OPERASI TANGKI AIR.....

Ini pula operasi memasang tangki air dan mesin pam air untuk Tuan Hj Aran yang bertempat di Pt Yaani,memandangkan tekanan air di kawasan itu tidak stabil,Mantz And The Gang telah cuba memasang sistem tangki air berkuasa elektrik yang mana ia akan dapat menguatkan tekanan air sekaligus dapat menyimpan air.Ini merupakan kali pertama Mantz membuat operasi seperti ini dan Alhamdulillah ia dapat di lakukan dengan lancar...Tahniah Mantz










APA PULAK YANG DIBUAT  JEJEN NI......MAIN PANJAT-PANJAT PULAK....

OK KOT NI.......PAK NGAH BERKATA HAHHAHA


ADA GAYA MANDUR TAK???

0 comments  

KERUSI RODA


Minggu lalu ManTz telah di minta oleh seorang rakan supaya mencipta sebuah kerusi beroda yang akan digunakan oleh ibunya yang telah tua dan tidak mampu berjalan sendiri.Antara kriteria yang dikehendaki dalam rekaan ini ialah ianya mesti mempunyai roda,mudah untuk ke bilik air,mempunyai brek dan seterusnya kukuh dan mudah untuk diduduki.setelah membuat beberapa lakaran inilah hasilnya.saksikan bingkisannya....






AMACAM,ADA NILAI KOMERSIL TAK??



PANDANGAN DARI BELAKANG


0 comments  

REZEKI RAMADHAN.....

Semalan Mantz telah pun berjaya menyiapkan tempahan pintu gate untuk En Mutalib yang berlokasi di Taman Pagoh Jaya,Muar...Ini merupakan kali pertama Mantz menerima tempahan untuk pintu gate dan ini adalan percubaan yang di harap dapat memuaskan pihak tuan rumah. Selain itu Mantz juga di minta mengecat semula pintu sliding dan juga kerangka awning..Saksikan laporannya ....







SAJE XNAK BAGI TUAN RUMAH NAMPAK MUKA.....BAGI PAGAR JE NAMPAK HAHAH



 
GAMBAR CLOSE - UP





 
PINTU SLIDING






 
SEDANG MENGIMPAL BUNGA - BUNGA CINTA HIHIII






TETULANG AWNING PON CAT JUGAKKK....

0 comments  

DITAMAN PAGOH JAYA ,PAGOH MUAR MANTZ TELAH BERJAYA MENYIAPKAN TEMPAHAN UNTUK PUAN SALINA IAITU MEMASANG GRILL UNTUK RUMAH BARUNYA .MEMPUNYAI 7 BILAH TINGKAP DAN 2 BILAH PINTU MANTZ MENGAMBIL MASA SELAMA 2 HARI UNTUK MENYIAPKANNYA.SAKSIKAN BINGKISANNYA

PINTU HADAPAN
PINTU BELAKANG
TINGKAP BILIK TIDUR
TINGKAP DEPAN

0 comments  

AMPAI BAJU KURUNG

INI PULA ADALAH AMPAI BAJU UNTUK PUAN JAMAIAYAH,DI REKA KHAS SUPAYA DAPAT MENJIMATKAN RUANG DAN MUDAH DIGUNAKAN.SESUAI UNTUK RUMAH YANG KECIL DAN KUANTITI BAJU YANG BANYAK

AMPAI  YANG SEDIA DI CAT

TESTING DULUU....

JAMINAN 5 TAHUN HEHEHE


MACAMANA,OK TAK???

0 comments  

PART TIME DI TAMAN SEMABOK PERDANA

KALI INI MANTZ MEMBAWA ANDA KE TAMAN SEMABOK PERDANA DI MANA MANTZ DI MINTA OLEH SAUDARA SHAH ALWEE UNTUK MEMBUAT DAN MEMASANG JERIJI KESELAMATAN DI RUMAH BARUNYA....SAKSIKAN..

PROSES TACKING...PART NI PALING LECEH NI
MEMASANG DAUN PADA BILAH PINTU 
TINGGAL CAT JE NI...



TINGKAP DAPUR
 
TINGKAP BILIK KETIGA
PINTU BELAKANG
PINTU SISI


0 comments  

10 Wasiat Imam Syafie..................

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada
para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat
tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan
merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat
menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu
orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung
kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam
mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

0 comments