SELAMAT HARI RAYA.........
Assalamu’alaikum W.B.T
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirainya dan sesudah itu kita semua akan menyambut 1 Syawal dan juga hari kemerdekaan yang dijangka tiba pada hari yang sama.Puasa sudah ,pasang bendera pun sudah.Di kesempatan ini Mantz ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat hari kemerdekaan buat anda semua yang membaca ataupun terbaca entri ini.Mantz juga dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon maaf daripada rakan pembaca semua andainya Mantz ada melakukan kesilapan samaada dari segi tutur kata,penulisan mahupun secara fizikal. Maklumlah, Mantz hanya manusia biasa yang pastinya tak pernah lepas dari melakukan kesilapan samada ianya secara sengaja ataupun tidak. So, harap dimaafkan.
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN