Ibu Bapa Bukan Liabiliti...............................

Sama-sama kita renung dan fikirkan.....kisah soerang penulis

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau
balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,
isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak
ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,
sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang
boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan
harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang
mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan
pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa
yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli
hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke
kampung,saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk
diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap
tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan
selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami
sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk
sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi
kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang
berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi
bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,
keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun
itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


*peluang masih terbuka..........

0 comments Links to this post  

Mari memancing.....................

Sapa suka memancing?pasti ramai yang suka dengan aktiviti ini....Mantz juga sebenarnya meminati aktiviti ini namun kerana kesibukan tugas harian,maka dah lama jugalah Mantz tinggalkan aktiviti ini.Namun kesempatan cuti sekolah ini memberi peluang untuk turut serta bersama - sama kawan-kawan untuk pergi memancing di pantai Minyak Beku di Batu Pahat.Mariii.....


Tekun menanti umpan di sambar ikan

0 comments Links to this post  

Alhamdulillah............................

Hari ini genaplah 7 tahun Mantz berkhidmat sebagai kakitangan awam di daerah Pagoh ini.Dalam tempoh itu banyak kenangan pahit dan manis serta pengalaman yang telahpun Mantz lalui dan tempuhi,yang menjadikan Mantz semakin matang .Semoga hari -hari yang mendatang akan lebih baik buat Mantz dan dan di harap anda semua dapat mendoakan yang terbaik buat Mantz.

0 comments Links to this post  

Cuti-cuti Malaysia DI Cameron Highland.............

Pada 12/6/2010 yang lalu sempena musim cuti sekolah Mantz telah pun menyahut seruan kerajaan supaya cuti-cuti malaysia dengan memilih sebuah destinasi pelancongan yang popular di negeri Pahang iaitu Cameron Highland.Keindahan dan suasana yang sejuk dan nyaman di sana membuatkan sesiapa saja yang berkunjung merasa begitu teruja dan seronok.Antara destinasi yang menjadi pilihan ialah ladang tea BOH Plantation,stesen penyelidikan MARDI,ladang tea Bharat Plantation,Pasar malam di Brinchang serta puluhan ladang buah-buahan dan bunga-bungaan segar.Saksikan bingkisan dari Cameron Highland................


Ladang tea


Stesen penyelidikan MARDI


Haa.....ni la pokok Strawberry


Waa lebatnya tomato


Satria perkasa Mantz di Brincang.......

1 comments Links to this post  

Kisah malam jumaat...................

Assalammualaikum semua......
Sempena malam Jumaat ni sajer teman hantor secebis kisah buat semua buat renungan dan kalu bolih dijadikan Iktibar..... ......... ....

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”

Katanya “Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara”

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

“Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,

“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,

“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,

“Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku ke biliknya, dan melutut di katil,
“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil”

“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak”

“Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak
bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna “FAMILY” ?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

0 comments Links to this post  

Sliding grill..........

Ini merupakan sliding grill yang telah Mantz siapkan dan telahpun di pasang pada rumah En Fendy.Menggunakan hollow square 1 inci kali 1 inci pada bahagian frame dan 0.5 inci kali 0.5 inci pada bahagian dalam,ianya mengambil masa antara setengah hari hingga sehari untuk menyiapkannya....


Macamana orait tak(saya budak baru belajar.......)sila klik untuk gambar lebih jelas....

*siapa berminat sila e-mail atau hubungi Mantz

0 comments Links to this post  

Rak dinding..............

Kali ni Mantz nak tunjuk bagaimana kita dapat menjimatkan ruang dalam rumah kita dengan hasil kreativiti sendiri.Maklumla sekarang saiz rumah kat taman kan kecik-kecik so ruang yang ada pon sempit.Kali ini Mantz mendapat amanah untuk merekabentuk rak dinding yang mana pemilik rumah menghadapi masaalah untuk meletakkan barang-barang yang memenuhi ruang bilik simpanan.So inilah hasilnya



Rak yang sedang dalam proses pembinaan


Rak yang telah siap dipasang di dinding



amacam,kan kemas.......

0 comments Links to this post