Kasihan Mat Rempit
Kadangkala aku kasihan melihat mat-mat motor ni,asalkan ada motor,bawak laju sikit je orang akan cop mereka sebagai Mat Rempit.Begitu negatifnya pandangan masyarakat terhadap golongan ini.Bila kita melihat anak muda yang sedang merempit cuba berfikir jauh. Jangan hanya hendak mengutuk. Cuba selidiki dan tanya dari mana mereka ini. Apakah ada keselesaan dalam rumah mereka. Apakah ada kesempurnaan dalam persekitaran hidup mereka.Terkadang orang yang tidak mengalami nasib seperti mereka hanya tahu bercakap,mengutuk tetapi bila di minta menyelesaikan masalah ....seperti tin kosong ,berbunyi bising tetapi bila di buka isinya tiada.Cuba anda selami perasaan mereka jika mereka datang dari golongan yang berada rasanya tak teringin mereka menunggang di tengah panas mentari,meredah hujan dan menahan sejuknya embun demi mencari sesuap nasi.Tetapi mengapa mereka sahaja yang sering di jadikan sasaran kritikan dan tohmahan?.dan yang lebih menyakitkan hati,jika yang menunggang itu bukan motorsikal kapchai,munggang motosikal berkuasa tinggi tak pula mereka itu di panggil sebagai Mat Rempit!Jadi sebagai penunggang motosikal aku berpendapat seharusnya jika benar - benar ingin mengubah persepsi negatif orang ramai terhadap mat rempit ini ,seharusnya kita mencari apa punca sebenar berlakunya gejala Mat Rempit ini,mungkin keadaan rumah yang sempit tidak memungkin mereka duduk diam di rumah.Jadi untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan,pihak kerajaan hendaklah memperbanyakkan kawasan - kawasan yang sesuai untuk mereka beriadah.jangan lupa – di kawasan perumahan mewah ada berselirat padang golf. Di kawasan-kawasan mewah ada pula taman-taman bunga. Ada padang tempat rehat. tetapi di kawasan setinggan dan perumahan murah jangan kata padang golf,padang bola pun belum tentu. Apakah mereka yang duduk di kawasan tersebut tidak tahu berehat. Tidak memerlukan ketenangan.Selain itu untuk mengelakkan mereka merempit di jalanan pihak berkuasa hendaklah menyediakan satu kawasan yang khas(contohnya menyediakan litar lumba di setiap daerah)supaya mereka tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.Mungkin dengan cara ini kita dapat membanteras gejala ini dari terus merebak dan menjadi barah dalam masyarakat kita.
*Jangan menilai seseorang itu dari motornya,tapi nilailah dari hati yang ikhlas,nescaya hilang segala keraguan timbullah kesedaran.
HIDUP BIKERS.....