Selamat Merdeka MALAYSIA .........................
Beberapa jam lagi negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 53.Disana sini kelihatan berkibaran Jalur Gemilang tak kira di hadapan rumah,kenderaan mahupun di papan - papan tanda,malahan juga di media massa dan juga media elektronik.Namun apa yang Mantz ingin perkatakan disini bukanlah berkenaan cara sambutan kemerdekaan itu tetapi apakah pengisian yang dapat kita lakukan dan hayati.
Umum mengetahui,untuk mempertahankan kemerdekaan itu adalah lebih susah dari mendapatkannya.Hari ini jika kita lihat adakah kita sebenarnya memang sudah merdeka?merdeka dalam erti kata yang sebenar?Merdeka dari penjajahan komunis ataupun dari penjajahan kolonial memang telah kita capai tetapi penjajahan minda dan juga penjajahan budaya nampaknya masih belum berakhir.Berapa ramaikah antara kita yang berbangga dengan bahasa kita?Atau berapa ramaikah yang pandai membaca jawi?Siapakah yang masih mahu mendengar muzik asli kita berbanding dengan muzik hip hop.Contoh yang paling mudah... walaupun ini adalah negara Malaysia,yang pastinya bahasa ibundanya adalah bahasa Melayu tetapi urusan surat menyurat terutama untuk hal guaman atau perniagaan berapa ramaikah yang menggunakan bahasa Melayu!!!
Rakan pembaca sekalian,di kesempatan ini Mantz ingin mengambil peluang menyeru kepada anda diluar sana ,marilah kita sama-sama mendaulatkan bahasa kita,budaya kita dan juga berpegang teguh pada ajaran agama islam,supaya kita tidak terpesong jauh dari akar kehidupan kita.Merdeka bukanlah sekadar kita berarak beramai-ramai,menggantung jutaan bendera sahaja tetapi ingatlah MERDEKAKAN LAH JIWA,MERDEKAKAN MINDA DAN MERDEKAKANLAH NEGARA KITA dari anasir-anasir yang menganggu gugat keamanan,kedamaian dan juga perpaduan kita.Sama - samalah kita bersatu padu dan jauhkanlah perasaan dengki dan benci-membenci sesama kita agar hidup kita akan sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH.
MERDEKA....MERDEKA....MERDEKA.....
Membaiki motorsikal...............
Baru baru ini motosikal Mantz telah mengalami kerosakan yang agak serius(jammed) ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.Oleh kerana inilah pertama kali Mantz memiliki motorsikal 4 lejang maka Mantz telah meminta bantuan seorang mekanik untuk memperbaikinya di rumah.Dengan bantuan dan tunjuk ajar saudara Faizullah maka motorsikal Mantz telah dapat di baiki dan dapat berkhidmat seperti sediakala.
Bahagian coverset yang telah dibuka
Class plate dan auto class turut di ganti
Blok yang telah di rebore semula bersama piston yang baru
Saudara Faizullah sedang memasang piston ring
Piston yang siap di pasang
Saudara Faizullah sedang memasang block
Anjung seri.......................
Minggu lalu Mantz telah menerima satu tempahan yang berupa pagar merangkap pintu masuk hadapan milik Encik Zainuddin.Oleh kerana pemilik tersebut mahukan rekabentuk yang simple dan mudah maka Mantz telah menyiapkan tempahan tersebut dalam masa 2 hari sahaja termasuk pemasangan.saksikan......
Grill yang baru siap di cat
Grill yang siap dipasang
Tuan rumah bersantai bersama pagar baru....hehehe
Najis besar dan najis kecil..........................
Sekadar berkongsi...... email dari seorang sahabat......
moga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ini ari die besok2 ari kite. dari cerita kawan-kawan teman
Betul ke idok. Masa zaman teman dulu tok imam tu tanye "kome orang islam nak kawin ni nk nanye soalan skit yang teman ingatle. :-
a) Cube ngucap
b) Ape rukun dan fardunye.
Berpeluh juga BEB.
Pada cuti hari minggu lepeh, aku g le Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan teman.mase tu aku cuti dikampung die ni. Jadi bile de kenduri macam tu die pun giler dan ajok teman skali. teman pon pe ag ikutle same. Mase tu majlis akad nikah dijalankan diruang tamu. Ramei orang aku nengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bante macam raja. maklum le teman jarang nengok majlis rope ni. nk jadi cerite nye mase bersila tu, teman pun mengesot sikit2 untuk dengor ape yang tok kadi akan tanye. Ropenye macam2 jugak tok kadi tanye.
Tapi ada satu soalan yang menyebabkan teman malu beso.....Tok kadi tanyale pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab " lima ". Tok kadi tanye le lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi teman rase jawapan tu ok la kut.
Tok kadi tanye lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling, teman rase macam nak tolong je mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluor kat dahi....tok kadi mula senyum...
teman sebut dalam hati moga2 dia dengor 'anjing ngan babi la hoi', tapi ropenya teman cakap dalam hati jd die idokler dengo. teman tak tahu ape yang jadi lepeh tu, sbbnye majlis tu jadi kecoh kerana ramei orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembor keluor minuman tu terkena baju ramei orang, teman pun sama, masa tu teman tengah minum sirap tu, tiba2 teman tersemburkan balik, dah kene deme kat tepi2, kecoh jadinya, teman pegang mata teman, penoh dengan ayo mate.x tahan kome.gelok beso diuatnye.
Yang teman ingat mase tok kadi tanye tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik riuh rendah sbb sume gelok beso dh x leh tahan, nak control macamane ler ...taik gajah... beso betul..nak2 bila gajah makan deroyan yer idok..hehe.
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.......................
Mentari muncul menjelang pagi,
Bersyukurlah dengan kurniaan ilahi,
Ramadhan Al-Mubarak datang lagi,
Bulan kerinduan yang di nanti-nanti.
Ramadhan Al-Mubarak datang lagi,
Bersyukurlah dengan kurniaan ilahi,
Ramadhan bulan menambah rezeki,
Rezeki duniawi mahupun ukhrawi.
Bersyukurlah dengan kurniaan ilahi,
Ramadhan bulan menambah rezeki,
Sedekah jariah sentiasa dihati,
Hak yang ampunya kita tepati.
Ramadhan bulan menambah rezeki,
Sedekah jariah sentiasa dihati,
Solat dan zakat jangan dilupai,
semoga sampai ke syurga Firdausi.
Sedekah jariah sentiasa dihati,
Solat dan zakat jangan dilupai,
Tadarus dan munajat di dinihari,
Moga kita ALLAH ampuni.
Anak kera pandu Unser,
Mati tertimpa buah kelapa,
Esok kita dah nak puasa,
Jangan pula buat-buat lupa.
Ada satu lagi
Anak itik anak rusa,
Puasa.....jangan tak puasa!!!!!!!
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK
Adab berpuasa dan solat terawih...................
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Kenyang
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;
8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)
Sumber: akhbarweb
Dasyatnya Doa Seorang Ibu.................
Diceritakan oleh seseorang....
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik, Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata
2. Membaca quran sehingga menitis air mata
3. Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata
3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
1. Anak
2. Ibu
3. Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah je
Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut
Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik
Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah
Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnail laihirojjiun, ,, then cakap dengan Allah
“Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.
*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!
*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.
Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time
Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan
Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan! ! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah
*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka. Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar. Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
Symptom dah terkena saka:-
1. Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
2. Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
3. Susah nak dapat anak, senang gugur
4. Ada rasa kelibat orang lalu
5. Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan. Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.
Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan
Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari
Anak Lari Dari Rumah
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya
Anak Degil
*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. just try and see.
So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.
