Untuk renungan bersama.......................

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'

Ketika Mayat Siap Dikafan ....Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan
· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'

Ketika MayatDiusung. .... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'

Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat ...... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .. Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... .
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. ... Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
· Hari Ini,....
· Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , 'Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'


*Kematian itu pasti......

0 comments Links to this post  

Rak kasut untuk perpustakaan sekolah................

Minggu yang lalu Mantz telah di minta supaya membuat sebuah rak kasut yang akan di tempatkan di perpustakaan Sekolah Menengah Dato' Seth,iaitu sekolah dimana Mantz pernah belajar suatu ketika dahulu.saksikan......



Rak yang telah siap



Rak yang telah ditempatkan di tepi perpustakaan(siap ada model lagi)



Pintu masuk perpustakaan



Inilah perpustakaan Sekolah Menengah Dato' Seth...bersama guru penyelia perpustakaan Puan Azizah

3 comments Links to this post  

11 jenis manusia didoa Malaikat ..........................

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”



Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah



* Mohon ditegur atau dikomen oleh ustaz-ustaz atau yang arif sekiranya saya salah memberikan info

0 comments Links to this post  

Sunat hari jumaat................

Hari Jumaat, penghulu segala hari, banyak perkara sunat kita boleh lakukan pada hari jumaat. Marilah kita, semasa peluang masih ada, rebut pahala-pahala ini.

1. Mandi
Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa, mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w selaras dengan sabda baginda yang bermaksud, "Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


2. Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya."


3. Memotong kuku
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu hari-hari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.


4. Membaca Surah al-Kahfi
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq." (Riwayat Al-Baihaqi)


5. Memperbanyakan doa
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.

Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah sabda baginda yang bermaksud, "Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).


6. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang bermaksud, "Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."

0 comments Links to this post  

Tukang kapak, Munkar & Nangkir....................

Baca la best…. Jadikan pengajarannn....

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang
dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi
separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua
adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah
kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata,
"Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah
aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah
seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada
harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."

Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana
mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan
pula di dalam tanah."

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau
masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti
apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya
diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke
rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di
dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah
mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah
dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut
selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau
dan hantu bajang ketika menebang kayu.. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut
untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun
mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak
tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka
datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang
hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di
fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh
Mungkar dan Nakir..

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke
arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?

Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta
wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

Dari mana kau dapat kapak ni?

Aku membelinya.

Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur
tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?

Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau
tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.

Adakah kau pasti?

Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya
sama untuk dijual?

Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan
muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap
sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi
bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat
seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar
dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri
ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu
ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur
tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan
mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan
aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah
setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta
aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar
dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi
sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya...................

*Bagaimana kita pula akan disoal olehnya nanti?

0 comments Links to this post  

Facebook

Sekadar berkongsi.....
Ahh.. Facebook. Penghubung teman lama. Penjalin hubungan baru. Suatu aplikasi web yang menjadi sebutan ramai. Bagi mereka yang mempunyai akaun Facebook, tidak lengkap rasanya sesuatu hari tanpa login sekurang-kurangnya sekali ke dalam Facebook. Pelbagai maklumat boleh dikongsikan sama ada dengan rakan, kawan kepada rakan ataupun dengan masyarakat umum.

Pelbagai jenis maklumat boleh dikongsikan melalui Facebook. Gambar, video, teks mahupun link ke website lain boleh dikongsikan dengan rakan-rakan dengan cukup mudah. Seseorang juga boleh mewujudkan 'fan site' atau 'hate site' untuk pelbagai tujuan (ataupun tanpa sebarang tujuan). Kesemua ini memang menyeronokkan tapi awas, terdapat bahaya yang menanti bagi mereka yang tidak berhati-hati.

Perkongsian maklumat yang bebas, jika tidak dikawal boleh mendatangkan bahaya. Facebook boleh menjadi (dan dalam kebanyakan kes, sudahpun menjadi) gedung dosa bagi para pengunjungnya.

Bagi semua pengguna Facebook, berhati-hati di dalam berkongsi maklumat di dalam Facebook. Jika maklumat yang anda kongsikan bersifat maksiat, seperti meletakkan gambar lelaki atau perempuan yang tidak menutup aurat, gambar-gambar yang tidak senonoh, link ke video yang mengandungi unsur-unsur maksiat, lucah, tidak tutup aurat, atau sebarang maklumat yang boleh mendatangkan dosa kepada sesiapa yang melihatnya, maka anda sebenarnya telahpun membeli saham ke neraka dengan percuma.

Saham ke neraka? Ya, dengan berbuat demikian, setiap rakan atau orang umum yang melihat kandungan tersebut akan mendapat dosa (yang berpunca daripada anda), dan dosa tersebut juga akan diberikan kepada anda dengan tidak dikurangkan dosa tersebut walau sedikitpun. Ini kerana anda adalah penyebab orang lain melakukan dosa.

Daripada Abu Hurairah .a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

Sesiapa yang menyeru manusia kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala sama dengan orang yang melakukannya tanpa dikurangkan walau sedikitpun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru manusia kepada kesesatan maka dia juga turut berdosa sebagaimana dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurangkan dosa mereka walau sedikit pun. (Hadis riwayat Muslim)


Dosa juga ibarat saham. Jika anda mengajar atau menjadi punca orang lain melakukan dosa, maka selagi orang tersebut melakukan dosa, maka anda akan turut mendapat 'bahagian' anda. Tambah malang, jika orang yang mengamalkan dosa tersebut menyebarkannya kepada orang lain, maka anda turut akan mendapat 'sahamnya' walaupun bukan anda sendiri yang menyebarkannya. Anda akan terus mendapat dosa selagi mana kandungan yang anda sebarkan dilihat dan disebarkan orang. Alangkah banyaknya dosa.


Walaupun anda tidak meletakkan sebarang kandungan yang melanggar hukum syarak, anda juga perlu berhati-hati kerana anda masih terdedah kepada bahaya. Ini kerana anda mungkin akan melihat gambar-gambar rakan-rakan anda yang tidak menutup aurat. Melihat gambar/kandungan sedemikian tanpa sebab-sebab yang dibolehkan syarak sudah cukup untuk anda mendapatkan dosa.

Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan bahaya Facebook ini? Berikut telah saya senaraikan checklist yang boleh kita ikuti sebagai panduan bersama.


Garis panduan Facebook

1. Jika meletakkan kandungan (mesej, link, video, gambar, dan sebagainya) pada Facebook, pastikan kandungan tersebut menepati syarak.

* menutup aurat
* tidak melakukan aksi-aksi menggoda atau menghairahkan
* tidak berunsurkan fitnah, memburukkan orang atau pihak lain
* tidak meletakkan kandungan yang anda tidak boleh pastikan akan kesahihannya

2. Jika anda di Tag kepada kandungan sedemikian (seperti di atas), buang Tag tersebut kerana dengan mengekalkannya, kandungan tersebut boleh dilihat melalui akaun anda.

3. Jangan melihat galeri gambar yang anda ketahui mengandungi gambar-gambar yang bertentangan dengan syarak. Jika terlihat, hentikan segera dan buka kandungan lain.

4. Elakkan membazir masa di dalam Facebook hingga melengahkan solat atau perkara-perkara wajib yang lain.

5. Jangan sertai sebarang group yang melibatkan perkara-perkara berikut:

* Fan group artis-artis, atau filem yang mengandungi unsur maksiat. (contoh: dedahkan aurat, adegan tak senonoh dan sebagainya)
* Kumpulan yang menyebarkan perkara-perkata berunsur fitnah, atau memburukkan orang lain
* Sebarang group lain yang didalamnya terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak

6. Jangan menggunakan aplikasi (games, dan sebagainya) yang mengandungi unsur lucah, tidak senonoh dan yang seumpama dengannya. Sesetengah aplikasi biasanya akan menghantar gambar/mesej pada Wall anda yang kemudiannya akan dilihat orang lain.


Di atas adalah beberapa panduan yang boleh anda gunakan. Sebaiknya, anda gunakan Facebook sebagai medan untuk sebarkan nasihat, tegur-menegur dan memupuk rasa kasih sayang dan harmoni sesama kawan-kawan melalui cara yang dibenarkan Islam. Elakkan diri anda dari melakukan dosa. Kalau boleh, minimakan penggunaan Facebook. Islam tidak pernah melarang kita bersosial. Sebaliknya, Islam menyediakan beberapa garis panduan di dalam bersosial bagi memastikan kita agar tidak tergelincir ke jalan yang sesat.

P/S: Jika kita boleh meluangkan masa selama 1 - 2 jam menggunakan Facebook setiap hari, apa salahnya luangkan sedikit masa untuk membaca Al-Quran atau melakukan amal ibadat lain.

Sumber: syedzai.blogspot.com
www.ukhwah.com

0 comments Links to this post  

English deco..............

Sekarang ni menghias rumah ala english deco macam dah jadi trend,Mantz pun sama nak mencuba perniagaan yang ada kaitan dengan deco inggeris ni.Cuba lihat............mana tau anda berminat!!!














*Siapa berminat sila hubungi Mantz.......harga boleh runding.

0 comments Links to this post  

Grill .....................

Kali ni Mantz ingin tunjukkan grill tingkap dan grill pintu yang telah Mantz buat untuk salah seorang rakan ..bermula sebagai hobby nampaknya ia boleh membawa pulangan yang menarik jika dibuat secara bersungguh-sungguh.saksikan...........



Grill pintu belakang.....


grill tingkap...


pandangan sisi

*sesiapa yang berminat bole contack Mantz.....
harga boleh runding......

0 comments Links to this post  

Rak dapur.........

Baru - baru ini Saudara Mantz telah di minta oleh seorang rakan supaya membuat sebuah rak yang akan digunakan sebagai meja dapur.Oleh kerana meja lama yang diperbuat dari kayu telah reput dan dimakan anai-anai maka Mantz telah membuat rak yang di minta menggunakan besi dan papan sebagai pengalas.


Rak yang telah siap.....(tinggal letak alas meja je ni,kompom cantik)


Kalau kat kedai mau Rm 3-4 ratus ni(kawan-kawan punya pasal Rm 200 je)

*Siapa nak boleh call Mantz ye......

0 comments Links to this post  

Mari menanam pokok Anggur.................

Selalunya Mantz hanya menanam pokok buah-buahan atau sayur-sayuran tempatan.Namun kali ini Mantz ingin mencuba untuk menanam pokok buah-buahan yang berasal dari negara yang beriklim sejuk iaitu pokok Anggur.Benih pokok anggur ini Mantz beli di Melaka ketika berkunjung ke Melaka Fruit Farm di Alor Gajah,Melaka.Dipaparkan sebahagian cara-cara menanam benih anggur ini.......




Anak pokok anggur yang berusia 2 bulan(tak tau la anggur merah ke hijau)


Polybeg di koyakkan untuk proses menanam


Letakkan anak pokok anggur di lubang yang telah di gali


Rata dan padatkan tanah di sekeliling pokok


*Siapa nak beli anggurrr......

0 comments Links to this post