Rasuk.........................

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku
diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan
tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india . Di mana
salah nya……..Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

kes histeria disekolah kat BSB……

Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka
merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu
ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan
dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si
ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya
yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!”
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam”

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab…

“”Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat”
“Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK…”"

“”Aduhai… kekekeekeeee…”"

*Dah jangan dok mengulat dan mempercayai perkara tahyul…..pi buat keja cepat.
(Di petik dari http://ordersaja.com/ijanlah/)

1 comments Links to this post  

Kisah si tukang gunting.........................

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA TUKANG GUNTING ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH, TUKANG GUNTING ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''

''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD, KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU?KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS TUKANG GUNTING ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYA TUKANG GUNTING JUGA TIDAK WUJUD?''

''KENAPA KAMU KATA MACAM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''..KATA TUKANG GUNTING.

''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU TUKANG GUNTING WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.

''AH! TUKANG GUNTING MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!'' KATA TUKANG GUNTING.

''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.

''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN & PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

0 comments Links to this post  

Si pencari kayu Api...........................

Pada suatu hari, Si Pencari kayu api seperti biasa dengan tugas hariannya iaitu mengumpul kayu api di dalam hutan. Sebilah kapak tua dan buruk dijadikan temannya. Setelah asyik memotong kayu api tiba-tiba kapaknya terpelanting dan terjatuh ke dalam sungai. Hatinya sangat sedih kerana kapak itulah satu-satunya alat yang digunakan olehnya untuk mencari sesuap nasi. Lagi pula dia tidak pandai berenang. Dia menangis teresak-esak. Tiba-tiba muncul seorang tua yang terbongkok-bongkok.



ORANG TUA : Kenapa tuan hamba mengangis?



SI PENCARI KAYU API : Kapak hamba terjatuh ke dalam sungai.



ORANG TUA : Jangan lagi bersedih, hamba akan membantumu.



SI PENCARI KAYU API : Benar????(Tersenyum dan gembira) Orang tua tersebut lalu terjun ke dalam sungai lalu membawa sebilah kapak perak.



ORANG TUA : Inikah kapak tuan hamba?



SI PENCARI KAYU API : Bukan. Orang tua terjun semula ke dalam sungai lalu membawa sebilah kapak gangsa.



ORANG TUA : Adakah yang ini?



SI PENCARI KAYU API : (menggeleng-gelengkan kepalanya) Orang tua terjun semula dengan membawa sebilah kapak emas.



ORANG TUA : Ini kan ?



SI PENCARI KAYU API : Bukan yang itu. Kapak saya sangat buruk. Orang Tua tersebut terjun semula ke sungai dengan membawa sebilah kapak yang tua dan buruk.



SI PENCARI KAYU API : Ya..yahooo…itulah kapak hamba. Terima kasih (dia melompat-lompat dengan hati yang gembira )



ORANG TUA : Tuan hamba sangat jujur dan tulus. Hamba akan menghadiahkan ketiga-tiga kapak ini untuk kamu. Si Pencari Kayu Api itu sangat gembira kerana beliau memiliki kapak emas, gangsa, dan perak.Seminggu selepasitu……… Pencari Kayu Api bersiar-siar bersama-sama dengan isteri kesayangannya di tempat kejadian kapaknya terjatuh ke dalam sungai. Setelah asyik bersiar-siar, tiba-tiba isterinya terjatuh ke dalam sungai kerana terpijak batu di tepi sungai. Si Pencari Kayu Api sangat sedih dan menangis kerana isteri kesayangannya terjatuh ke dalam sungai dan tidak tahu berenang sama sepertinya. Tiba-tiba muncul seorang tua yang berjalan menggunakan tongkat.



ORANG TUA : Wahai Si Pencari Kayu Api, kenapa tuan hamba menangis?



SI PENCARI KAYU API : Isteri hamba terjatuh ke dalam sungai. ( dengan nada yang sedih dan pilu)



ORANG TUA : Janganlah bersedih, hamba akan menolongmu.Orang tua tersebut lalu terjun ke dalam sungai dengan membawa seorang gadis cantik dan menawan iaitu Siti Nurhaliza.



ORANG TUA : Inikah isteri tuan hamba?



PENCARI KAYU API : Ya..ya..inilah isteri tuan hamba.



ORANG TUA : Wahai tuan hamba, atas ketidakjujuran dan ketidakikhlasan maka, hamba mengambil semula kapak yang hamba bagi kepada tuan hamba dahulu dan perempuan ini hamba tidak akan beri kepada tuan hamba.



PENCARI KAYU API : Wahai orang tua yang sangat baik hati…jikalau hamba mengatakan dia bukan isteri tuan hamba, tentulah engkau akan terjun ke dalam sungai semula dengan membawa Misha Omar, Stacy, Yuna, Britney Spear dan Fasha Sanda. Atas kejujuran hamba maka tentulah engkau akan menghadiahkan kesemua perempuan tersebut kepada hamba. Hamba seorang yang sangat miskin, mana larat hamba menyara hidup semua isteri hamba. Hamba tidak larat nak beli make up, baju, kasut tumit tinggi, kereta, rumah besar dan sebagainya.



ORANG TUA : (Tersenyum saja mendengar penjelasan daripada Si Pencari Kayu Api). Tuan Hamba bukan hanya seorang yang jujur malah seorang yang sangat bijaksana. Orang tua itu pun hilang dari pandangan…………

0 comments Links to this post  

Sapa boleh jawab????.............................

Mari kita cari jawapan sama-sama... hehehe

Ahmad, Ali & Abu


Ahmad, Ali dan Abu pegi bercuti kat pulau tioman.



Sampai kat sana, dia orang pun pegi laa cari resort tempat persantaian



dia orang barang semalam... Riki punya riki.... last-last dapat laaa satu resort



yg sewanya cuma RM30 satu malam.



Since dia orang ni member kamcheng giler..depa pakat nak sewa satu


bilik je & tanpa banyak soal..masing2 keluarkan sorang RM10...kira tong-tong 3 org laaa.



So bila dapat kunci jer...depa tanpa membuang masa terus jer pegi bilik.


Lepas je depa blah masuk bilik..... minah cun kat front office tu baru


teringat yg laaa ni resort dia tengah buat promotion... so satu bilik cuma RM25 je.



Minah ni pun panggil bell boy suruh pulang! kan balik lagi RM5 kat mamat 3


org tu... On the way nak pulangkan duit tu..si bell boy ni tepikir yg duit belen ada RM5.



Mamat tu ada 3 org... camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorg...??? Pikir pu nya pikir



last2 mamat ni dapat idea...dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu....! Then belen lagi RM2.



dia ambik buat beli jajan...



Maknanya.


Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9.


Total depa bayar....RM9. 00 x 3 =RM27.


Mamat bell boy tu amik RM2...so total semua sekali


RM27 + RM2 =RM29
Mana pegi lagi singgit....? ????????? ???

mari kita cari jawapan sama-sama...

0 comments Links to this post  

Sekadar berkongsi cerita................

Bacalah sehingga habis.

Saya hampir membuang pesanan ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.
ALLAH , bila saya membaca pesanan ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat ... ...

Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGHRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...
Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung pada NYA.
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka... ...
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya sentiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH
Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!! !


Ya aku CINTA ALLAH ...

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari.

TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.


Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu..
Sampaikanlah pesanan ini kepada rakan - rakan anda



Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?



Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.


Susah vs. Senang


Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran ?



Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang email agama tetapi kita bangga mem "forward" kan email yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.
Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.


Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.


Tidakkah melucukan bila seseorang berkata " AKU BERIMAN PADA ALLAH " TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).


Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal.., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?



Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?..



Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.

Aku ber DOA , untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH

0 comments Links to this post  

Hikmah Disebalik Mengucapkan lafaz Lailahaillallah..........................

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy.



Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam.



Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.



Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

p/s: Sampaikan walaupun satu ayat

0 comments Links to this post