Petua orang lama.............
Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan .....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan.... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ....arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok .....jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam .... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ....sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".. Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,
Petua orang kita................
Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.
Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.
Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.
Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.
Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.
Rambut Ubat Kaki Pecah
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.
Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.
b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.
Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu)
Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini
1508: Alfonso de BURQUE menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera
1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana
Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...
1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan
Seminggu selepas
Feb 1512, perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso
Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah
Perisik 1,2,3: Selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: Selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya
hang sihat ka, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang tidoq ka, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang
macam macam lagi hang ada kat sana.....
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.
scroll sampai bawah.....
lagi....
lagi...
Hang tunggu apa lagi...hang nak mampuih ka....hang pi buat kerja nu!!!
Cerita Katak..................
Tersebutlah kisah pada suatu masa dahulu, terdapat seekor katak yang bersahabat baik dengan ikan-ikan yang berada di dalam sebatang sungai. Sungai tersebut terletak jauh di dalam hutan. Katak dan ikan telah berkawan baik sejak kecil lagi, yakni ketika katak tersebut masih lagi merupakan seekor berudu. Katak sangat dipercayai oleh komuniti ikan di dalam sungai tersebut. Dia seorang yang sangat jujur dan tidak pernah bercakap bohong. Sekian lama mereka tinggal di dalam sungai tersebut, tidak pernah berlaku sebarang ancaman atau bahaya. Mereka hidup dalam keadaan aman dan dilimpahi rezeki yang banyak.
Ketika katak menginjak dewasa, berlaku perubahan pada dirinya yang menyebabkan dia boleh hidup di dalam air dan juga di daratan. Semenjak boleh hidup di daratan, katak sering keluar dari sungai menuntuk ilmu dengan haiwan-haiwan lain di daratan. Banyak perkara yang dipelajarinya dan tatkala pulang ke dalam sungai, beliau akan menceritakannyan kepada rakan-rakan baiknya. Ada yang mempercayainya dan tidak kurang juga yang mentertawakannya.
Pada suatu hari ketika katak sedang naik ke daratan, dia terlihat sebuah kenderaan besar diberhentikan berhampiran sungai. Dari kenderaan tersebut, keluar beberapa orang manusia membawa beberapa buah kotak yang besar. Mereka menghidupkan ungun api, memasang alat pemanggang, dan mengisi pelbagai jenis umpan pada joran yang mereka bawa. Ada juga yang sedang membelek-belek pukat sabil menjahitnya.
"Ini bahaya ini, baik aku segera beritahu ikan", katanya sendirian lalu bergegas masuk semula ke dalam sungai dan memanggil sahabat baiknya. "Pergi kumpul semua ikan-ikan di sungai ini. Aku ada suatu hal mustahak nak cakap". Rakan baiknya tanpa bercakap panjang, terus berenang dengan laju meninggalkannya. Dalam beberapa saat sahaja, datang pelbagai jenis ikan berkumpul menantikan pengumuman mustahak oleh katak, sahabat baik mereka.
"Wahai ikan-ikan sekalian. Aku baru sahaja tadi turun dari daratan. Aku terlihat sekumpulan manusia yang sedang bersiap sedia untuk menangkap kamu dengan pelbagai jenis makanan yang lazat-lazat. Ikan yang mereka tangkap akan mereka bakar di atas ungun api yang besar. Oleh itu, janganlah kalian mendekati tebing sungai itu".
"Makanan yang lazat-lazat kata kamu? Kalau macam itu, mereka mesti orang yang baik !", balas seekor ikan.
"Tidak! Makanan itu hanyalah ujian ke atas kamu. Janganlah kamu makan apa yang mereka beri. Jauhilah tebing sungai ini. Bahaya menanti kamu."
"Arghh. Tipulah, sebenarnya kamu yang nak makan makanan itu bukan? Sebab itu kamu suruh kami menjauhi tebing sungai, betul tak?", sergah seekor ikan lagi.
"Tidak sahabat-sahabaku sekalian ! Aku cuma mahukan yang terbaik buat kalian."
Ikan-ikan yang berkumpul tadi beredar. Ada yang terus menuju ke tebing sungai, ada yang terus menjauhi tebing sungai, dan ada juga yang berada sedikt jauh dari tebing sungai, ingin memerhatikan apa yang berlaku.
Keadaan air sungai yang tenang pada petang itu tiba-tiba berkocak dengan kemunculan beberapa ekor cacing yang gemuk-gemuk, menari-nari seolah-olah menggamit ikan-ikan yang berada di sekeliling untuk datang menerpa mereka. Beberapa ekor ikan sudah kelihatan tidak sabar melihat telatah cacing-cacing yang menggoda mereka. Tanpa menghiraukan pesan si katak, beberapa ekor ikan mara dan menerkam cacing-cacing tersebut. Ada yang terus makan keseluruhan cacing sekaligus menyebabkan mereka tertelan mata kail yang terdapat padanya, dan ada juga yang berhati-hati, hanya makan sedikit-sedikit cacing yang terkeluar dari mata kail.
"Hah, tengok ini. Tak ada apa-apa pun? Sah katak tu si penipu !", kata ikan yang paling besar dikalangan mereka.
"Ya betul. Lazat sungguh makanan ini. Ini pertama kali saya merasa makanan sebegini lazat."
"Hey rakan-rakan, kemarilah ke sini, sedap ini. Tak makan, rugiiiiiii.....", ejek seekor ikan kepada rakan-rakannya yang sedang memperhatikan mereka dari jauh. Kelihatan beberapa ekor ikan datang menghampiri mereka akibat tidak tahan melihat 'rezeki' rakan-rakan mereka.
Beberapa ekor ikan tiba-tiba ditarik keatas. Kejadian itu ada diperhatikan oleh beberapa rakannya. Ada yang segera meninggalkan tebing sungai namun ada juga yang masih berdegil.
"Mamat tu bodoh, siapa suruh makan kesemua sekali dengan besi bengkok tu. Tengok macam aku, OK saja. Makan sikit-sikit saja lah. Pandai-pandilah kalau nak hidup. Hahaha.....".
Kata-kata itu ada yang menyebabkan beberapa ekor ikan yang hendak meninggalkan tebing itu berpatah balik. Ikan-ikan yang ada semua meniru gaya makan sedikit-sedikit seorang rakan mereka bagi mengelakkan dari tertelan mata kail. Apabila umpan habis, akan turun pula umpan baru.
Melihatkan betapa 'berjayanya' rakan-rakan mereka menikmati makanan tanpa ditangkap, beberapa ekor ikan yang pada mulanya tadi hanya memerhatikan dari jauh, berenang pantas meluru kearah tebing sungai.
Masa berlalu. Banyak umpan telah mereka makan. Umpan sudah makin berkurangan sehingga suatu ketika, tiada lagi umpan yang ada.
"Haha... sampai habis juadah mereka kita makan. Tak kena tangkap pun. Memang sah si katak ni sebesar-besar pendusta dan sesat.", kata seekor kata dengan megahnya. "Betul.. katak tu bengong, bodoh punya katak..." tambah seekor ikan lain sambil ditertawakan rakan-rakan mereka.
Tiba-tiba datang suatu jaring besar menutupi mereka semua. Terasa diri mereka ditarik ke atas. Masing-masing makin mendekati antara suatu sama lain, berhimpit-himpit antara suatu sama lain. Ketika sedang ditarik ke atas, ikan-ikan tersebut makin sukar bernafas dan apabila mereka berada di permukaan air, maka terlihatlah pada mereka akan unggun api besar yang diperkatakan oleh si katak tadi.
"Aku beriman (percaya) dengan apa yang dikatakan oleh katak. Memang betul apa yang dikatakannya. Selamatkan aku...", jerit seekor ikan namun pengakuannya itu sudah tidak membawa apa-apa makna lagi. Dia kini telah ditangkap bersama ikan-ikan yang lain.
"Kalaulah aku ikuti nasihat si katak tadi...", kata seekor ikan sambil menghembuskan nafasnya yang terakhir.
*Hayati kisah ini dengan mendalam
Lawak Doktor.................
Cerita Lawak Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar.
Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia.Seperti yang sudah, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.
"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.
"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawap si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut.
"Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul...
HAHAHAHAHAHAHAHAHAH
8 Cara Untuk Suami Membahagiakan Isteri ....................
Ramai dikalangan suami menuding jari untuk menyalahkan isteri jika berlaku masalah rumah tangga. Isteri tidak pandai jaga suami la…isteri aku tak macam tu…isteri aku tak macam ni… Hakikat sebenar, jika isteri begitu dan begini suami juga mungkin menjadi punca kepada isteri bersikap sedemikian oleh kerana suami tidak memenuhi hak dan kewajipan sepatutnya kepada isteri.
Disini saya senaraikan 8 Cara Untuk Suami Membahagiakan Isteri
1. Membina Pertemuan yang Manis
Setiap kali pulang dari kerja pulanglah dengan muka yang manis bukannya membawa masalah di tempat kerja kerumah. Berilah salam sambil melemparkan senyuman kepada isteri ketika pulang bekerja. Isteri pula sambut le…nanti suami tersengih sorang-sorang orang ingat gila pulak.
2. Mengucapkan Kata-kata yang Baik
Setiap kali berbicara dengan isteri, pilihlah kata-kata yang baik yang boleh memberi kesan positif. Elakan menggunakan perkataan-perkataan yang negatif. Memberi perhatian kepada isteri ketika isteri ingin bercerita sesuatu. Ini akan membuatkan isteri akan terasa dihargai lebih-lebih lagi jika suami memanggil dengan nama panggilan mesra.
Bagaimanapun, kebanyakan suami biasanya akan buat-buat pekak apabila isteri mula bercerita mengenai nak langsir baru,kerusi baru,gelang baru dan baju baru. Kalau setahun sekali mungkin akan dengar kalau setiap kali gaji masuk…Mesti suami tiba-tiba jadi pekak.
3. Meluangkan Masa Bersama Isteri
Walaupun sibuk dengan urusan harian dan kerja. Teman hidup tidak boleh diabaikan. Kalau pada hari biasa sudah sibuk dengan urusan kerja apa salahnya pada hujung minggu untuk meluangkan masa bersama anak dan isteri.
Bukan tiap-tiap minggu nak main golf dengan Datuk-datuk??
4. Bergurau Senda
Jika sebelum kahwin “U ni klaka la…suka buat lawak…I like” apabila sudah kahwin. “Abang ni kelawar dah tak kelako!!!”. Hidupkan suasana ceria dirumah agar kehidupan rumah tangga kita lebih ceria.
Mungkin alasan yang biasa si suami untuk keluar melepak sampai 2,3 pagi “Bosan la duk umah”. Kalau suami bosan pastinya isteri pun bosan. Jangan pentingkan diri.
5. Bantu Isteri dalan Tugasan Harian
Bantu isteri dalam menguruskan rumah tangga. Basuh baju,masak, jaga anak dan apa sahaja berkaitan. Sebernarnya ini antara bahagian yang agak sukar untuk suami lakukan…ehem!!!
6. Sentiasa Berbincang
Setiap masalah suami perlu berbincang dengan isteri terutamanya berkaitan dengan masalah rumah tangga. Ini menunjukan pendapat isteri amat penting bagi suami dan isteri akan terasa dihargai. Jadi suami juga perlu mendengar pendapat isteri bukan menggunakan kuasa veto dalam membuat keputusan.
7. Menziarahi Sanak Saudara Kedua Belah Pihak
Suami tidak boleh mengabaikan pihak isteri. Jika sanak saudara kita selalu diziarahi maka begitu juga sanak saudara belah isteri.
8. Apabila Meninggalkan Isteri
Kadang kala suami mungkin perlu kerja luar (jangan makan luar yea). Jadi sebelum meninggalkan isteri ada beberapa perkara dicadangakan suami lakukan :
- Ucapkan selamat tinggal dengan mesra dan memberi nasihat yang baik kepada isteri
- Baca doa safar
Bagaimana Jika Nyawa Kita Bergantung Pada Doa Orang Lain? .................
Bismillahirrahmanirrahim.....
Alim berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu beliau koma
Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat “Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Alim bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Alim tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya. Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.
Apa yang disesalkan:
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan.
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Sahabat:
Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.
Wallahualam.....