Asal usul

Assalamualaikum
Ramai orang bertanya kenapa aku namakan blog aku ni dengan nama warungastro,ada yang suka,ada yang x suka .dan ada pulak yang kata aku tumpang nama lain supaya glamer la...
banyak sangat yang minta sebab kenapa aku bagi nama tu so harini aku akan ceritakan serba sedikit apa makna nama tu pada aku.
Sebenarnya semasa aku habis sekolah dulu,aku pernah belajar berniaga dengan membuka kedai menjual makanan( berkongsi dengan abang),dalam bahasa kampungnya kitorang panggil warung.Di situ kami menjual nasi lemak,aneka mee dan sebagainya dan alhamdulillah perniagaan warung tu maju hingga menjadi tempat berkumpulnya masyarakat setempat,tak kira la muda ke tua lelaki /perempuan.Boleh dikatakan di warung kami itulah tempat perkumpulan dan penyebaran maklumat tak kiralah pasal pilihanraya ke,ada kematian ke,pasal gossip ke dan sebagainya.(Kalau yang tua sebok ngan politiknya ,yang muda dengan lumba haramnya(termasuklah aku sekali))Dan disebabkan kami beroperasi dari awal pagi hingga lewat malam lama kelamaan kalau orang tanya apa nama warung kami tu..diorang kata tu "Warung Astro "....(kan ke stesen Astro tu banyak channel dan beroperasi siang dan malam).Nama tu di beri oleh pelanggan -pelanggan setia kami.


pemandangan di Warungastro suatu ketika dulu

Di situlah aku banyak belajar mengenai kehidupan,bagaimana susahnya mencari rezeki untuk menyara hidup .pendek kata kalau takde warung ni,mungkin aku dah jadi mat kilang ke, salesman ke tak pun buruh kontrak.kira hidup muda aku memang banyak di habiskan disitu lah.Tapi sayangnya warungastro ni telah musnah dalam satu kebakaran pada pertengahan tahun 2008 yang lalu,yang dipercayai akibat perbuatan khianat.
Jadi untuk mengingatkan kembali memori dulu-dulu tu maka aku abadikan nama tu pada blog aku ni.
*Begitulah hidup di dunia,bila kita senang sebenarnya ramai pula orang yang tak senang dengan kejayaan kita,apapun hidup mesti terus.

 

2 comments:

  1. Ciklinn said,

    warung ni ada lagi tak mantz....

    on May 8, 2009 at 11:55 AM  


  2. Man Tz said,

    ALA DAH TERBAKAR LA...HUHUHU TU YANG SEDIH SGT ...

    on May 11, 2009 at 10:50 AM