Petua orang lama.............
Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan .....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan.... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ....arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok .....jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam .... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ....sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".. Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,
Petua orang kita................
Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.
Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.
Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.
Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.
Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.
Rambut Ubat Kaki Pecah
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.
Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.
b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.
Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
Buat Mr Magoo.................
RAMBUT BERUBAN...
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
*Sila cuba.....semoga berjaya
Lupa
PENYAKIT LUPA...
Antara penyebabnya adalah:-
- Makan kepala ikan
- Organ dlman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut & yg seumpamanya melainkan atas nasihat doktor utk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yg tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yg menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jgn makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jgn minum air antara suapan makan. Maksudnya, jgn minum sebelum anda selesai makan.
- Elakkan sukan yg boleh menyebabkan gegaran yg kuat kpd kepala seperti tinju, gusti & sebagainya.
- Pergaduhan/berkelah i sesama sendiri dgn memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yg kuat & terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yg dipanggil 'dopamin'akan berkurangan di dlm sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yg lemah & otot-otot yg kurang bermaya.
Yang penting kita semua jangan sampai lupe kepada mengingatkan ALLAH ...
Petua menguatkan ingatan
Utk menguatkan daya ingatan, dgn rahmat & sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yg baik & dpt menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:-
- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya
Itu hanyalah sebahagaian drpd makanan yg boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain drpd itu, oksigen juga amat penting utk merangsangotak supaya sentiasa cergas & cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yg amat baik diamalkan adalah dgn menarik nafas sebyk 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebyk 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.
Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yg paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kpd-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut:-
1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.
Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh & mudah menerima ilmu & mengingatinya.
Petua
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajaroleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimahsebagai penawarnya.Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali binAbu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggilinggandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah diadan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untukmendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anakkesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya sertamenantu itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apayang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kalidan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamuberdua daripada seorang khadam."Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak danmenantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak iadiajarkan kepadaku."Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahajayang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supayamengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkanmata.Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup sehariankita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengansenyuman."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)
