Jangan buruk sangka................

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..? kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..? kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke..?"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" saya minta maaf, saya berada di luar hospital & saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan ini.. dan sekarang, saya harap encik bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..! kalau anak kamu berada dalam bilik itu sekerang ni, bolehkah kamu bertenang..? kalau anak kamu mati sekarang ni apa yang kamu buat..? kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yang suci " daripada Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor tak mampu utk memanjangkan hayat seseorang.. Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik untuk anak encik.."

"memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang..!" bebel si ayah..

Setelah pembedahan tu mengambil masa beberapa jam.. tidak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"Alhamdulillah.. anak encik selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan.. kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor tu sombong sangat..! tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat bertanya beberapa soalan tentang anak saya..!" komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya.. dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya untnk pembedahan anak encik.. dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Moral:- Jangan sekali-kali berburuk sangka kepada sesiapa sahaja .... kerana kita tidak pernah tahu bagaimana kehidupan mereka & apa yang mereka sedang lalui...

 

0 comments: