Eeeee takutnya,........
Kisah ini berlaku kat Cheras...
Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Petaling Jaya. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.
Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.
Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di Petaling Jaya dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.
Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa Lelaki ini pergi membeli burger kat Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.
Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.
Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak mengendahkannya.
Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, diapun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada...
Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan menantinya..Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa...
Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bla pintu belakang
rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan..
Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru...
Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?"
Ni lah Sabun Basuh jenama x, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang... err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai....
*Haaaa kena lagi...............
Makna nama Jepun dalam BM.......
1. Keji Cacimaki – yang pemarah
2. Sato Sukamura – Yang tak suka barang mahal
3. Kita Tadasuara – Yang membisu
4. Nanachi Hitose – Yang suka makan tose
5. Apo Nadikato – Yang suka lagu Blues
6. Asiko Ulangkaji – Yang suka belajar
7. Wakasi Huruhara – Yang suka buat huru hara
8. Matimati Tamokasi – Yang tak suka bagi apa yg org minta
9. Ajinoomoto Dahabisla – Yang suka memasak
10. Kichi kichi Takmaumati – Yang menyusahkan orang
*Haaaaaaa.............
Warungastro berehat seketika.........................
Buat rakan pembaca sekalian,Warungastro akan berehat seketika kerana Mantz akan outstation selama seminggu mulai hari ini,kepada rakan pembaca jangan malu jangan segan sila teruskan melawat Warungastro dan Mantz akan update info terbaru selepas pulang dari outstation ok........selamat membaca
*hari-hari kerja lala lala lala kerja kerjaaaaa......
Buat Mr Magoo.................
RAMBUT BERUBAN...
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
*Sila cuba.....semoga berjaya
Berbudi pada tanah.........
Kalau dalam entry yang lepas aku dah tunjukkan hasil tanaman aku seperti betik,cili dan sebagainya,kali ni aku nak tunjukkan pulak sebahagian lagi hasil tanaman aku yang sedang aku usahakan.Kata orang pelbagaikan tanaman kita,jadi hasil yang kita dapat pun taklah sama je,so saksikan..............
Labu......
Timun
Kacang bendi
Sawi
Padi yang sedang menguning
Haaa ni makanan raja-raja tau....ulam raja
*Pertanian adalah perniagaan........
Kali ni aku nak tunjuk tentang bahagian dalam enjin motor TZM aku ni,haritu ianya dah mengalami kerosakan yang agak parah yang memaksa aku menukar blok dan piston serta ring kepada yang baru.Oleh kerana alat ganti motorsikal ni agak mahal maka hanya bahagian yang penting sahaja yang dapat aku tukarkan,maklumlah ni pun dah nak cecah Rm600.Kepada siapa yang tak pernah tengok macamane rupanya sila lihat gambar di bawah.....
Bahagian blok yang bersambung dengan lubang ekzoz
Bahagian bawah piston
Lubang Injap power valve
Blok dan piston yang baru
*Moral-kalau tak nak keluar duit banyak nak repair motor,janganlah perah minyak motor tu ikut suka,time bawa memang best tapi time nak rosak .....pehhhh bercinta juga la nak keluar duit.....................
Kerusi lagi..................
Pernah tak korang bila g jalan-jalan ke,atau g tengok ceramah atau konsert ke dimana - mana la tak kisah la,tempat tu tidak disediakan tempat duduk.Nak berdiri lama-lama rasa macam nak patah kaki,kalau lelaki tak pe la juga ni kalau pempuan kan serba salah,nak cangkung malu pulak la rasanya(rasa cam hilang kesopanan tul tak?).So disini aku nak tunjukkan satu ciptaan aku yang dapat menyelesaikan masaalah ini iaitu kerusi lipat mudah alih.ianya kecil,boleh dilipat dan ringan serta tahan karat(aku guna stainless steel ni).Kerusi mudah alih ni pun aku buat dari benda terbuang( besi stainless steel ni aku jumpa kat tong sampah)dan kain tu aku gunakan seluar jeans yang dah tak pakai lagi(levis kot!!)so amacam berminat tak.........
*Harga Rm 500 sebab kain levis tu yang mahal heheheheheh.............
