Sri Mersing........

Assalamualaikum,hari ini aku nak cerita pasal lawatan aku ke mersing,bukan la saja jalan-jalan tapi aku kena out station di situ(buat pameran sempena Karnival hari bersama Belia).Maklumlah dah tugas kan kalau minggu sudah aku berada di Johor Bahru minggu ni di mersing la pulak,tapi bak kata pengacara Maria Tunku Sabri jalan –jalan cari makan la(sambil menyelam sambil minum air la,rugi ooo mersing best apa).kalau nak tahu Mersing merupakan nama kepada bandar dan daerah di timur laut negeri Johor, Malaysia.Ia merupakan sebuah tempat yang berada di pesisiran pantai dan secara umumnya, bandar Mersing yang terletak di muara Sungai Mersing bergantung sepenuhnya kepada sektor perikanan. Namun kebelakangan ini, industri pelancongan telah berkembang pesat di sini. Kemudahan hotel, motel ataupun sekadar chalet tersedia dengan kos yang berpatutan. Ini dilengkapkan dengan wujudnya beberapa agensi pelancongan yang terdapat di sekitar Mersing. Ia juga menempatkan kemudahan utama iaitu jeti untuk ke Pulau Tioman, Pulau Sibu, Pulau Tengah dan pulau-pulau lain yang berhampiran dengan menggunakan kemudahan bot, feri dan bot laju(amacam ,ada sama macam laporan majalah 3 tak?).So cam biasa la…….


Jeti untuk ke Pulau Tioman dan bot nelayan


Pemandangan sekitar Mersing dari atas bukit...


Mersing di waktu petang,keindahan ketika matahari terbenam.......(tu bukan cahaya lampu jalan tau)


Monumen bersejarah yang masih kukuh,kubu pertahanan yang didirikan pada zaman pemerintahan british.




 

0 comments: