Ini pula operasi memasang tangki air dan mesin pam air untuk Tuan Hj Aran yang bertempat di Pt Yaani,memandangkan tekanan air di kawasan itu tidak stabil,Mantz And The Gang telah cuba memasang sistem tangki air berkuasa elektrik yang mana ia akan dapat menguatkan tekanan air sekaligus dapat menyimpan air.Ini merupakan kali pertama Mantz membuat operasi seperti ini dan Alhamdulillah ia dapat di lakukan dengan lancar...Tahniah Mantz
 |
| APA PULAK YANG DIBUAT JEJEN NI......MAIN PANJAT-PANJAT PULAK.... |
 |
| OK KOT NI.......PAK NGAH BERKATA HAHHAHA |
 |
| ADA GAYA MANDUR TAK??? |
Minggu lalu ManTz telah di minta oleh seorang rakan supaya mencipta sebuah kerusi beroda yang akan digunakan oleh ibunya yang telah tua dan tidak mampu berjalan sendiri.Antara kriteria yang dikehendaki dalam rekaan ini ialah ianya mesti mempunyai roda,mudah untuk ke bilik air,mempunyai brek dan seterusnya kukuh dan mudah untuk diduduki.setelah membuat beberapa lakaran inilah hasilnya.saksikan bingkisannya....
 |
| AMACAM,ADA NILAI KOMERSIL TAK?? |
 |
| PANDANGAN DARI BELAKANG |
INI PULA ADALAH AMPAI BAJU UNTUK PUAN JAMAIAYAH,DI REKA KHAS SUPAYA DAPAT MENJIMATKAN RUANG DAN MUDAH DIGUNAKAN.SESUAI UNTUK RUMAH YANG KECIL DAN KUANTITI BAJU YANG BANYAK
 |
| AMPAI YANG SEDIA DI CAT |
 |
| TESTING DULUU.... |
 |
| JAMINAN 5 TAHUN HEHEHE |
MACAMANA,OK TAK???
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada
para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat
tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan
merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat
menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu
orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung
kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam
mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.