KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP IKBN PAGOH

Dari 11-12/05/2009 telah berlangsung kejohanan futsal tertutup anjuran IKBN Pagoh,telah disertai oleh pasukan –pasukan handalan seperti pateri team,sutera kasih dan banyak lagi.pertandingan yang berlangsung di kompleks sukan pagoh itu telah menyaksikan pasukan MI menjuarai pertandingan tersebut.pasukan pateri team yang sebelum ini merupakan juara bertahan dengan senang hatinya telah memberikan kemenangan kepada pasukan lain kerana kasihan melihat pasukan lain tidak tidor malam berangankan piala pusingan tersebut




Ahli pasukan Pateri Team sedang berbincang strategi

Beberapa insiden kemalangan juga berlaku ketika pertandingan berlangsung,yang menunjukkan betapa pasukan - pasukan lain benar-benar ingin merampas trofi kemenangan tersebut dari pasukan Pateri Team,menunjukkan betapa berprestijnya kejohanan tersebut.


Para pemain yang tercedera sedang di beri rawatan kecemasan akibat kecederaan.

Namun apa yang lebih menarik perhatian pada malam kejohanan tersebut ialah kemunculan pemain handalan pasukan Pateri Team yang selama ini hanya bertindak sebagai pengurus iaitu saudara MANTZ ,yang mana kemunculannya walaupun hanya sekadar 5 minit tetapi telah berjaya membuat pasukan lawan kucar kacir hasil gerakan - gerakan yang pantas dan lincah(foto tidak dapat disiarkan kerana beliau lebih suka low profile)namun untuk tidak menghampakan permintaan,beliau mengizinkan gambar kasut but beliau untuk di paparkan kepada umum.



Kasut 4 line yang menjadi kegilaan pemain-pemain futsal

Akhir kata walaupun pasukan Pateri Team tewas dalam kejohanan tersebut,namun pasukan Pateri Team yang yang dianggotai oleh pakar-pakar kimpal telah menunjukkan mutu permainan yang setanding dengan pasukan-pasukan gergasi handalan dunia seperti Manchester United,Barcelona dan banyak lagi,tapi bak kata pengurus pasukan walaupun kita kalah tetapi kita kalah dengan bergaya,kacak dan anggun.........


* SUKAN MENGERATKAN SILATURRAHIM,BUKAN UNTUK MENUNJUK BELANG,TAPI UNTUK TUNJUK MALAYSIA BOLEH.MANTZ PUN BOLEH HEHEHEHEEH

 

0 comments: