Kita welding lagi..........

Bulan Disember ini merupakan bulan yang agak sibuk bagi Mantz kerana menerima banyak tempahan seperti grill,pintu pagar,rak kasut dan yang terbaru rak untuk kedai runcit.Alhamdulillah ini merupakan rezeki yang Allah berikan dan semuanya telah berjaya Mantz selesaikan mengikut jadual.Kali ini pula Mantz paparkan beberapa lagi hasil kerja kreativiti Mantz yang telah di siapkan pada hujung minggu yang lalu....



Gaya seorang welder idaman Malaya



Rak untuk Encik Zahari



Rak dinding untuk Puan Nor




Rak kasut untuk Puan Nor

0 comments  

Operasi di Taman Putera Indah................

Operasi kali ini pula ialah menyiapkan tempahan memasang grill di rumah En Malik di Taman Putera Indah,Parit Jalil,Tongkang Pechah Johor.Walaupun sudah lama di beli namun rumah ini tidak di diami kerana tuannya menetap di Kuala Lumpur.Oleh sebab itu Mantz di minta memasang keseluruhan rumah ini dengan jeriji besi dan selepas ini rumah ini akan di sewakan kepada sesiapa yang berminat.Sesiapa yang berminat untuk MENYEWA rumah ini bolehlah menghubungi Mantz untuk keterangan lanjut......


Bilik kedua


Bilik tidur utama


Saudara Ramli sedang menebuk lubang untuk kunci pintu hadapan


Pintu belakang


Bilik ketiga

0 comments  

Kenyataan hidup ini......

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",
jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

*marilah sama sama kita renungkan........selamatkanlah umat islam

0 comments  

88888....

Rasanya baru beberapa bulan Mantz memiliki Yamaha LC ini namu jarak perbatuannya sudah mencecah 88888 km.....tidak berapa jauh namun ia akan menjadi kayu pengukur sama ada motosikal ini mampu memberikan khidmat yang memuaskan atau tidak...sama sama kita tunggu....



88888 km sudah.....

0 comments  

GRILL PINTU DEWAN MAKAN IKBN.......

Ini pula adalah satu projek amal iaitu membina grill pintu dewan makan IKBN Pagoh,Oleh kerana grill yang lama sudah usang dan tidak selamat lagi untuk di gunakan maka Mantz telah mengambil tanggungjawab untuk membina semula dan menggantikannya.Namun begitu pada kali ini Mantz telah di bantu oleh pelajar pelajar jurusan Kimpalan dan Mantz hanya bertindak sebagai pengarah sahaja heheheheh......inilah hasilnya


Proses pembersihan dan kualiti sebelum proses mengecat




Proses mengecat ,siap ada pemerhati lagi


Setelah siap dipasang...amacam ok tak?

0 comments  

Tugas di Yong Peng................

Pada hari sabtu 3/12/11 yang sudah Mantz telah berjaya menyiapkan dan memasang 3 buah rak dan sebuah meja tulis yang telah di pesan oleh Puan Rosa di Taman Desa Putih Yong Peng.Oleh kerana kebanyakan rumah di taman adalah tidak terlalu besar maka pemasangan rak dinding akan dapat menjimatkan banyak ruang dan memberikan pandangan yang lebih luas.Beginilah rupa rak dan meja tersebut....




kenderaan rasmi Mantz untuk mengangkut hasil kerja ke destinasi


Saudara Ramli sedang mengetatkan bol dan nut


Mantz sedang menebuk lubang.....


Setelah siap dipasang......

0 comments