Selamat Merdeka MALAYSIA .........................
Beberapa jam lagi negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 53.Disana sini kelihatan berkibaran Jalur Gemilang tak kira di hadapan rumah,kenderaan mahupun di papan - papan tanda,malahan juga di media massa dan juga media elektronik.Namun apa yang Mantz ingin perkatakan disini bukanlah berkenaan cara sambutan kemerdekaan itu tetapi apakah pengisian yang dapat kita lakukan dan hayati.
Umum mengetahui,untuk mempertahankan kemerdekaan itu adalah lebih susah dari mendapatkannya.Hari ini jika kita lihat adakah kita sebenarnya memang sudah merdeka?merdeka dalam erti kata yang sebenar?Merdeka dari penjajahan komunis ataupun dari penjajahan kolonial memang telah kita capai tetapi penjajahan minda dan juga penjajahan budaya nampaknya masih belum berakhir.Berapa ramaikah antara kita yang berbangga dengan bahasa kita?Atau berapa ramaikah yang pandai membaca jawi?Siapakah yang masih mahu mendengar muzik asli kita berbanding dengan muzik hip hop.Contoh yang paling mudah... walaupun ini adalah negara Malaysia,yang pastinya bahasa ibundanya adalah bahasa Melayu tetapi urusan surat menyurat terutama untuk hal guaman atau perniagaan berapa ramaikah yang menggunakan bahasa Melayu!!!
Rakan pembaca sekalian,di kesempatan ini Mantz ingin mengambil peluang menyeru kepada anda diluar sana ,marilah kita sama-sama mendaulatkan bahasa kita,budaya kita dan juga berpegang teguh pada ajaran agama islam,supaya kita tidak terpesong jauh dari akar kehidupan kita.Merdeka bukanlah sekadar kita berarak beramai-ramai,menggantung jutaan bendera sahaja tetapi ingatlah MERDEKAKAN LAH JIWA,MERDEKAKAN MINDA DAN MERDEKAKANLAH NEGARA KITA dari anasir-anasir yang menganggu gugat keamanan,kedamaian dan juga perpaduan kita.Sama - samalah kita bersatu padu dan jauhkanlah perasaan dengki dan benci-membenci sesama kita agar hidup kita akan sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH.
MERDEKA....MERDEKA....MERDEKA.....
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.......................
Mentari muncul menjelang pagi,
Bersyukurlah dengan kurniaan ilahi,
Ramadhan Al-Mubarak datang lagi,
Bulan kerinduan yang di nanti-nanti.
Ramadhan Al-Mubarak datang lagi,
Bersyukurlah dengan kurniaan ilahi,
Ramadhan bulan menambah rezeki,
Rezeki duniawi mahupun ukhrawi.
Bersyukurlah dengan kurniaan ilahi,
Ramadhan bulan menambah rezeki,
Sedekah jariah sentiasa dihati,
Hak yang ampunya kita tepati.
Ramadhan bulan menambah rezeki,
Sedekah jariah sentiasa dihati,
Solat dan zakat jangan dilupai,
semoga sampai ke syurga Firdausi.
Sedekah jariah sentiasa dihati,
Solat dan zakat jangan dilupai,
Tadarus dan munajat di dinihari,
Moga kita ALLAH ampuni.
Anak kera pandu Unser,
Mati tertimpa buah kelapa,
Esok kita dah nak puasa,
Jangan pula buat-buat lupa.
Ada satu lagi
Anak itik anak rusa,
Puasa.....jangan tak puasa!!!!!!!
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK
Selamat Hari Lahir sayang.........
KHAS BUAT YANG TERSAYANG..CAHAYA MALAMKU
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kami semua
Allah selamatkan kamu
Di hari kelahiranmu
Ku menanti penuh rindu
Saat detik masa berlalu
Tibalah hari yang ditunggu
Di bawah cahaya rembulan
Bersinar wajahmu sayang
Tibalah tika engkau diraikan
Moga dalam keredhaan Tuhan
Allah selamatkan kami semua
Allah selamatkan kamu
Sungguh ceria suasana meriah
Majlismu diraikan sanak saudara
Teman-teman sahabat rakan dan taulan
Bersama berdoa dan bergembira
Semoga Allah meredhaimu
Semoga Allah merahmatimu
Semoga Allah menyayangimu
Berbahagia selalu
Di hari kelahiranmu
Ku nyanyikan lagu untukmu
Bersama rakan dan teman
Menyambut penuh girang
Ku hadiah sekalung doa
Buatmu insan yang ku cinta
Dipanjangkan umur tetapkan iman
Murah rezeki sejahtera hendaknya
*Dipetik dari lagu Aeman-selamath hari lahir
Alhamdulillah................
Hari berganti hari,bulan berganti bulan....pejam celik mata tiba-tiba baru tersedar yang diri ini dah bertambah umur setahun lagi.Syukur pada yang maha esa kerana masih lagi sudi memberi aku peluang untuk menikmati hidup tanpa ada halangan,walaupun terkadang hidup ini tersasar dari tujuan namun ALLAH yang maha kuasa tetap memberi kita rahmat dan hidayah kepada sekalian makhluk di muka bumi ini.Padamu tuhan aku menadah tangan agar sentiasa memberikan padaku kekuatan untuk terus hidup dan mengabdikan diri padamu,tabahkan lah hatiku supaya aku akan menjadi hambamu yang bersyukur dan redha dengan kehendakmu.Pintaku agar hari-hari yang mendatang akan lebih baik dari semalam dan hari esok akan lebih baik dari ini.Insyallah......
Alhamdulillah............................
Hari ini genaplah 7 tahun Mantz berkhidmat sebagai kakitangan awam di daerah Pagoh ini.Dalam tempoh itu banyak kenangan pahit dan manis serta pengalaman yang telahpun Mantz lalui dan tempuhi,yang menjadikan Mantz semakin matang .Semoga hari -hari yang mendatang akan lebih baik buat Mantz dan dan di harap anda semua dapat mendoakan yang terbaik buat Mantz.
Selamat Tahun Baru..........................
Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca,tahun 2010 yang serba mencabar ini.Almaklumlah dengan beban tugas yang makin hari makin bertambah(sama juga dengan usia kita)waktu untuk aku menulis di ruangan ini juga makin terhad.Di akui semenjak dua menjak ini aku makin jarang dapat menulis di Warung Astro,namun aku harap para pembaca sudi-sudikanlah untuk terus melawat dan meramaikan Warung Astro.Semoga kita semua akan terus dapat bersama ,di mana yang baik kita kongsikan dan yang tak elok sama sama kita elakkan.Semoga kita semua dalam rahmat ALLAH hendaknya dan tahun baru ini akan membawa seribu rahmat buat kita bak kata pepatah "semoga hari ini akan lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini".Sekali lagi selamat tahun baru
Selamat Hari Raya...................
Alhamdulillah,hari ni dah 26 hari kita berpuasa,maknanya lagi 4 hari kita akan menyambut Hari Haya.Sebagai manusia biasa tentunya Mantz ada banyak melakukan kekhilafan dan dosa.Jadi di kesempatan ini Mantz dengan hati yang ikhlas ingin mengambil peluang menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa,terusik disini-sana hingga merobek jiwa anda semua rakan pembaca,maklumlah Mantz hanyalah insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.Kepada rakan - rakan blogger dan pembaca sekalian ingin Mantz menyampaikan serangkap pantun.
Warung Astro Mantz namakan,
Pusat maklumat dan info terkini,
Selamat hari raya Mantz ucapkan,
Salah dan silap harap di ampuni.
Sekali lagi Mantz ucapkan SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR BATIN.Raya jemput lah datang rumah......
*Ye ye Raya.....Ye ye raya.......
Selamat merdeka MALAYSIA ke 52............
Diam tak diam dah 52 tahun negara kita merdeka,diam tak diam juga pelbagai perubahan telah melanda negara kita.Dari sebuah negara yang berorientasikan pertanian,Malaysia telah berubah menjadi sebuah negara perindustrian yang maju dan terkenal di seluruh dunia.Namun dalam kita asyik bercerita tentang merdeka ini apakah kita telah benar-benar merdeka?Adakah kita sebagai rakyat telah benar-benar merdeka samaada dari zahir mahupun batin?sama sama lah kita fikir dan renungkan.Renungilah erti kemerdekaan itu dengan sebenar-benarnya,bagi yang remaja bukan hanya menanti jam kedetik 12 tengah malam sahaja yang di namakan faham erti merdeka!bukan berpesta hingga kesubuh mahupun merempit dijalanan itu yang dinamakan merdeka!bagi yang tua bukan hanya berdangdut di kelab malam mahupun melepak di kedai kopi itu yang dinamakan merdeka!Kita harus merdeka segalanya,jiwa dan raga sepenuhnya.Jangan sampai negara kita tergadai di tangan bangsa asing baru nak tersedar,lihatlah di sekeliling kita di mana letaknya bangsa kita,adakah banyaknya tinggal di rumah mewah,atau punya perusahaan yang megah dan tersohor?Berapa banyak orang kita yang bergelar jutawan?Ingatlah bangsaku kita baru 52 tahun merdeka,dan kita harus ingat untuk mempertahankan kemerdekaan itu adalah lebih sukar dari mendapatkannya!!
MERDEKA!!!!MERDEKA!!!!!MERDEKA!!!!!!
Saudara Mantz ketika menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan.
Selamat Datang RAMADHAN...................
Assalamualaikum.
Ramadhan datang lagi,
membawa bersama seribu rahmat kepada yang mengerti,
Bulan penuh keberkatan dari ilahi,
setahun hanya sekali,
Janganlah kita lupai,
Amal dan ibadat tingkatkan berkali-kali,
Yang mungkar kita jauhi,
Sedekah jariah di hujung jari,
Moga tuhan merahmati,
Semoga syurga kita dekati,
Dari Mantz menyusun jari.
*SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KEPADA SEMUA....................
Tiada yang kekal ...............................
Hari ni aku rasa sungguh sedih,kerana tiba-tiba kamera kesayangan aku tiba - tiba rosak,tak tau kenapa masa tengah dok ambik gambar kat bengkel bila nak review gambar yang dah ambik tu ,semua nampak blur je.bila check memang sah kamera ku ini dah sampai ajalnya......sedih memang sedih kerana teringat dulu masa nak beli betapa susahnya nak kumpul duit(walaupun kamera murah).Rasanya dekat 3 tahun juga la aku guna kamera ni,nampaknya kena la kumpul duit lagi nak beli kamera baru.Yang paling sedih lagi,nampaknya segala aktiviti aku banyak la yang tergendala,rasanya macam tak lengkap hidup ni kalau takde kamera kan.Huwaaaaaaa............sedih sedih.......


*Di mana kan ku cari ganti,serupa dengan mu.............................
Ada petua tak?
Waa esok nak periksa,apa pun tak baca lagi ni....nak baca buku pon dah tak bole masuk dalam otak,macam dah tepu je rasanyerrr.Ingat nak minta petua la ngan korang sapa yang ada petua ke?doa ke?manala tau esok jawab soalan boleh lancar je menulis.Kalau nak di hafal semua nota yang tebalnya mengalahkan tayar keta ni rasanya tak mampu ni,so doakan la esok aku bole tenang semasa menjawab soalan exam dan berjaya mendapat keputusan yang baik ........pepehal thank u
*Rasanya dah banyak kali g periksa tapi masih nerveous lagi...kenape ekkk??
Ahhhh lega.................
Assalamualaikum.
Hari-hari yang sukar,dengan kursus ,dengan pamerannya dan juga kerja harian yang berlambak,akhirnya berjaya juga aku menghabiskan semuanya.rasanya dah hampir seminggu aku tak update ,maklumla busy so sorry la kepada kengkawan semua.Esok aku nak bercuti,balik kampong nak release tension,nanti aku akan update aktiviti minggu sudah yang aku tak sempat apdate ok......so cuti - cuti Malaysia.
*Penat ooooo tapi takpe kerja punya pasal..........
Selamat hari BAPA......
Ahaaa dah seminggu dah rasanya x dapat nak update,busy sangat la,tapi aku teringat bahawa hari sabtu lepas tu adalah Hari Bapa,so kesempatan yang ada ni aku nak mengucapkan selamat Hari Bapa kepada semua Bapa-Bapa yang ada di dunia ini khasnya dan umumnya kepada semua lelaki yang bakal dan sudah menjadi bapa.Namun apa yang penting adalah adakah kita sebagai anak sudah bersedia untuk membalas segala jasa-jasa yang telah bapa kita berikan kepada kita.Adakah kita sebagai anak hanya membiarkan ibubapa kita bersendirian di kampung?Ayuh rakan - rakan pembaca sekalian,pastikan kita tidak mengabaikan ibubapa kita,bukanlah kita hanya tahu menghulur wang sahaja tetapi hubungilah mereka,kunjungilah mereka dan peluk ciumlah mereka,itu yang lebih mereka perlukan.Apapun buat arwah ayah dan ibu yang tercinta,tiada yang dapat menggantikan mu,kau lah Ayah dan Ibu yang terbaik di dunia.Hanya doa dapat kukirimkan semoga berbahagia di akhirat sana..... ALFATIHAH
*AKU ANAK YATIM PIATU,
TIADA TEMPAT AKU MENGADU,
DULU ADA AYAH DAN IBU,
TIDAK KU TAHU MENGHARGAIMU,
BILA AKU KEHILANGANMU,
BARU KUTAHU APA ERTI KASIH DAN SAYANGMU,
OH AYAH OH IBU,
AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA ANAKMU,
KU KIRIM DOA DI ANGIN LALU,
MOGA ALLAH MERAHMATI MU........
Terima kasih......
Hari ini bacaan jumlah pengunjung di WARUNG ASTRO telah mencecah angka 1000,pencapaian yang tidak aku jangkakan.Tidak tersangka olehku ada juga pengunjung yang sudi mengunjungi blog aku yang tak seberapa ini.So sempena kejayaan aku menerima pengunjung yang ke 1000 ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yang telah sudi melawat ke WARUNG ASTRO ,Sebarang komen yang yang dapat menceriakan lagi WARUNG ASTRO amatlah di alu-alukan.TERIMA KASIH.....
*HIDUP WARUNG ASTRO........
Apa sebenarnya yang wanita mahu??????
Assalamualaikum......Ramai wanita di luar sana mengatakan yang lelaki itu penuh dengan keegoan,penuh kesombongan dan macam-macam lagi...tetapi adakah itu benar?Adakah hanya kaum Adam sahaja yang mempunyai sifat sedemikian?Sebenarnya ALLAH telah menciptakan lelaki dan wanita ini lengkap dengan sifat-sifat yang tersendiri,yang mana sesuai dengan fitrah kejadiannya.
Sebenarnya tujuan saya mengupas isu ini bukanlah untuk menimbulkan ketegangan,tetapi untuk memperbetulkan keadaan.Seringkali lelaki dan wanita itu samaada yang masih di alam percintaan mahupun yang sudah melangsungkan perkahwinan selalu bertegang leher walaupun hanya kerana perkara yang remeh.Kadangkala hanya kerana balik lewat ataupun terlupa membeli barang yang dikirim,itupun boleh mencetuskan peperangan.Kami faham dan sedar bahawasanya memang tugas dan tanggungjawab wanita di rumah itu memang memenatkan dan penantian itu memang satu penyiksaan,tetapi tidak bolehkah jika anda menggunakan diplomasi .Ini sebenarnya jarang berlaku,walaupun wanita itu memang di kenali dengan sifat lemah lembut,sopan santun tetapi itu sebenarnya bukanlah reality di dalam kehidupan sebenar.Sebagai contoh bila berlaku pertengkaran ,bila di tanya apa salah kita,kebanyakannya tidak mahu memberitahu sedangkan kita sendiri tidak tahu punca sebenarnya.
Cuba anda bayangkan suami yang baru pulang dari kerja tanpa ada pertanyaan terus dihamburkan dengan soalan-soalan yang memedihkan hati.Hanya kerana pulang lewat kita dihamburkan dengan prasangka dan kecemburuan yang tidak berasas.Tidakkah anda terfikir perasaan seorang lelaki apabila di perlakukan seperti sedemikian?Apatah lagi bagi seorang lelaki yang telah memberikan sepenuh kasih sayang dan cinta untuk seseorang wanita itu.Fikirkanlah seorang lelaki yang apabila melangsungkan perkahwinan,telah membuang segala perlakuan buruk dizaman bujangnya seperti berpoya-poya bersama-sama teman,tidak keluar lewat malam,tetapi hanya kerana pulang lewat dari kerja telah di hidangkan dengan muka masam dan muncung berdepa sang isteri.
Para pembaca sekalian,wanita itu telah dijadikan oleh ALLAH dari tulang rusuk kita,maknanya wanita itu bukanlah untuk di kasari tetapi adalah untuk di sayangi.Tetapi berapa ramai diantara kaum wanita di luar sana yang boleh menerima teguran dengan setulus hati,mereka beranggapan hanya mereka sahaja yang berhak untuk di layan seperti puteri,habis apa fungsi lelaki kepada mereka?Adakah hanya tempat untuk mendapat perlindungan? makanan ataupun wang?
Para pengunjung sekalian,sedarlah dan ingatlah bahawa seorang wanita itu lebih - lebih lagi bagi yang sudah berkahwin wajiblah ia taat terhadap suaminya.Jikalau syurga bagi seorang anak itu terletak dibawah tapak kaki ibu,sebenarnya syurga bagi seorang isteri itu terletak di atas keredhaan suaminya.Sedangkan meninggikan suara itu saja sudah cukup untuk membawa anda ke neraka,inikan pula membuat hati seorang suami itu terluka.Ingatlah dunia ini hanya lah sementara ,akhirat jua yang kekal buat selama-lamanya.Ingatlah jikalau suami atau lelaki itu berdiam diri bukanlah bermaksud tidak sayang(kami faham wanita memang minta di pujuk ataupun minta lelaki itu mengaku kesalahannya walaupun pertelingkahan itu bukan berpunca dari lelaki)tetapi sebenarnya lelaki tidak mahu memanjangkan masaalah(ini kerana bila lelaki cuba memujuk,makin besar masaalah yang timbul)jadi berdiam diri adalah jalan yang terbaik.
Saudara pembaca sekalian,perbincangan merupakan jalan terbaik bagi mengatasi masaalah sebegini.Jika dua -dua pihak berkeras jawabnya dunia ini akan hancur.Fikir-fikirkanlah..........
*Aku memang pencinta wanita,namun ku bukan buaya........
Buah hatiku kena operation.....sedih ooooo
Sudah lama aku bersama dengan buah hati ku ini,kemana sahaja tidak berpisah.Walau ke ceruk mana sekalipun tak pernah dia merungut,malah berkata tidak jauh sekali.Namun semalam kau mengadu perut mu sakit,kusangkakan perutmu masuk angin rupanya kau menanggung derita yang tak terjangka olehku.Oh "S" apalah malang dirimu,akhirnya kau terpaksa ku hantar ke hospital jua akhirnya.Tidak kusangka di dalam diam kau menyimpan derita yang sungguh parah...mengapa selama ini kau tidak kau memberitahu yang dirimu dalam kesakitan,adakah kau takut yang diriku akan meninggalkanmu?tidak"S" walau apapun yang terjadi aku tetap tidak sanggup berpisah denganmu,biarlah jutaan godaan datang menggodaku,biarlah yang datang itu lebik cantik darimu,biarlah yang datang itu lebih muda darimu namun berpisah denganmu jauh sekali..Akan kupastikan kau akan di rawat oleh doktor yang pakar,biarlah berapa sahaja ongkosnya akan kusahakan ..asalkan kau pulih seperti sedia kala.....semoga kita akan tetap bersama seperti selalu....oh Satriaku
Organ dalaman yang terpaksa di operation...eeee ngerinya
Ni paru - paru ke limpa ni??
Kecederaan yang sangat parah memaksa buah hati ku ini di tahan di wad...
Inilah buah hatiku SATRIA perkasa heheheh.....
*MORAL
Lain kali bawak keta tu ingat - ingat la dunia sikit,ni pantang jalan clear mula la tekan minyak sampai rapat lantai,haa bila dah kena baru padan muka aku.......
Baca pesanan ini.........
Daripada Abi Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim dalah saudara bagi muslim lain. Ia tidak patut menzalimi, membohongi dan merendahkannya. Takwa itu di sini (baginda menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah ia dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama Muslim. Darah, harta dan kehormatan setiap muslim adalah haram bagi Muslim yang lain.
(Riwayat Muslim)
Rakan –rakan pembaca sekalian,mengapa saya menyelitkan riwayat diatas.tiada manusia di dalam dunia ini yang hidup berseorangan,hidup seperti kera sumbang yang tiada berkawan ,ataupun ada manusia yang boleh hidup tanpa bantuan manusia lain.Sememangnya setiap manusia yang ada di dunia ini memang telah ditakdirkan akan pasti mempunyai sahabat,kawan ataupun teman.Malahan tuhan telah menjadikan kita pun secara berpasang-pasangan.Namun apa yang membezakan antara ,sahabat,kawan ataupun teman inilah yang akan saya ceritakan disini.
Rakan –rakan pembaca sekalian,seringkali kita mendengar pelbagai cerita tentang kisah teman – teman kita.Jika anda mendapat sahabat,kawan ataupun teman yang memahami dan faham tentang diri kita,anda bolehlah dikatakan sebagai sangat bertuah,ini kerana realiti di luar sana tidaklah seindah yang kita inginkan.banyak berlaku ,bak kata pepatah”teman ketawa senang dicari tetapi teman menangis ……….”.pepatah itu bermaksud bila kita ada sesuatu yang mereka inginkan contohnya inginkan pertolongan ataupun bantuan,mereka yang tidak mesra ataupun rapat dengan kita tiba – tiba sahaja akan menjadi seorang yang sangat baik dengan kita(ada udang di sebalik batu) tetapi bila apa yang mereka inginkan itu sudah di perolehi ,mereka akan menjadi seperti orang yang asing kepada kita.Bak kata pepatah seperti melepaskan anjing yang tersepit,mereka ini bukan sahaja tidak menghargai apa pertolongan yang telah kita berikan malahan mereka akan menjadi seperti anjing,setelah kita melepaskan daripada batu yang menghimpit,anjing itu pula yang akan mengejar dan menggigit kita.
Rakan –rakan yang saya hormati sekalian ,adakah kita sedar bahawa kadang kala tanpa sedari kita selalu telah menyakiti hati rakan – rakan dengan sengaja atau tanpa kita sedari,tanpa memikirkan sensetiviti samaada sahabat kita itu mungkin tersinggung,bahkan yang lebih teruk lagi memang sengaja berbuat sedemikian.Dalam riwayat diatas dengan jelas telah menyatakan sifat tersebut adalah dilarang dan tidak patut dilakukan sama sekali.Cuba bayangkan jika anda yang di perlakukan seperti sedemikian,ada sesetengah antara kita yang tidak dapat menerima perbuatan sebegini tetapi jika dia yang berbuat sedemikian padanya bukanlah satu kesalahan(buat orang boleh tapi bila orang buat dia ,marah bukan main)!!inilah yang dikatakan bodoh sombong ,merasakan diri sendiri itu bagus tapi sebenarnya seperti tin kosong berbunyi lantang bila di ketuk tapi didalam isinya kosong.
Sahabatku sekalian…sedarlah bahawa dunia ini hanyalah sementara,tiada yang kekal melainkan ALLAH ,oleh itu jangan kita merasa sombong dengan apa yang kita ada,harta ,pangkat ,kekayaan dan paras rupa itu jika di takdirkan ALLAH sekelip mata sahaja ia akan hilang.Sedarlah jika kita mati siapa yang akan menolong menguruskan jenazah kita jika bukan sahabat-sahabat kita,oleh itu mengapa kita harus menyakiti hati dan perasaan sahabat,kawan ataupun teman kita.Tidak ada ruginya jika kita bersangka baik dan sentiasa hormat-menghormati sesama kita . Buangkanlah perasaan yang tidak elok dari dalam diri kita ,bukankah perasaan yang tidak baik itu datangnya dari iblis dan syaitan ,jadi mengapa kita harus menuruti hasutan yang sudah pasti ALLAH janjikan NERAKA terhadapnya.Fikir-fikirkanlah ....................
*Jangan dilayan perangai kawan-kawan yang tak betul tu,biarlah diorang nak kata ape ke,buat ape ke yang penting ingat pesanan ini"kalau kita layan orang yang baik perangainya ,maka kita akan jadi baik.Tapi kalau kita layan orang gila/tak betul maka kita akan jadi tak betul.So biarkan sahaja si luncai terjun dengan labu-labunya...
Alhamdulillah......
Alhamdulillah,hari ini aku ingin berkongsi kegembiraan dengan anda semua ,satu impian yang telah lama aku idamkan....walaupun tak semewah seperti orang lain,namun cukuplah bagi diri aku kerana ianya adalah hasil dari titik peluh aku sendiri.berlokasikan di sebuah pekan yang aman,di daerah yang terkenal dengan industri kain yang terkenal di Malaysia iaitu di Batu Pahat,akhirnya pada 29/05/2009 yang lalu aku berjaya menggenggam segugus kunci yang menandakan akulah pemilik rumah yang bertuah ini...
Maka dengan ini aku ingin mengistiharkan dengan bahawa rumah ini telah dirasmikan secara rasminya oleh aku sendiri dengan bersaksikan oleh sanak saudara dan rakan -rakan yang terdekat,tapi nak kata dekat pun tak dekat juga la....kenduri lambat lagi dan anda juga dijemput.....itupun sila daftar di pejabat pendaftaran(hehehehehe)
rumah baru ku..hehehehehe
*Semoga rumah ini akan membawa seribu kebahagiaan dan kenangan manis untukku selama-lamanya...insyaallah(sorry teremosional la pulak)
Selamat bercuti....
Waaa rasanya sekarang musim cuti sekolah dah bermula,maka secara rasminya musim balik kampong pon bermula juga.Seperti ramai rakyat malaysia yang lain aku pun tak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan kampung halaman,berjumpa sanak saudara dan juga menghabiskan buah-buahan yang tak terdapat di bandar.Namun apapun sebabnya itulah yang menjadikan kemeriahan kerana apa yang penting adalah kita dapat mengeratkan silaturrahim.Dan biasanya pada waktu inilah musim kenduri kahwin bermula .Disini aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat sepupu yang baru melangsungkan perkahwinannya semalam,so tanpa bayak cerita kita bagi gambar je lah...
Pengantin sedang di arak di selangi dengan paluan kompang
Waa suka nampak !!!!!! sabar ye heheheh
Selamat pengantin baru KHAIRUL dan ISTERI
Buat pengantin baru,semoga berbahagia melayari bahtera perkahwinan yang baru dibina,sentiasa la bertolak - ansur (dalam maknanya ni)maklumla sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.Kepada nakhoda baru,diharap dapatlah membawa penumpang ke jalan yang benar,manakala penumpang pulak pastikanlah nakhoda tu membawa anda ke jalan yang di redhai(apa aku tulis ni???)
*Buat KHAIRUL DAN ISTERI,moga berbahagia hingga ke akhir hayat,jangan lupa pastikan kitorang dapat anak buah cepat ye heheheh....jangan maree
Ha ha ha
Pehb 2-3 hari ni memang sibuk,sampai nak tengok blog sendiri pun miss,maklumla adakala kita sibuk,adakala relaks ,itulah lumrah kehidupan.Didalam dunia yang kian mencabar ni kalau kita tidak rajin berusaha dan bijak mengambil peluang yang ada maka kita akan ketinggalan.
Tapi yang tak seronoknya semalam ofis aku blackout,maka dengan otomatiknya semua kerja aku terbengkalai,maklumla semua keje nak pakai elektrik.Nak buat report pakai komputer pun tak bole.dah tu yang paling boring nak layan blog pun jammed la jugak...so duduklah kat luar ofis sambil berangan....
Hari ni pulak...bila semua problem kat ofis aku dah ok,datang pulak satu lagi problem...iaitu chat box aku kena blok ,tak tau la kenapa,mungkin antivirus aku terlampau power sampai jadi cam tu,jadi tak dapatla aku nak join kawan-kawan kat chat room tu....so buat kengkawan harap bersabar,bila aku dah boleh halau semua virus jahat tu ,aku akan join semula ok(jika ada masaalah sila hantar pada ruangan komen haa).ok jumpe lagi nanti...
*Sapa boleh tolong camane nak solve problem ni bole la bagitau pada aku ok....i tak reti la nak wat camane.
