Solat Jumaat............................
Solat Jumaat
Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnyaFardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.
Firman Allah SWT:
“ "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9) ”
Hadis tentang Solat Jumaat
Sabda Rasulullah SAW:
“ "Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim). ”
Haram tinggalkan solat Jumaat
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“ "Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud) ”
Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat
Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:
Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
Perang - Orang yang berada di medan perang.
Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat
Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
Memotong kuku.
Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
Bersugi.
Memakai wangi-wangian.
Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
Bersegera pergi ke masjid.
Berniat Iktikaf.
Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.
13 bukti Allah mencintai kita................
1-Allah menganugerahkan agama dan Hidayah,ketahuilah Allah menyintai kita.
2-Allah memberi kita pelbagai musibah, ketahuilah Allah ingin mendengar suara dan rayuan kita.
3- Allah hanya memberi sedikit sahaja nikmat di dunia, ketahuilah Allah akan memberi nikmat yang tidak terhitung pada kita di Akhirat kelak.
4-Allah memberi keredhaan kepada kita, ketahuilah Allah telah memberi kepada mu sebaik-baik nikmat.
5- Allah kurniakan kepada mu sifat sabar, ketahuilah kamu telah tergolong dalam golongan mereka yang berjaya.
6- Allah kuniakan kepada mu Ikhlas, Sesungguhnya Allah ingin melihat kamu ikhlas kepadaNya.
7- Allah memberi kepadamu Ilham, ketahuilah Allah kasihkan kamu dan menunggu dari lidahmu, ucapan syukur dan pujian mu kepada Nya.
8- Allah menganugerahkan sedih dan duka kepada mu, ketahuilah Allah cintakan kamu dan ingin menilai keimanan mu.
9-Allah kurniakan harta kepadamu, itulah tanda Allah menyintai mu dan janganlah kamu bakhil terhadap golongan fakir.
10-Allah beri kepada mu keadaan fakir, ketahuilah Allah cinta kepadamu dan telah memberi kepada mu sesuatu yang lebih bernilai daripada Harta.
11-Allah menganugerahkan kepada mu lidah dan hati, ketahuilah Allah menyintaimu untuk mempergunakan keduanya ke arah kebaikkan dan keikhlasan
12- Allah memberi kepada mu Solat, Puasa, Al-Quran dan berjaga malam. Ketahuilah Allah menyayangi mu, Maka janganlah kamu tidak memperendahnya atau mempermainknnya.. Tetapi beramallah dengannya.
13- Allah menganugerahkan Islam kepada mu, ketahuilah Allah telah menyayangi mu
Nadi baru...............
Oleh kerana kecederaan yang dialami oleh Satriaku agak parah,maka Mantz terpaksa membuat keputusan untuk menamatkan riwayat enjin lama dan mencari nadi baru untuk membolehkan Satriaku ini boleh kembali beroperasi.Dalam membuat keputusan yang sukar itu Mantz telah merujuk kepada orang yang pakar dan arif dalam hal automotif dan Mantz telah di cadangkan dengan enjin seperti di bawah.....saksikan
Macamana?ok tak?
Speedometer
Dashboard
Satriaku........
Kadang kadang kita terpaksa berkorban,kadang kadang apa yang kita korbankan itu mungkin sesuatu yang paling kita sayang.Namun setiap pengorbanan itu memang mahal harganya.Begitu juga dengan apa yang berlaku pada Satria kesayanganku ini.Oleh kerana terlalu sedih hanya gambar dapat ku beri.Namun ini baru permulaan.....tungguuuuu
Satriaku cedera parahhh
Ohhh sedihnya
Nampaknya operation besar-besaran ni.......abis semua kene bedah
PANDAI ANAK AKU.........................
Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.
Ibu: Jadi?
Anak: Semua orang gelak, kecuali saya.
Ibu: Man anak yg baik.
[Ibu mencium dahi anak nya]
Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?
Ibu: Siapa?
Anak: Sayalah.
Ibu: Cis
20 fakta menarik mengenai Islam............................
1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.
2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24
5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.
6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.
7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”
8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.
9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.
10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.
11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.
12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.
13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.
14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.
15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.
16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.
17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.
18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.
Jangan Meremehkan Sedekah Orang......................
Dari Abu Mas’ud r.a katanya: “Kami diperintah Rasulullah s.a.w supaya bersedekah sedangkan kami hanya sebagai buruh kasar atau kuli. Namun Abu Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lainnya mengikutinya dengan menyedekahkan apa sahaja namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata: “Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak memerlukan sedekah itu dan ini. dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riya’ semata-mata.” Kerana ucapan mereka itu maka turunlah ayat: “(orang-orang munafik iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan mebalas penghinaan mereka itu dengan siksa yang pedih.”
(at-Taubah:79)
Huraian:
Allah SWT Maha Mengetahui siapa diri kita yang sebenarnya. Apa yang nyata keislaman seseorang tidak diukur oleh luasnya ilmu agama yang dimiliki. Tidak juga diukur oleh kekuatan ibadah semata. Tetapi keislaman itu diukur pada orang yang paling ikhlas dalam agamanya termasuk dalam bersedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin yang sebenar akan sanggup menawarkan hartanya demi mempertahankan agamanya, sementara orang munafik pula akan sanggup menawarkan agamanya demi mempertahankan hartanya.
