Selamat Merdeka MALAYSIA .........................

Beberapa jam lagi negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 53.Disana sini kelihatan berkibaran Jalur Gemilang tak kira di hadapan rumah,kenderaan mahupun di papan - papan tanda,malahan juga di media massa dan juga media elektronik.Namun apa yang Mantz ingin perkatakan disini bukanlah berkenaan cara sambutan kemerdekaan itu tetapi apakah pengisian yang dapat kita lakukan dan hayati.

Umum mengetahui,untuk mempertahankan kemerdekaan itu adalah lebih susah dari mendapatkannya.Hari ini jika kita lihat adakah kita sebenarnya memang sudah merdeka?merdeka dalam erti kata yang sebenar?Merdeka dari penjajahan komunis ataupun dari penjajahan kolonial memang telah kita capai tetapi penjajahan minda dan juga penjajahan budaya nampaknya masih belum berakhir.Berapa ramaikah antara kita yang berbangga dengan bahasa kita?Atau berapa ramaikah yang pandai membaca jawi?Siapakah yang masih mahu mendengar muzik asli kita berbanding dengan muzik hip hop.Contoh yang paling mudah... walaupun ini adalah negara Malaysia,yang pastinya bahasa ibundanya adalah bahasa Melayu tetapi urusan surat menyurat terutama untuk hal guaman atau perniagaan berapa ramaikah yang menggunakan bahasa Melayu!!!

Rakan pembaca sekalian,di kesempatan ini Mantz ingin mengambil peluang menyeru kepada anda diluar sana ,marilah kita sama-sama mendaulatkan bahasa kita,budaya kita dan juga berpegang teguh pada ajaran agama islam,supaya kita tidak terpesong jauh dari akar kehidupan kita.Merdeka bukanlah sekadar kita berarak beramai-ramai,menggantung jutaan bendera sahaja tetapi ingatlah MERDEKAKAN LAH JIWA,MERDEKAKAN MINDA DAN MERDEKAKANLAH NEGARA KITA dari anasir-anasir yang menganggu gugat keamanan,kedamaian dan juga perpaduan kita.Sama - samalah kita bersatu padu dan jauhkanlah perasaan dengki dan benci-membenci sesama kita agar hidup kita akan sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH.


MERDEKA....MERDEKA....MERDEKA.....

 

1 comments:

  1. Sam said,

    merdeka... merdeka dalam bulan penuh keberkatan

    on September 1, 2010 at 10:07 AM