Bersyukur dengan nikmat Allah.................................

AL-IMAM al-Bukhari, Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah meriwayatkan
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dua nikmat yang kebanyakan
manusia tertipu olehnya iaitu, nikmat sihat dan masa lapang."

Kisah yang dipaparkan ini dipetik dari buku Ihfazilllah Yahfazuka
karya Dr 'Aidh al-Qarni.



Suatu hari seorang lelaki miskin mengeluh: "Ya Allah! Engkau telah
membuatku miskin, sedangkan Engkau membuat si polan kaya." Lalu dia
pun tertidur dalam keadaan bersedih. Lelaki itu bermimpi bertemu
dengan orang salih yang berkata kepadanya: "Wahai si polan, mahukah
kamu menjual penglihatanmu kepadaku dengan harga seratus ribu dinar?

Jawabnya: "Tidak." Lelaki itu bertanya lagi: "Mahukah kamu menjual
kepadaku pendengaranmu, kaki dan tanganmu masing-masing berharga
seratus ribu dinar?" Maka, dia pun menghitung-hitung harga yang
disebutkan tadi. Lelaki itu berkata: "Maha suci Allah Sesungguhnya
kamu memiliki ratusan ribu dinar, tetapi kamu tidak mensyukurinya dan
kamu masih mengharapkan semoga Allah memberi rezeki kepadamu lagi?
Maka, dia pun tersedar daripada tidurnya sambil menangis dan berkata:
"Bagimu segala puji wahai Tuhanku."



Bersyukur dengan nikmat sihat cukup membuat kita kaya raya sementara
orang yang sakit hanya dicengkam ketakutan dengan soalan "siapa yang
akan mewarisi hartanya itu?".

Kita semua dijadikan sebagai makhluk yang miskin, lalai dan tidak
memahami sesuatu pun, tetapi Allah menganugerahkan kita dengan harta,
ilmu dan iman.



Belum cukupkah itu semua untuk menjadikan kita hamba-Nya yang
bersyukur? Hitunglah nikmat Allah pada setiap tarikan nafas dan
hembuskannya dengan syukur yang tidak terhingga.

Ingatlah ketika Rasulullah SAW bangun sembahyang pada waktu malam
hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda, padahal syurga berada di
genggamannya dan kedudukan kekasih Allah menjadi sebutan baginya.
Namun, tiada kalimah seindah sabda Baginda bermaksud: "Tidak bolehkah
aku menjadi hamba yang bersyukur kepada Tuhanku?"

0 comments  

Tahukah anda?.......................

Ikan Paus


Sejak bila ikan paus wujud? Fosil ikan paus yang ditemui di bumi ini menunjukkan ikan paus telah wujud di bumi ini sejak tujuh juta tahun yang lalu. Namun begitu para saintis percaya bahawa ikan paus telah wujud sejak 55 juta sehingga 60 juta tahun yang lalu. Terdapat 80 jenis ikan paus di dunia ini termasuk 11 spesis ‘baleen whales’ dan 69 spesis ‘toothed whales’ yang turut merangkumi ikan lumba-lumba. Walaupun kita ketahui bahawa ikan paus hidup dalam air masin tetapi terdapat beberapa spesies ikan paus atau dikenali sebagai ikan lumba-lumba yang dikenali sebagai ‘Chinese river dolphin’ yang tinggal di kawasan air tawar.

Kebanyakan masyarakat percaya bahawa ikan paus adalah haiwan yang amat bijak kerana ia mempunyai otak yang besar dan kompleks tetapi kebijaksanaannya itu masih belum dibuktikan

ALOE VERA

Antara khasiat yang terdapat pada gel tumbuhan aloe vera adalah:
Jel aloe merupakan anaesthetic yang ringan, dimana ia dapat mengurangkan rasa gatal, bengkak dan sakit. Ia juga merupakan bahan anti bakteria dan kulat serta dapat meningkatkan aliran darah ke kawasan yang luka dan mengalakkan pembentukan fibroblast. Ia juga mempercepatkan tisu kulit yang terbakar sembuh. Ia mempercepatkan penyembuhan luka, berbanding jika dirawat secara biasa ( standard dressing ). Jus aloe vera berkesan menyembuh cirit berit, keracunan usus dan ulser gastrik. Ia dapat mengurang paras gula bagi pesakit kencing manis. Ia dapat mereda dan melambatkan kesan tindakan virus HIV-1, virus yang dikaitkan dengan penyakit AIDS. Ia juga cepat meredakan demam panas pada kanak-kanak.

KACANG SOYA

Kacang soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari barat atau timur. Antara kelebihan kacang soya adalah:

Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur. Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur. Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous. Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin. Ia boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Protein soya boleh mengurangkan resiko penyakit kanser dan jantung. Ia mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga. Ia sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian. Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis. Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umur.

KATAK ADE GIGI TAK

Katak puru mempunyai gigi yang terletak di bahagian atas dalam mulutnya dan mempunyai lidah yang kuat mampu melambung mangsanya terus ke dalam mulutnya. Katak puru mampu melompat sejauh dua meter. Seekor katak puru amat mementingkan kawasan masing-masing dan melindunginya dengan pelbagai cara termasuk mengeluarkan bunyi, mengejar penceroboh, menyerang dengan melompat termasuk ‘bergusti’. Katak puru betina amat tertarik dengan katak puru jantan yang mampu menyediakan makanan yang banyak dalam kawasannya. Seekor katak puru betina mampu mengeluarkan 25,000 biji telur yang bercantum antara satu sama lain dan terapung-apung di permukaan air. Haiwan tersebut akan menjaga anak-anaknya yang dikenali sebagai berudu sehingga ia berusia dua tahun. Jika saiz seekor berudu itu panjang bermakna ia bertukar menjadi katak puru yang cukup besar selepas metamorfosis bermakna ia mempunyai peluang hidup yang lama. Pendengaran adalah deria yang paling penting bagi haiwan ini kerana katak puru jantan berlumba-lumba ‘menyanyi’ di kawasan kolam yang dijadikan tempat pembiakan. Manakala katak puru betina akan menyahut ‘nyanyian’ itu secara agresif dan tanpa henti.


KUMAN TERBESSSAAAR! !!

Bacteria 'Sulfur Pearl of Namibia' (Thiomargarita namibiensis) merupakan bakteria yang terbesar pernah dijumpai oleh saintis. Ia berukuran 0.75 mm ( 0.029 in.) dapat dilihat dengan mata kasar. Bakteria ini telah dijumpai oleh ahli biologi Heide Schulz dari Max Planck Institute for Marine Microbiology ketika beliau sedang belayar di perairan Namibia.

KEUNIKAN MANUSIA

Sedikit fakta menarik mengenai badan manusia, antaranya:

badan mempunyai sejumlah trillion unit sel. bahagaian badan yang berbeza mempunyai jenis sel yang berbeza. otak manusia mengawal segala aktivti sel, tisu, organ dan sistem. jantung manusia berdenyut 70 kali seminit, dan setiap kali berdenyut ia mengepam secawan darah. jantung manusia seberat 300 g dan berdenyut lebih kurang 100,000 kali setiap hari. terdapat 206 ruas tulang pada rangka manusia, separuh daripadanya terdapat pada tangan dan kaki. setiap manusia mempunyai 32 batang gigi. otot-otot membentuk satu setengah kali berat badan. jika kesemua kulit dibuang, ia mempunyai berat sejumlah 2.27 Kg.
70% berat badan adalah berat air.


DINOSAUR MUNTAH

Muntahan fosil tertua telah di temuai di Peterborougah. Muntahan tersebut dikeluarkan oleh dinosour Ichthyosoaurus yang hidup di dalam air di England 160 juta tahun dahulu. Fosil ini telah ditemuai oleh Doyle di sebuah kuari tanah liat. Setelah dianalisa pada fosil tersebut nyata terdapat kandungan asid penghadaman dinosour. Menurut Dave Martill seorang ahli kajipurba Universiti of Portsmouth, penemuan ini amat penting dalam mengkaji cara permakanan dinosor tersebut

IKAN MINUM

Adakah ikan minum? Walaupun ikan hidup di kelilingi air namun ia tetap memerlukan air untuk minum. Ikan yang tinggal di laut menggunakan air masin sebagai sumber minuman. Namun begitu, ini tidak bermakna ikan menjadi masin akibat tabiatnya meminum air laut. Ini kerana semasa ikan minum air laut ini ia mampu mengasingkan garam daripada air laut yang diminum. Kelebihan ikan ini kerana ia mempunyai sejenis sel kumuhan klorida yang dikenali sebagai ‘ioncytes’ di dalam insangnya. Ia akan bertindak aktif untuk mengepam keluar garam daripada badan ikan. Ikan akan merasa dahaga jika ia tidak minum. Malah ikan akan mati kekeringan jika tidak minum walaupun ia hidup di dalam air.

0 comments  

Siapakah kita?.........................

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang pesanan ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

0 comments  

Bersyukur dengan nikmat Allah.......................

AL-IMAM al-Bukhari, Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah meriwayatkan
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dua nikmat yang kebanyakan
manusia tertipu olehnya iaitu, nikmat sihat dan masa lapang."

Kisah yang dipaparkan ini dipetik dari buku Ihfazilllah Yahfazuka
karya Dr 'Aidh al-Qarni.



Suatu hari seorang lelaki miskin mengeluh: "Ya Allah! Engkau telah
membuatku miskin, sedangkan Engkau membuat si polan kaya." Lalu dia
pun tertidur dalam keadaan bersedih. Lelaki itu bermimpi bertemu
dengan orang salih yang berkata kepadanya: "Wahai si polan, mahukah
kamu menjual penglihatanmu kepadaku dengan harga seratus ribu dinar?

Jawabnya: "Tidak." Lelaki itu bertanya lagi: "Mahukah kamu menjual
kepadaku pendengaranmu, kaki dan tanganmu masing-masing berharga
seratus ribu dinar?" Maka, dia pun menghitung-hitung harga yang
disebutkan tadi. Lelaki itu berkata: "Maha suci Allah Sesungguhnya
kamu memiliki ratusan ribu dinar, tetapi kamu tidak mensyukurinya dan
kamu masih mengharapkan semoga Allah memberi rezeki kepadamu lagi?
Maka, dia pun tersedar daripada tidurnya sambil menangis dan berkata:
"Bagimu segala puji wahai Tuhanku."



Bersyukur dengan nikmat sihat cukup membuat kita kaya raya sementara
orang yang sakit hanya dicengkam ketakutan dengan soalan "siapa yang
akan mewarisi hartanya itu?".

Kita semua dijadikan sebagai makhluk yang miskin, lalai dan tidak
memahami sesuatu pun, tetapi Allah menganugerahkan kita dengan harta,
ilmu dan iman.



Belum cukupkah itu semua untuk menjadikan kita hamba-Nya yang
bersyukur? Hitunglah nikmat Allah pada setiap tarikan nafas dan
hembuskannya dengan syukur yang tidak terhingga.

Ingatlah ketika Rasulullah SAW bangun sembahyang pada waktu malam
hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda, padahal syurga berada di
genggamannya dan kedudukan kekasih Allah menjadi sebutan baginya.
Namun, tiada kalimah seindah sabda Baginda bermaksud: "Tidak bolehkah
aku menjadi hamba yang bersyukur kepada Tuhanku?"

0 comments