Selamat Hari Guru



Kalau tak salah,hari ini adalah Hari Guru,hari yang memberi pengiktirafan tentang besarnya jasa - jasa yang telah dicurahkan oleh semua Guru-Guru di dunia,tak kira la samaada Guru sekolah rendah ke,pensyarah ke mahupun cikgu yang mengajar kita mengaji sewaktu kita kecil-kecil dulu,itu tetap Guru kita .Bahkan jikalau didalam islam,seseorang yang mengajar kita walaupun hanya sepotong ayat,tetap di kira sebagai Guru,dan ia adalah antara pekerjaan yang paling mulia .Cuba anda semua bayangkan betapa besarnya jasa yang telah mereka taburkan kepada kita.Bayangkanlah dari seorang manusia yang tidak mengenal apa-apa kita diajar membaca ,mengira dan menulis.Kita didedahkan bukan sahaja dengan ilmu duniawi malahan ukhrawi.Jadi di kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang ada di dunia ,terutamanya kepada guru guru yang pernah mengajar aku sehingga berjaya menjadi seperti mereka pada hari ini....tanpa mereka siapalah aku.

Disini ada beberapa rangkap pantun yang aku tujukan khas kepada semua guru-guru di dunia ini..

Guru umpama lilin yang terbakar,
Menerangi semua membakar diri,
Mendidik murid-murid dengan sabar,
Supaya boleh berjaya dikemudian hari.

Terima kasih kepada mu guru,
Kerana mendidik kami hingga berjaya,
Mengajar kami tanpa rasa jemu,
Semoga Tuhan sahaja dapat membalasnya.

(Untuk pantun penuh sila layari seloka melayu)


Ucapan ini khas untuk guru-guru dari

1.Sekolah Kebangsaan Seri Idaman.
2.Sekolah Menengah Dato Seth.
3.Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat.
4.Institut Teknologi Tun Abdul Razak,Perai.


TERIMA KASIH CIKGU.......

*jasamu akan ku kenang selamanya..............

 

0 comments: