Berhati-hati bila berhenti dihentian pagoh........................
Sekadar berkongsi cerita.... entah ler betul ker tak betul..... dari seorang yang menceritakan cerita ini.... tapi boleh caya ker yer....
Kisah terjadi waktu aku dlm perjalanan pulang dari KL. Kereta kami meluncur laju meredas 'highway' yg ketika itu lengang. Jam ditangan menunjukkan pukul 6 petang, Kami singgah di Perhentian Pagoh untuk berehat dan makan malam. Di situ... semua dlm perjalanan ke destinasi masing-masing.
Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke kampung makcik aku yg tak jauh dari situ. Setibanya di sana sepupu aku bersuara. Dia kata tempat yg kita beristirehat tadi sebenarnya berhantu. Kami tanya bagaimana dia tahu?
Menurut sepupu aku waktu dia sedang makan, datang seorang penduduk disitu dan menceritakan satu kisah yg baru saja berlaku. Ada seorang lelaki yg duduk berehat di situ. Waktu tu malam, bulan mengambang penuh, tiada siapa lagi di situ. Angin meniup sepoi-sepoi bahasa... dingin... terlalu dingin sehinggakan dia duduk berpeluk tubuh.
Lelaki itu kemudianberjalan ke arah tandas... Sedang dia berjalan, dia terdengar bunyi tapak kaki di belakangnya. Bulu roma berdiri tegak, bunyi itu semakin kuat, seakan-akan hendak mengejar nya. Dengan secepat kilat pemuda itu menoleh... tapi.... tiada orang di belakangnya. Dia meneruskan perjalanan.. bunyi tapak kaki kedengaran lagi.
Bunyi nya tidak seperti bunyi tapak kaki manusia..... kelekuk... kelekuk... kelekuk..... begitulah lebih kurang bunyinya... seperti kuda. Satu gugusan angin tiba-tiba menerpa menghembus ke muka.... bunyi tapak semakin kuat...... dia memberanikan diri dan toleh sekali lagi.
Alangkah terperanjatnya bila dia dapati ada sejenis makhluk berbadan kambing berkepala manusia merenung tepat ke arahnya. Kelihatan darah menitis -nitis dari mulut binatang itu, matanya merah menyala. Rupanya amat menyeramkan. Pemuda itu gamam.... tubuhnya tidak dapat bergerak... dia terpaku.
Binatang itu menghampiri dirinya... setapak demi setapak dia melangkah... kedengaran nafas binatang yg sungguh menggerunkan itu. Pemuda itu tidak dapat bersuara, mulutnya seakan-akan dikunci, keringat sejuk mula membasahi pipinya, dia tahu yg makhluk separuh kambing separuh manusia itu akan membahamnya...
Makhluk itu semakin dekat hingga mukanya bertentangan dgn muka pemuda itu. Dengan satu pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut dan bersuara,
DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA.... ANAK KAMBING SAYA YG MAKAN DAUN PALAS..... DIMANA DIA BUAH HATI SAYA.... BUAH HATI SAYA BAGAI TELOR DIKUPAS.........
ooohhhhhhHHHHH.. CHAN MALI CHAN!" "Oi! Oi!" ader suara background lagik..... hehehehheheeh "CHAN MALI CHAN!" "Oi Oi "CHAN MALI CHAN KETIPONNNNGGGG PAYONGGGGG...
oooOOOOHHHH"
Everybody!... let's sing together!!!!!!! CHAN MALI CHAN
OI OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG
PAYONG.....
perkongsian dari web http://www.tokeikedai.net
Dosa-dosa dan facebook...........................
Assalamualaikum... sekadar berkongsi artikel yg banyak memberi pengetahuan dan pengajaran.....
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
Dipetik dari artikel Ust Zaharuddin Abd Rahman
Selamat Hari Lahir sayang.........
KHAS BUAT YANG TERSAYANG..CAHAYA MALAMKU
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kami semua
Allah selamatkan kamu
Di hari kelahiranmu
Ku menanti penuh rindu
Saat detik masa berlalu
Tibalah hari yang ditunggu
Di bawah cahaya rembulan
Bersinar wajahmu sayang
Tibalah tika engkau diraikan
Moga dalam keredhaan Tuhan
Allah selamatkan kami semua
Allah selamatkan kamu
Sungguh ceria suasana meriah
Majlismu diraikan sanak saudara
Teman-teman sahabat rakan dan taulan
Bersama berdoa dan bergembira
Semoga Allah meredhaimu
Semoga Allah merahmatimu
Semoga Allah menyayangimu
Berbahagia selalu
Di hari kelahiranmu
Ku nyanyikan lagu untukmu
Bersama rakan dan teman
Menyambut penuh girang
Ku hadiah sekalung doa
Buatmu insan yang ku cinta
Dipanjangkan umur tetapkan iman
Murah rezeki sejahtera hendaknya
*Dipetik dari lagu Aeman-selamath hari lahir
Tanya la dulu.......
Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4bulan.
Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya
berkata, "Ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan
lagi sebab kita kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak
memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga
ianya benar-benar pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat
tunggakan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.
Pegawai TNB tu pun berkata: "Ini rumah En. Ahmad ker?" "Ya, saya ni isterinya.
Ada apa encik?"
Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh
tunggu ni,nanti boss saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.
"Apa? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat?!"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab:"Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu
ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "Apa!!! Saya
lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu!"
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti
saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun
beredar dari situ.
Keesokan harinya, selepas si Ahmad ini di beritahu oleh isterinya. Dia pun naik
berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang
berdekatan.
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun
memekik seraya berkata,
"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-hebohkan ke dalam
Internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan
kerrrr?!! Bisness apa korang buat niii? Nak kena saman kerr?
Lalu pegawai yang datang kerumah si Ahmad ni berdiri dan mententeramkan
keadaan.
"Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar
je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Ahmad lagi naik
berang.
"Apa? nak bayar korang? belahhhh lahh...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu, Kita terpaksa 'potong' encik
punya...."
Si Ahmad mencelah "apa? potong?! Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apa?"
Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanya isteri encik kena pakai LILIN ajer
laaaa...."
Kalau binatang ada fb.............................
Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu…….
Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah...
Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!
Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...
Cicak : isteriku tersepit pintu
Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”
Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...
Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa
Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …
Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!
Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?
katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..
ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..
Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.
Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.
Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi
Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2
Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles
Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!
Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.
Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah
Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.
Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.
Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun...
lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn...gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....
itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2....nk tiru aku le tu.. lol....
Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.
Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok
Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(
Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah
Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.
Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?
Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?
*Haaa amacam.....
5 perkara yang kita mahukan...............................
خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1-وجه جميل
1:wajah yang cantik
2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak
3- صحة قوية
kesihatan yang baik
4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
tidur yang nyenyak tanpa gangguan
سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
kata nabi saw
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan
badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg
bermanfaat
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang
nyenyak
بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat
CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT ...........................
Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit (Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)
PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)
MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.
PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.
PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.
KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.
Sekian, Wassallam.
Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf:179)
Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW
