Burung oh burung......................

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan
mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya
(Transparent le tu...)

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap.
Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru.

Setiap pagi ada 3 orang cikgi melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah
ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3
orang cikgu cikgi yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir.....

Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgi tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia
menyanyi -nyanyi.... tak pun, dia akan baca skrip cerita
sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si
cikgi-cikgi tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah

Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia...then tonyoh tonyoh sikit mata
dia...dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia...pas tu dia jerit kuat-kuat....

"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Cikgu-cikgi tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka
jalan cepat-cepat... Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang.....

Keesokan harinya cikgi-cikgi tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik
ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila time cikgi ni nak ke sekolah,
burung tu jerit lagi.......

"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA!!! PINK!!!"

Cikgi-cikgi tu terkejut dog... dan berjalan cepat-cepat lagi... sampai di sekolah
depa pun tanya sesama depa.....

Cikgi pertama bercakap : "camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?"
Cikgi kedua menjawab : "Tak tau pulak .... ahli sihir ke apa ntah....." ..
Cikgi ketiga mencelah : "Alah ..kebetulan je agaknyer..... tak pe, kita tengok besok
pulak camana..."

Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagi cikgu-cikgi tu lalu depan rumah burung tu....
burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah ........
"Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu...dua..." dan seterusnya.

Bila time cikgi ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung....
Burung pun tengok.... dia jerit lagi..

"KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Cikgi-cikgi berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah
guru mereka berbicara lagi...

Cikgi pertama : "Memang betul apa yang burung tu cakap.... heh, apa nak buat hah?".
Cikgi kedua : "Kita mesti buat something untuk uji burung tu...".
Cikgi ketiga.... : "Aku tau... apa kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey...Set!!!!!"
balas depa.....

Keesokan harinya......sama juga.... bila time ke selokah, burung tu jerit lagi...

"HITAM!! HITAM!!! HITAM!!!!"

Cikgi-cikgi tu berlari anak lagi....di sekolah mereka berbincang....

Cikgi pertama : "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent..."
Cikgi kedua : "Atau pun dia cuma boleh kenal warna....".
Cikgi ketiga : "Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak
dilatih untuk meneka bentuk.
Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung."

Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa di waktu pagi burung buat dek je....
Bila time cikgi-cikgi tu nak ke sekolah, burung tu tengok.... ditenungnye lama-lama...
Cikgi-cikgi tu mula tersenyum dan jalan slow-slow......sambil toleh-toleh kat burung tu...
Burung tu tengok lagi.... dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu....

Dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng.....
Dah tu dia pandang ke depan balik.... dia garu-garu kepala...dah tu usap-usap dagu.....
Dia cekak pinggang..... dah tu burung tu pegang dagu lagi...pastu dia senyum.....
Dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Cikgi-cikgi ni terus lari sampai tak cukup tanah...

1 comments Links to this post  

Solat Jumaat............................

Solat Jumaat

Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnyaFardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.


Firman Allah SWT:

“ "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9) ”


Hadis tentang Solat Jumaat
Sabda Rasulullah SAW:

“ "Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim). ”


Haram tinggalkan solat Jumaat
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“ "Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud) ”

Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat
Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:

Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
Perang - Orang yang berada di medan perang.

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat
Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
Memotong kuku.
Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
Bersugi.
Memakai wangi-wangian.
Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
Bersegera pergi ke masjid.
Berniat Iktikaf.
Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.

0 comments Links to this post  

13 bukti Allah mencintai kita................

1-Allah menganugerahkan agama dan Hidayah,ketahuilah Allah menyintai kita.

2-Allah memberi kita pelbagai musibah, ketahuilah Allah ingin mendengar suara dan rayuan kita.

3- Allah hanya memberi sedikit sahaja nikmat di dunia, ketahuilah Allah akan memberi nikmat yang tidak terhitung pada kita di Akhirat kelak.

4-Allah memberi keredhaan kepada kita, ketahuilah Allah telah memberi kepada mu sebaik-baik nikmat.

5- Allah kurniakan kepada mu sifat sabar, ketahuilah kamu telah tergolong dalam golongan mereka yang berjaya.

6- Allah kuniakan kepada mu Ikhlas, Sesungguhnya Allah ingin melihat kamu ikhlas kepadaNya.

7- Allah memberi kepadamu Ilham, ketahuilah Allah kasihkan kamu dan menunggu dari lidahmu, ucapan syukur dan pujian mu kepada Nya.

8- Allah menganugerahkan sedih dan duka kepada mu, ketahuilah Allah cintakan kamu dan ingin menilai keimanan mu.

9-Allah kurniakan harta kepadamu, itulah tanda Allah menyintai mu dan janganlah kamu bakhil terhadap golongan fakir.

10-Allah beri kepada mu keadaan fakir, ketahuilah Allah cinta kepadamu dan telah memberi kepada mu sesuatu yang lebih bernilai daripada Harta.

11-Allah menganugerahkan kepada mu lidah dan hati, ketahuilah Allah menyintaimu untuk mempergunakan keduanya ke arah kebaikkan dan keikhlasan

12- Allah memberi kepada mu Solat, Puasa, Al-Quran dan berjaga malam. Ketahuilah Allah menyayangi mu, Maka janganlah kamu tidak memperendahnya atau mempermainknnya.. Tetapi beramallah dengannya.

13- Allah menganugerahkan Islam kepada mu, ketahuilah Allah telah menyayangi mu

0 comments Links to this post  

Nadi baru...............

Oleh kerana kecederaan yang dialami oleh Satriaku agak parah,maka Mantz terpaksa membuat keputusan untuk menamatkan riwayat enjin lama dan mencari nadi baru untuk membolehkan Satriaku ini boleh kembali beroperasi.Dalam membuat keputusan yang sukar itu Mantz telah merujuk kepada orang yang pakar dan arif dalam hal automotif dan Mantz telah di cadangkan dengan enjin seperti di bawah.....saksikan




Macamana?ok tak?


Speedometer






Dashboard

0 comments Links to this post