Baca pesanan ini.........

Daripada Abi Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim dalah saudara bagi muslim lain. Ia tidak patut menzalimi, membohongi dan merendahkannya. Takwa itu di sini (baginda menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah ia dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama Muslim. Darah, harta dan kehormatan setiap muslim adalah haram bagi Muslim yang lain.
(Riwayat Muslim)


Rakan –rakan pembaca sekalian,mengapa saya menyelitkan riwayat diatas.tiada manusia di dalam dunia ini yang hidup berseorangan,hidup seperti kera sumbang yang tiada berkawan ,ataupun ada manusia yang boleh hidup tanpa bantuan manusia lain.Sememangnya setiap manusia yang ada di dunia ini memang telah ditakdirkan akan pasti mempunyai sahabat,kawan ataupun teman.Malahan tuhan telah menjadikan kita pun secara berpasang-pasangan.Namun apa yang membezakan antara ,sahabat,kawan ataupun teman inilah yang akan saya ceritakan disini.

Rakan –rakan pembaca sekalian,seringkali kita mendengar pelbagai cerita tentang kisah teman – teman kita.Jika anda mendapat sahabat,kawan ataupun teman yang memahami dan faham tentang diri kita,anda bolehlah dikatakan sebagai sangat bertuah,ini kerana realiti di luar sana tidaklah seindah yang kita inginkan.banyak berlaku ,bak kata pepatah”teman ketawa senang dicari tetapi teman menangis ……….”.pepatah itu bermaksud bila kita ada sesuatu yang mereka inginkan contohnya inginkan pertolongan ataupun bantuan,mereka yang tidak mesra ataupun rapat dengan kita tiba – tiba sahaja akan menjadi seorang yang sangat baik dengan kita(ada udang di sebalik batu) tetapi bila apa yang mereka inginkan itu sudah di perolehi ,mereka akan menjadi seperti orang yang asing kepada kita.Bak kata pepatah seperti melepaskan anjing yang tersepit,mereka ini bukan sahaja tidak menghargai apa pertolongan yang telah kita berikan malahan mereka akan menjadi seperti anjing,setelah kita melepaskan daripada batu yang menghimpit,anjing itu pula yang akan mengejar dan menggigit kita.

Rakan –rakan yang saya hormati sekalian ,adakah kita sedar bahawa kadang kala tanpa sedari kita selalu telah menyakiti hati rakan – rakan dengan sengaja atau tanpa kita sedari,tanpa memikirkan sensetiviti samaada sahabat kita itu mungkin tersinggung,bahkan yang lebih teruk lagi memang sengaja berbuat sedemikian.Dalam riwayat diatas dengan jelas telah menyatakan sifat tersebut adalah dilarang dan tidak patut dilakukan sama sekali.Cuba bayangkan jika anda yang di perlakukan seperti sedemikian,ada sesetengah antara kita yang tidak dapat menerima perbuatan sebegini tetapi jika dia yang berbuat sedemikian padanya bukanlah satu kesalahan(buat orang boleh tapi bila orang buat dia ,marah bukan main)!!inilah yang dikatakan bodoh sombong ,merasakan diri sendiri itu bagus tapi sebenarnya seperti tin kosong berbunyi lantang bila di ketuk tapi didalam isinya kosong.

Sahabatku sekalian…sedarlah bahawa dunia ini hanyalah sementara,tiada yang kekal melainkan ALLAH ,oleh itu jangan kita merasa sombong dengan apa yang kita ada,harta ,pangkat ,kekayaan dan paras rupa itu jika di takdirkan ALLAH sekelip mata sahaja ia akan hilang.Sedarlah jika kita mati siapa yang akan menolong menguruskan jenazah kita jika bukan sahabat-sahabat kita,oleh itu mengapa kita harus menyakiti hati dan perasaan sahabat,kawan ataupun teman kita.Tidak ada ruginya jika kita bersangka baik dan sentiasa hormat-menghormati sesama kita . Buangkanlah perasaan yang tidak elok dari dalam diri kita ,bukankah perasaan yang tidak baik itu datangnya dari iblis dan syaitan ,jadi mengapa kita harus menuruti hasutan yang sudah pasti ALLAH janjikan NERAKA terhadapnya.Fikir-fikirkanlah ....................


*Jangan dilayan perangai kawan-kawan yang tak betul tu,biarlah diorang nak kata ape ke,buat ape ke yang penting ingat pesanan ini"kalau kita layan orang yang baik perangainya ,maka kita akan jadi baik.Tapi kalau kita layan orang gila/tak betul maka kita akan jadi tak betul.So biarkan sahaja si luncai terjun dengan labu-labunya...

1 comments  

Award dari Along79.....

Dua tiga arnab berlari,
Mana nak sama anak memerang,
Seloka melayu penyambung tradisi,
supaya adat tak di lupa orang.

Anak ikan anak kedidi,
Dua-dua tak gosok gigi,
Terima kasih daun keladi,
Ada award lebih bagi la lagi.


2 comments  

Apa yang lelaki tidak tahu tentang wanita......(Khas untuk lelaki sahaja)

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia
tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam
hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti
hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya
semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang
paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila
hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki
itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang
keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana
nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh
mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu
semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat
keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan
dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai
sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan
senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
Persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih
mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu
ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia
sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk
memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak
buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah
hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki
yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di
hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka
semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan
tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh
hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan
surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya
dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang
mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-
pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa."


*Sayangilah wanita ,kerana wanita itu memang di ciptakan untuk lelaki........

2 comments  

Kisah selembar bulu mata................

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah
sedang di adili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk
berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan
bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan

dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri.Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."
"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi."
Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang merasa."
Tangan meneruskan, "Saya yang memegang dan membawa."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."
"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan
kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.
Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus
asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam
jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.
Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong
terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga
mengangkat sumpah sebagai saksi.""Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya,pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan airmata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertobat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya,namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan
tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga
karena pertolongan selembar bulu mata."

Firman Allah swt,

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan
kesabaran." Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

*" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

1 comments  

Mukjizat Bismillah

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yan g Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2.BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ‘(Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan..
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9.. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

0 comments  

Hamba ALLAH

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng!.. bunyi.... aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

1 minit untuk mengingati Allah

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

0 comments  

Alhamdulillah......

Alhamdulillah,hari ini aku ingin berkongsi kegembiraan dengan anda semua ,satu impian yang telah lama aku idamkan....walaupun tak semewah seperti orang lain,namun cukuplah bagi diri aku kerana ianya adalah hasil dari titik peluh aku sendiri.berlokasikan di sebuah pekan yang aman,di daerah yang terkenal dengan industri kain yang terkenal di Malaysia iaitu di Batu Pahat,akhirnya pada 29/05/2009 yang lalu aku berjaya menggenggam segugus kunci yang menandakan akulah pemilik rumah yang bertuah ini...
Maka dengan ini aku ingin mengistiharkan dengan bahawa rumah ini telah dirasmikan secara rasminya oleh aku sendiri dengan bersaksikan oleh sanak saudara dan rakan -rakan yang terdekat,tapi nak kata dekat pun tak dekat juga la....kenduri lambat lagi dan anda juga dijemput.....itupun sila daftar di pejabat pendaftaran(hehehehehe)


rumah baru ku..hehehehehe


*Semoga rumah ini akan membawa seribu kebahagiaan dan kenangan manis untukku selama-lamanya...insyaallah(sorry teremosional la pulak)

2 comments