan itu, dia dapat peluang beroleh kebaikan dgn mbantu pengemis itu.

5. Dia tidak kagum kpd rakan dan saudara yg memiliki harta yg melimpah dan darjat yg tinggi. Hatinya tenteram bersama zikir dan tasbih kpd Tuhan. Apabila dia melihat keindahan panorama alam ciptaan Allah termasuklah makhluk2 Allah yg cantik jelita, gagah dan bwibawa, tdetik dalam hatinya, Allah lah yg mciptakan semua kehebatan itu. Dia berasa bahagia bersama Allah sehingga dia tidak lagi mengagumi makhluk ciptaan Allah..

0 comments Links to this post