Hobi ....

Korang semua ada hobi tak.Tentu ada kan so hari ni aku nak kongsi hobi aku ni kat korang semua.Selain dari hobi utama aku menjahanamkan motor aku tu aku ada satu lagi hobi yang dapat menenangkan fikiran di waktu boring dan juga ia juga dapat mengurangkan belaja dapur aku tu(chewahh).Apa hobi aku cube korang tengok


Haa yang ni nama kacang panjang


Ni pulak lada besar


Ooo ni kalau nak tau ,ni la pokok yang paling aku sayang..Cili warna ungu lagi.


Ni eksperimen aku yang paling dahsyat,hehehe aku tanam padi dalam bekas..tak tau la ada buah ke tidak...


Yang ni pulak terung,kaler kuning lagi



Ini pulak cili api


Ni kalau tak kenal memang tak patut la ,ni buah payapa...eh papaya la

So korang dah tau kan hobi aku tu ape,daripada kita tanam pokok bunga tu bukan boleh makan,baik kita tanam pokok sayur-sayuran.Kan kerajaan kita suruh kita berjimat jadi inilah langkah yang kita boleh ambil untuk menyahut seruan kerajaan.Tak semestinya kene ada tanah berekar-ekar,dalam pasu pun boleh(bak kata pepatah nak seribu daya taknak seribu dalih)

*Pertanian itu perniagaan.Lagipun ALLAH telah berjanji barangsiapa menanam sepohon pokok,selagi ada makhluk yang bernaung atau mendapat manfaat/rezeki daripadanya,maka selagi itulah pahala kita akan berterusan.

 

1 comments:

  1. BAGUS HOBI NI...GUNE BAJA APE? untuk baja yang terbaik sila lawati: http://tms-resources.blogspot.com

    terima kasih

    same2 kongsi pengetahuan

    on September 1, 2010 at 3:59 PM