Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

PARANG CANDONG................

Hari ini Mantz merasa amat bertuah kerana dengan tak di sangka- sangka Mantz telah di hadiahkan sebilah parang yang di terbangkan khas dari sarawak,yang mana telah lama Mantz bercita-cita untuk memilikinya.oleh salah seorang anak buah yang baru pulang bercuti telah membawanya lengkap dengan sarung nya sekali.Apa yang membuatkan Mantz teruja ialah di samping rekaannya yang unik,esok merupakan hari lahir Mantz..dan ini merupakan salah satu hadiah yang amat Mantz hargai....Terima kasih kepada Nelson Medang yang telah bersusah payah membawa hadiah ini dan seribu ucapan terima kasih kepada ayah beliau yang sudi menempa sendiri khas untuk Mantz.....terima kasih...terima kasih...terima kasih.....



DI TERBANGKAN KHAS DARI SARAWAK

PARANG TRADISI MASYARAKAT IBAN...JUGA DI KENALI SEBAGAI PARANG CANDONG

0 comments  

SELAMAT HARI RAYA.........

Assalamu’alaikum W.B.T

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirainya dan sesudah itu kita semua akan menyambut 1 Syawal dan juga hari kemerdekaan yang dijangka tiba pada hari yang sama.Puasa sudah ,pasang bendera pun sudah.Di kesempatan ini Mantz ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat hari kemerdekaan buat anda semua yang membaca ataupun terbaca entri ini.Mantz juga dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon maaf daripada rakan pembaca semua andainya Mantz ada melakukan kesilapan samaada dari segi tutur kata,penulisan mahupun secara fizikal. Maklumlah, Mantz hanya manusia biasa yang pastinya tak pernah lepas dari melakukan kesilapan samada ianya secara sengaja ataupun tidak. So, harap dimaafkan.

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN

0 comments  

Selamat berpuasa........

Assalamualaikum semua.rasanya dah lama Mantz tak menulis dalan entry ni,maklumla kesibukan yang teramat.....tapi sempena Ramadhan ni Mantz nak ucap selamat berpuasa kepada semua rakan pembaca.Mana lah tau ada yang tersinggung dengan bacaan di WARUNG Astro.Bulan ini merupakan bulan yang penuh dengan barakah,bulan untuk kita menuai seberapa banyak amal kebaikan agar kita mendapat rahmat dari ALLAH.Jadi Mantz harap maafkan lah segala salah dan silap ,mana yang baik itu datangnya dari ALLAH jua,yang buruk itu datang dari Mantz sendiri.Semoga kita dapat menunaikan tanggungjawab kita dengan dengan lebih berhikmah lagi.......SELAMAT BERPUASA SEMUA

0 comments  

Jelajah Pantai Timur............

Minggu lalu Mantz telah di tugaskan untuk menjalankan kursus jangka pendek yang bertempat di IKBN Kemasik,Terengganu yang bermula dari 29/4-1/5/2011.Suasana yang permai dan berlokasikan pantai yang membiru telah membuatkan Mantz merasa sungguh seronok dan seterusnya membawa Mantz ke negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan untuk bersiar -siar menghirup udara pantai timur sambil mencuba makanan yang sememangnya enak seperti keropok lekor,satar dan juga ICT......... saksikan bingkisan yang Mantz sediakan

0 comments  

Alhamdulillah.........

Minggu yang lalu,setelah membuat perkiraan dan juga keputusan yang sukar,akhirnya Mantz telah pun menempah sebuah motosikal jenama Yamaha,Oleh kerana jarak perjalanan yang Mantz tempuhi agak jauh setiap hari,ini di harap menjadi pilihan yang tepat dan hari ini dengan rasa syukur dan alhamdulillah Mantz telah pun dapat membawa pulang sebuah Yamaha LC 135 cc.Syukur kepada ALLAH yang memberi rahmat........


LC 135......Yamaha spirit


Warna maroon menjadi pilihan......

0 comments  

Selamat tinggal Honda..........

Selama Mantz berjinak-jinak dalam dunia permotoran ini jenama motosikal yang menjadi pilihan ialah jenama yamaha,Namun pada awal tahun lepas Mantz telah bertukar angin dengan membeli sebuah motosikal jenama honda atas saranan rakan-rakan yang menyatakan beberapa keistimewaan jenama tersebut(sila rujuk http://warungastro.blogspot.com/2010/04/insaf.html).Walaubagaimana pun setelah menggunakannya selama hampir setahun 3 bulan,didapati ianya tidak sesuai dengan kehendak dan cara pemanduan Mantz,lalu Mantz dengan hati yang sedih dan berat terpaksa membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Honda tersebut dan kembali beralih semula kepada jenama yang sinonim dengan Mantz,iaitu Yamaha.Justeru itu semalam Mantz telah pun mengunjungi salah sebuah pusat jualan Yamaha dan memesan sebuah motosikal yang pada pandangan Mantz sesuai dengan kehendak Mantz.....jadi tunggu dan lihat apakah model yang bakal tiba .......



Biar pun berat tapi apakan daya.....


Selamat tinggal Honda ku.......

0 comments  

Kelas Mandarin............

Pada 30/3/11 yang lalu tamatlah sudah sesi pembelajaran kelas bahasa Mandarin yang Mantz hadiri di Kolej Komuniti Pagoh di Pagoh Jaya.Berlangsung pada setiap malam isnin dan selasa selama 3 bulan,ia merupakan satu pengalaman yang menarik kerana selain yuran yang rendah ,kami juga diajar oleh guru yang berpengalaman dan pelajar dari pelbagai kaum dan umur.Seperti itik dan ayam bercakap,pada mulanya memang agak janggal kerana kami memang tiada asas dalam bahasa mandarin,namun dengan tekad dan niat untuk berjaya akhirnya dapat juga kami menamatkan kelas tersebut dengan jayanya.saksikan bingkisan yang saya sediakan...............



Laoshi Ser Toh sedang mengajar dengan gaya tersendiri


Wo hen hao.......


Bergambar kenangan........

0 comments  

Peringatan untuk kita semua........................

Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.

P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri

0 comments  

Selamat Hari Raya Aidilfitri.................




Nampaknya ramadhan hampir sampai ke penghujung,Syawal pula hampir tiba.Suasana kemeriahan Aidilfitri makin terasa,yang jauh pulang ke desa,yang dekat bertambah mesra.Di kesempatan ini Mantz mengambil peluang menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan,tersalah kata dan perbuatan.Mungkin di alam cyber ramai yang terasa atau terkena dengan pandangan atau penulisan.Hanya kepada ALLAH Mantz serahkan,mana yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.Semoga kita di lindungi ALLAH

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin

0 comments  

Banjir kilat..............

Jumaat 3/9/10

Hujan lebat yang turun tak berhenti-henti sejak subuh pagi tadi telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di jalan utama menuju ke tempat Mantz bertugas.Oleh kerana paras air yang agak dalam menyebabkan hanya kenderaan berat yang dapat melalui jalan tersebut lalu mengakibatkan kesesakan yang teruk.Saksikan bingkisan yang Mantz sediakan



Pengguna jalan raya yang terkandas


Lokasi kejadian banjir kilat di Km 21 Jalan Panchur Muar


Ratusan kenderaan yang terkandas

0 comments  

Cuti-cuti Malaysia DI Cameron Highland.............

Pada 12/6/2010 yang lalu sempena musim cuti sekolah Mantz telah pun menyahut seruan kerajaan supaya cuti-cuti malaysia dengan memilih sebuah destinasi pelancongan yang popular di negeri Pahang iaitu Cameron Highland.Keindahan dan suasana yang sejuk dan nyaman di sana membuatkan sesiapa saja yang berkunjung merasa begitu teruja dan seronok.Antara destinasi yang menjadi pilihan ialah ladang tea BOH Plantation,stesen penyelidikan MARDI,ladang tea Bharat Plantation,Pasar malam di Brinchang serta puluhan ladang buah-buahan dan bunga-bungaan segar.Saksikan bingkisan dari Cameron Highland................


Ladang tea


Stesen penyelidikan MARDI


Haa.....ni la pokok Strawberry


Waa lebatnya tomato


Satria perkasa Mantz di Brincang.......

0 comments  

Setiap yang bermula pasti akan berakhir......

Dalam setiap pertemuan pastinya ada perpisahan.Begitu jua dengan kita setiap permulaan pasti ada akhirnya.Kumpulan pelatih siri 1-2007 telah pun berjaya menamatkan pengajian mereka dan hari ini merupakan hari terakhir mereka di sini.Sebelum berpisah mereka sempat mengadakan jamuan perpisahan yang dihadiri oleh semua warga sekerja.Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan kepada yang gagal ,gagal hari ini bukan bermakna gagal selama - lamanya.


Antara pelatih sesi 1-2007(prepare api nak bakar ayam)


burger dan hotdog yang bakal menjadi mangsa ..


Tuan pengarah sudi bersama-sama meraikan


TAHNIAH.......MOGA BERJAYA


*Tiada yang lebih gembira buat Mantz melihat kejayaan anak - anak didik.Moga menjadi manusia yang taat pada Allah dan Rasulnya ...AMIN

0 comments  

Insaf ?.........

Sebenarnya dah lama juga Mantz teringin nak memiliki sebuah motor berkapasiti kecil terutamanya kategori 4 lejang.Bukannya apa sebelum ni Mantz sudah memiliki 2 buah motorsikal kategori 2 lejang iaitu Yamaha SS110 dan juga Yamaha TZM 150cc.Mungkin sebab dah terlalu lama Mantz mencemarkan alam sekitar(pencemaran asap dan bunyi bising)maka Mantz pun mengambil keputusan untuk membuat anjakan paradigma dengan membuat pilihanraya bagi memilih manakah diantara motorsikal berikut yang bakal menjadi pilihan .Calon-calonnya ialahh......sila lihat dibawah




Antara motorsikal yang bakal menjadi pilihan Mantz....

Setelah Mantz membuat kaji selidik dan juga hasil dari pilihanraya yang telah diadakan maka dengan sebulat suara Mantz telah memilih Honda EX5 CLASS 100cc sebagai teman baru Mantz.Namun ini bukan bermakna Mantz TIDAK lagi bergiat dalam arena permotoran cuma Mantz ingin menyahut seruan kerajaan supaya berjimat cermat(minyak mahal beb)dan melihara alam sekitar serta bersama - sama kita membendung gejala Mat Rempit(cheeewahhh).


Inilah teman baruku


Amacam cantik tak,siap pasang tong lagi.....

Buat Yamaha SS110 dan juga Yamaha TZM 150cc nampaknya perkhidmatan mereka mungkin akan di kurangkan ,namun yang pasti mereka akan di turunkan bila ada acara juara-juara ataupun jika ada mamat-mamat yang yang cuba membuat onar di jalan raya hehehehe

*Lagi syukur kepada ALLAH kerana memberi rezeki kepada MANTZ,alhamdulillah

0 comments  

Patah tumbuh hilang berganti.................

Setelah beberapa bulan kehilangan panorama yang indah dan menarik di Warungastro,akhirnya aku berjaya juga mencari pengganti untuk
Canon ku yang telah tamat usianya.Walaupun aku masih lagi terkenang
kekasih lama yang telah tiada namun hidup perlu diteruskan.Justeru
itu semalam sewaktu aku membawa diri berkelana di bandaraya Batu Pahat
aku tiba-tiba terpandang si cantik jelita berbaju pink di singgahsana,
hati berdebar tidak terkira.

ingin ku tanya siapa gerangan,
adakah dirimu sudah berpunya......
kalau sudah takdir Tuhan
dirimu akhirnya milikku jua.

Oh Nikon
walaupun nilai hantaranmu tidak seberapa,tidak kupeduli itu semua.Yang penting kau akan setia padaku buat selamanya.....OH NIKON



Si cantik yang berjaya mencuri hatiku


Colour lain dah habis la,tu yang warna pink tu....AAUUWWW


Inilah buah hati baruku NIKON COOLPIX L21


*Mantz mengucapkan syukur ke hadrat ilahi yang memberi rezeki untuk mendapatkan camera baru ini,dengan ini Mantz akan kembali aktif untuk menceriakan Warungastro yang telah lama sunyi dan sepi.Hidup WARUNGASTRO......

0 comments  

Setiap yang bermula pasti akan berakhir,pada 25/06/09 yang lalu maka tamatlah pengajian bagi beberapa kumpulan pelatih yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka disini,so mereka diraikan dengan sedikit jamuan sebagai tanda ucapan tahniah bagi yang berjaya dan bagi yang gagal sebagai pengubat duka......so



Gotong royong membasuh ayam untuk di korbankan malam nanti


Ayam-ayam yang sedia berkorban untuk mengenyangkan perut kitorang



Ni kira DEEJAY la ni



Orang-orang kuat di sebalik majlis


*tahniah bagi semua,gagal bukan bermakna gagal selamanya,berjaya hari ini pun bukan bermakna berjaya selamanya....ini adalah permulaan bagi anda semua,terpulang bagi anda untuk mengakhiri.......

0 comments  

Cuti-cuti Malaysia....................

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan alam semulajadinya,di kenali sebagai hutan hujan tropika yang tertua di dunia,Malaysia di anugerahkan dengan pelbagai tempat yang menarik untuk di lawati.Minggu lalu aku berkunjung di salah sebuah tempat percutian yang terkenal di daerah Segamat iaitu Air Terjun Sungai Bantang di labis Johor .Tidak ada yang yang lebih menenangkan fikiran selain dari berinteraksi dengan alam sekitar.....moh kite tengok


Selamat datang ke Air Terjun Sungai Bantang......



Alam sekitar yang masih terpelihara.


Syok nampak....


Siap dapat port special nampak.....


Ramainya pengunjung.........

*Kunjungilah Malaysia.Banyak tempat menarik untuk di lawati...........

0 comments  

Sri Mersing........

Assalamualaikum,hari ini aku nak cerita pasal lawatan aku ke mersing,bukan la saja jalan-jalan tapi aku kena out station di situ(buat pameran sempena Karnival hari bersama Belia).Maklumlah dah tugas kan kalau minggu sudah aku berada di Johor Bahru minggu ni di mersing la pulak,tapi bak kata pengacara Maria Tunku Sabri jalan –jalan cari makan la(sambil menyelam sambil minum air la,rugi ooo mersing best apa).kalau nak tahu Mersing merupakan nama kepada bandar dan daerah di timur laut negeri Johor, Malaysia.Ia merupakan sebuah tempat yang berada di pesisiran pantai dan secara umumnya, bandar Mersing yang terletak di muara Sungai Mersing bergantung sepenuhnya kepada sektor perikanan. Namun kebelakangan ini, industri pelancongan telah berkembang pesat di sini. Kemudahan hotel, motel ataupun sekadar chalet tersedia dengan kos yang berpatutan. Ini dilengkapkan dengan wujudnya beberapa agensi pelancongan yang terdapat di sekitar Mersing. Ia juga menempatkan kemudahan utama iaitu jeti untuk ke Pulau Tioman, Pulau Sibu, Pulau Tengah dan pulau-pulau lain yang berhampiran dengan menggunakan kemudahan bot, feri dan bot laju(amacam ,ada sama macam laporan majalah 3 tak?).So cam biasa la…….


Jeti untuk ke Pulau Tioman dan bot nelayan


Pemandangan sekitar Mersing dari atas bukit...


Mersing di waktu petang,keindahan ketika matahari terbenam.......(tu bukan cahaya lampu jalan tau)


Monumen bersejarah yang masih kukuh,kubu pertahanan yang didirikan pada zaman pemerintahan british.




0 comments  

Kejohanan Motocross Negeri Johor.........

Askum harini aku nak cerita pasal aku g out station di Johor Bahru pada 6-7 Jun lalu,kena pulak tempat yang aku g out station tu berkenaan pulak dengan sukan permotoran,memang kena dengan minat aku la.Sebenarnya aku kena buat pameran di kejohanan Motocross Negeri Johor,kira aku jemputan khas la(jangan marah siap dapat pas VIP lagi).So macam biasa satu gambar itu boleh memberi seribu makna........



Antara bahan yang dipamerkan(technical part for engineering)




Urusetia yang bertugas


Motorsikal kategori expert


Motorsikal kategori Cubcross


Litar perlumbaan


Peserta handalan yang paling di geruni,saudara MANTZ ....hehehe


Ooooo lompatan cakar harimau


Garisan penamat

*Peh rasa nak beli sebiji la,nasib baik mahal........

0 comments  

Award dari Capiqa......

Ini adalah award yang saya ambil dari Capiqa,ini ada pantun untuk Capiqa


Nasi lemak buah bidara,
Sedap dimakan didalam kereta,
Capiqa bijak dan aktif di udara,
jikalau tiada sunyilah kita

Terima kasih daun keladi,
ADA LEBIH BAGI LA LAGI.




1 comments