Insaf ?.........

Sebenarnya dah lama juga Mantz teringin nak memiliki sebuah motor berkapasiti kecil terutamanya kategori 4 lejang.Bukannya apa sebelum ni Mantz sudah memiliki 2 buah motorsikal kategori 2 lejang iaitu Yamaha SS110 dan juga Yamaha TZM 150cc.Mungkin sebab dah terlalu lama Mantz mencemarkan alam sekitar(pencemaran asap dan bunyi bising)maka Mantz pun mengambil keputusan untuk membuat anjakan paradigma dengan membuat pilihanraya bagi memilih manakah diantara motorsikal berikut yang bakal menjadi pilihan .Calon-calonnya ialahh......sila lihat dibawah




Antara motorsikal yang bakal menjadi pilihan Mantz....

Setelah Mantz membuat kaji selidik dan juga hasil dari pilihanraya yang telah diadakan maka dengan sebulat suara Mantz telah memilih Honda EX5 CLASS 100cc sebagai teman baru Mantz.Namun ini bukan bermakna Mantz TIDAK lagi bergiat dalam arena permotoran cuma Mantz ingin menyahut seruan kerajaan supaya berjimat cermat(minyak mahal beb)dan melihara alam sekitar serta bersama - sama kita membendung gejala Mat Rempit(cheeewahhh).


Inilah teman baruku


Amacam cantik tak,siap pasang tong lagi.....

Buat Yamaha SS110 dan juga Yamaha TZM 150cc nampaknya perkhidmatan mereka mungkin akan di kurangkan ,namun yang pasti mereka akan di turunkan bila ada acara juara-juara ataupun jika ada mamat-mamat yang yang cuba membuat onar di jalan raya hehehehe

*Lagi syukur kepada ALLAH kerana memberi rezeki kepada MANTZ,alhamdulillah

 

0 comments: