SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?

apakah maksud disebaliknya??........

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada Rafie ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat Rafie yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..



Sekian, semoga ada manfaatnya

0 comments  

Kenapa aku tak sambut hari Ibu.....................

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

2 comments  

Jelajah Pantai Timur............

Minggu lalu Mantz telah di tugaskan untuk menjalankan kursus jangka pendek yang bertempat di IKBN Kemasik,Terengganu yang bermula dari 29/4-1/5/2011.Suasana yang permai dan berlokasikan pantai yang membiru telah membuatkan Mantz merasa sungguh seronok dan seterusnya membawa Mantz ke negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan untuk bersiar -siar menghirup udara pantai timur sambil mencuba makanan yang sememangnya enak seperti keropok lekor,satar dan juga ICT......... saksikan bingkisan yang Mantz sediakan

0 comments  

Alhamdulillah.........

Minggu yang lalu,setelah membuat perkiraan dan juga keputusan yang sukar,akhirnya Mantz telah pun menempah sebuah motosikal jenama Yamaha,Oleh kerana jarak perjalanan yang Mantz tempuhi agak jauh setiap hari,ini di harap menjadi pilihan yang tepat dan hari ini dengan rasa syukur dan alhamdulillah Mantz telah pun dapat membawa pulang sebuah Yamaha LC 135 cc.Syukur kepada ALLAH yang memberi rahmat........


LC 135......Yamaha spirit


Warna maroon menjadi pilihan......

0 comments  

Selamat tinggal Honda..........

Selama Mantz berjinak-jinak dalam dunia permotoran ini jenama motosikal yang menjadi pilihan ialah jenama yamaha,Namun pada awal tahun lepas Mantz telah bertukar angin dengan membeli sebuah motosikal jenama honda atas saranan rakan-rakan yang menyatakan beberapa keistimewaan jenama tersebut(sila rujuk http://warungastro.blogspot.com/2010/04/insaf.html).Walaubagaimana pun setelah menggunakannya selama hampir setahun 3 bulan,didapati ianya tidak sesuai dengan kehendak dan cara pemanduan Mantz,lalu Mantz dengan hati yang sedih dan berat terpaksa membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Honda tersebut dan kembali beralih semula kepada jenama yang sinonim dengan Mantz,iaitu Yamaha.Justeru itu semalam Mantz telah pun mengunjungi salah sebuah pusat jualan Yamaha dan memesan sebuah motosikal yang pada pandangan Mantz sesuai dengan kehendak Mantz.....jadi tunggu dan lihat apakah model yang bakal tiba .......



Biar pun berat tapi apakan daya.....


Selamat tinggal Honda ku.......

0 comments  

Selamat pengantin baru Fendy dan Anis......

Semalam telah berlangsung majlis perkahwinan antara Mohd Fendy(anak saudara Mantz) dan Siti Rohani yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Yong Peng,Johor.Kedua mempelai telah sah di ijabkabulkan pada sebelah pagi dan di teruskan dengan majlis persandingan pada sebelah tengahari.Tanpa melengahkan masa lagi Mantz paparkan beberapa rakaman kenangan untuk tatapan pembaca(sebenarnya idea nak tulis tiba-tiba hilang hahaha)...silakan



Debaran menanti saat di ijabkabul......


Si dara menjeling cik abang.........emmm bila la tok kadhi nak sampai ni...



Mempelai menyarung cincin untuk upacara membatal air sembahyang


Pengantin lelaki di apit oleh ibu dan ibu saudara(yang baju hitam tu bodyguard)


Kumpulan boria pulau Parit Yaani.....ni orang kuat di belakang tabir


Alamak....kita salah pasang la...patutnya gambar kita yang kat sini hahahaha

0 comments  

Kelas Mandarin............

Pada 30/3/11 yang lalu tamatlah sudah sesi pembelajaran kelas bahasa Mandarin yang Mantz hadiri di Kolej Komuniti Pagoh di Pagoh Jaya.Berlangsung pada setiap malam isnin dan selasa selama 3 bulan,ia merupakan satu pengalaman yang menarik kerana selain yuran yang rendah ,kami juga diajar oleh guru yang berpengalaman dan pelajar dari pelbagai kaum dan umur.Seperti itik dan ayam bercakap,pada mulanya memang agak janggal kerana kami memang tiada asas dalam bahasa mandarin,namun dengan tekad dan niat untuk berjaya akhirnya dapat juga kami menamatkan kelas tersebut dengan jayanya.saksikan bingkisan yang saya sediakan...............



Laoshi Ser Toh sedang mengajar dengan gaya tersendiri


Wo hen hao.......


Bergambar kenangan........

0 comments