Oh Ibu...
Assalamualaikum...
Semalam hari ibu,hari yang meraikan ibu-ibu di seluruh dunia.Hari yang yang mana sepatutnya kita mengiktiraf betapa besarnya jasa-jasa ibu terhadap kita dan seluruh ahli keluarga kita.Kalau nak dikira nilai pengorbanan ibu terhadap kita semua ,rasanya tak terkira entah berapa juta ringgit sepatutnya harus kita bayar.Dari diri kita sebesar tapak tangan sehingga lah kita dewasa ibulah yang sentiasa menjaga kita ,memberi makan dan minum hatta memberi wang untuk perbelanjaan kita.Namun persoalannya berapa ramaikah diantara kita yang ingat pengorbanan yang telah ibu lakukan ,berapa ramaikah yang benar-benar menghargai jasa-jasa ibu dengan cara yang sewajarnya.Adakah kita sebagai anak dengan menghulurkan 50-100 ringgit setiap bulan itu kita dapat membalas jasa ibu?Adakah itu yang sebenarnya yang ibu-ibu mahukan?berapa ramai yang benar-benar melayan ibu-ibu tua di rumah dengan penuh kasih sayang?berapa ramai pula yang meninggalkan ibu bapa berseorangan dikampung....sedangkan kita berseronok di kota raya yang penuh dengan tipu daya dunia!!.
Rakan -rakan pembaca sekalian ingatlah tiada apa yang dinginkan oleh ibu bapa kita,bukan wang ringgit berjuta ,bukan juga harta yang bertimbun,tapi hanya kasih sayang amat mereka perlukan..peluklah mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka memeluk kita sewaktu kita kecil dulu.jikalau kita boleh bergayut di telefon selama berjam -jam dengan buah hati,mengapa kita tak boleh telefon ibu bapa kita walaupun 2-3 minit cuma.ingatlah jangan lah jika ibu bapa kita sudah tiada di dunia ini barulah kita menyesal x sudah....
Jasa ibu besar sekali,
Sanggup berkorban apa sahaja,
Tiada dapat dijual beli,
Kasih ibu membawa ke syurga.
Semoga kita dapat menghargai segala pengorbanan dan jasa ibu dan bapa,Jangan menyesal di kemudian hari.Buat arwah ibu dan ayah MAAFKAN LAH dosa -dosa anakmu,hanya doa dapat ku kirim,moga bahagia di alam syurga.AL FATIHAH....